Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Kurangkan Makanan Bergoreng Tahukah anda? Pisang, keropok, cempedak, ubi goreng, karipap, tempe goreng, dan pelbagai jenis kerepek adalah menu harian masyarakat kita. Harganya yang murah dan rasanya yang sedap serta ranggup menjadikan ia makanan pilihan ketika menikmati minuman petang bersama-sama rakan dan keluarga. Memakan makanan goreng bukanlah satu kesalahan, namun tidak boleh terlalu kerap ataupun setiap hari. Larangan ini termasuk kepada kanak-kanak. Makanan bergoreng termasuk antara faktor risiko pencetus penyakit degeneratif seperti kardiovaskuler, diabetis mellitus, da strok. Ia jyga menjadi orang tengah penyebab masuk beraneka penyakit ke dalam badan.