Pengedar Shaklee Pasir Gudang: 7 Tips Travel Yang Wajib Anda Perlu Tahu
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Kalau cerita pasal travel semua orang suka? Betul tak? Termasuklah saya ni, memang suka travel. Biasanya apa yang benda pertama sekali kita akan fikir bila nak travel? Mestilah bila dan waktu yang sesuaikan untuk travel?
Untuk anda yang ingin travel kebiasaannya perlu rancang dengan rapi dan ia bukan suatu perbelanjaan yang sedikit sekiranya kita ingin travel ke luar negara. Ia memerlukan ilmu yang mencukupi supaya tidak berlaku sebarang masalah yang dihadapi.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini, anda perlulah wajib perlu tahu apakah 7 tips travel yang wajib anda perlu tahu. Antaranya seperti:
1) Urus bajet perbelanjaan
Apabila anda melancong apa yang penting anda perlu mengurus perbelanjaan anda dengan bijak. Bukan apa takut berlaku pembaziran wang jika anda tidak uruskan dengan baik tidak kiralah anda melancong di dalam negara atau luar negara.
Bagi yang ingin travel wang adalah penting untuk mereka jika mereka tidak urus dengan baik kebiasaannya perbelanjaan melebihi daripada wang yang mereka ada.
Apa yang penting untuk tidak terjadinya sesuatu yang tidak diingini dengan pembaziran anda perlulah merancang terlebih dahulu kos perbelanjaan dan mencatit barang apa yang anda ingin beli supaya tidak ada barang yang tidak berfaedah anda beli. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran wang.
2) Tidak bawa banyak pakaian
Apa yang perlu anda bawa pakaian yang perlu sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan anda bawa bagasi beg yang banyak dan ia menyusahkan anda untuk membawa terlalu banyak bagasi dan berat untuk anda bawa. Kebiasaannya apabila travel sudah tentu kita ada beli pakaian jadi jimat untuk anda tidak bawa banyak pakaian dan untuk lebih mudah anda boleh membawa bagpack kerana ia mudah dan ringan untuk dibawa.
3) Simpan dokumen penting dalam fail
Untuk anda yang travel apa yang penting untuk tidak berlaku kecuaian atau kehilangan dokumen seperti passport, visa atau tiket kapal terbang anda perlu simpan di dalam satu fail ataupun beg lain bagi mudah untuk anda capai dan bawa. Ini adalah kerana untuk elakkan anda mencari sekiranya disimpan didalam bagasi dan jika disimpan seperti didalam fail atau beg lain ia memudahkan anda apabila berada dilapangan terbang.
4) Beli tiket flight pada waktu tepat
Semestinya apabila anda hendak travel tiket perlulah dibeli terlebih dahulu. Apa yang perlu dibuat anda perlulah pastikan anda bijak membeli tiket dengan harga yang murah pada waktu tertentu. Jika anda bernasib baik anda akan dapat tiket yang murah apabila anda beli pada waktu tengah malam. Tak salah mencuba untuk beli tiket tengah malam.
5) Muat turun aplikasi penting
Setiap orang yang ingin travel mestilah mempunyai telefon bukan? Untuk memudahkan tidak kira travel berseorangan atau berkumpulan, anda boleh memanfaatkan dengan membuat turun segala aplikasi penting yang boleh membantu apabila anda melancong sebagai contoh aplikasi Google Maps atau Waze di mana ia dapat membantu anda untuk mencari lokasi yang anda ingini.
6) Semak cuaca
Apabila anda ingin travel ini adalah sangat penting untuk anda tahu cuaca di suatu negara yang anda ingin pergi. Sebagai contoh sekiranya anda ingin travel ke negara yang mempunyai 4 musim apa yang anda perlu tahu sekiranya negara yang anda ingin lawati itu sedang musim sejuk apa yang perlu anda kena bawa pakaian sejuk dan bersesuaian dengan keadaan cuaca dan juga elakkan jika anda tidak tahan dengan cuaca sejuk elakkan untuk pergi ketika musim sejuk. Juga cek suhu negara yang anda ingin travel bagi memudahkan urusan anda nanti.
7) Dapatkan insurans perjalanan
Untuk travel jauh apa yang penting anda perlu ada insurans perjalanan. Ini adalah perkara penting sekali perlu anda lakukan. Sebelum anda travel, anda perlu membeli satu plan insurans mengikut bajet anda untuk mengelakkan sesuatu tidak diingini berlaku semasa anda dalam travel. Ia adalah untuk melindungi anda dari kejadian buruk berlaku terhadap diri anda.
Apabila anda dapatkan satu plan insurans buatlah perbandingan sebelum memilih dan ikut bajet anda insurans manakah yang anda perlukan.
Ini adalah antara 7 tips travel yang wajib ada perlu tahu dan anda boleh buat persiapan. Semoga tips travel ini dapat memudahkan urusan serta perjalanan anda semasa travel nanti.
Sekiranya anda mencari supplemen Shaklee anda boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA.
>>>Baca juga: Kenapa Shaklee Supplemen Terbaik Malaysia?
#nextlevelblogging
#shakleeethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleepasirgudang
#pengedarshakleemasai
Untuk yang ingin mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Pasir Gudang, Masai dan pos seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya seperti di bawah:
Comments