Skip to main content

Posts

Showing posts with the label MENGAPA HYDROQUINONE BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU:MENGAPA HYDROQUINONE BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Johor Bahru: Mengapa Hydroquinone Boleh Membahayakan Kesihatan? Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi. Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Ia lama kelamaan berkurangan. Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena ubat ini. Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone.