Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia Pengedar Shaklee Johor Bahru: TAHUKAH anda batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Air kencing mempunyai bahan yang di panggil 'penghalang' yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi. Kepekatan air kencing yang tinggi biasanya terjadi kepada mereka yang sering kali kekeringan (dehidrasi) kerana kekurangan pengambilan cecair, Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras bahan yang lebih tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan jumlah bahan ini di dalam air kencing. Jangkitan pada saluran air kencing yang berulang kali juga boleh menggalakkan pembentukkan batu karang. Apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air kencing akan menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-ulang