Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Sikap Jujur Aset Paling Berharga Dalam Perniagaan Bahagian 1 Tahukah anda bahawa isu kejujuran di dalam perniagaan bukanlah satu perkara yang baharu. Malah kejujuran merupakan aspek yang paling kronik dalam alam perniagaan hari ini. Keluhan ditipu oleh peniaga atau pengeluar sesuatu produk bukan lagi menjadi tajuk yang aneh dalam bualan orang ramai. Situasi ini sudah wujud sejak zaman-berzaman. Oleh itu, kita dapati Rasulullah S.A.W berkali-kali mengingatkan kepada para peniaga supaya bersikap jujur dan amanah dalam perniagaan. Sabda Rasulluah S.A.W: Peniaga yang jujur lagi amanah (dihimpunkan) bersama para nabi, siddiqin dan syuhada pada hari kiamat. (Riwayat al-Daraquthni)