Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Johor Bahru : Tahukah bahawa pendarahan ketika hamil amat merisaukan kepada ibu-ibu yang hamil. Ini pernah terjadi kepada saya semasa saya mengandung anak pertama. Saya mengalami pendarahan dan dimasukkan ke hospital. Alhamdulillah kandungan saya selamat kerana pendarahan telah terhenti. Mimpi ngeri berlaku kembali saya mengalami pendarahan untuk kali ke 2. Saya tidak pergi ke hospital, tetapi saya merawat secara kampung. Alhamdulillah kandungan saya selamat. Bukan tak nak ke hospital tetapi saya ngeri untuk melalui prosedur ketika saya mengalami pendarahan untuk kali pertama. Pendarahan di awal kehamilan memang menakutkan tetapi tidak menghairankan kerana kira-kira 15 hingga 25% sahaja wanita mengalami pendarahan di trimester awal kehamilan. Menurut Pakar Perbidanan R.Todd Ivey, ibu tidak perlu bimbang jika pendarahan adalah ringan dan tidak disertai rasa sakit. Jika pendarahan semakin banyak seperti haid, darahnya merah tera