Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Apakah Penyebab Pra Diebetes? Tahukah anda Pra Diebetes terhasil daripada pertembungan antara genetik yang berevolusi dan gaya hidup yang moden di mana makanan dilimpahi dan dibebankan secara berlebihan manakala kegiatan fizikal pula hanya merupakan suatu pilihan sahaja bukan suatu perkara yang perlu dilakukan, Badan kita tidak diberi peluang untuk menyesuaikan diri dengan keberahian kita memakan karbohidrat diproses yang sarat dengan lemak dan gula dan kekurangan kegiatan fizikal . Akibatnya sistem kawalan gula dalam darah kita tidak berfungsi dengan baik. Maka sel-sel kita menjadi penentang insulin dan gula dalam darah meningkat mengakibatkan kita mengalami keletihan, menderita peningkatan berat badan dan menyukarkan untuk menurunkan berat badan. Sekitar awal 1900, pra diebetes dan diebetes tidak begitu berleluasa kerana karbohidrat yang dimakan oleh manusia adalah terdiri daripada biji-bijirin da