Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Amalkan Gaya Hidup Sihat Dengan 5 Langkah
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Rakyat Malaysia kebiasaannya kita dapat lihat dari aspek pemakanan mereka kebanyakkan tidak mengamalkan cara pola makanan yang seimbang malah majoriti ada yang mengamalkan makan fast food apatah lagi nak amalkan gaya hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat boleh juga dari pemakanan.
Hari ini kita dengar dari televisyen,majalah malah di corong-corong radio di utarakan tentang gaya hidup sihat tapi ramai yang tak cakna dan ambil tahu tentang ini. Biasanya gaya hidup sihat ini berkait rapat selain dari segi pemakanan, malah ada menyentuh soal senaman juga serta aktiviti fizikal.
Kita rata-rata untuk amalkan gaya hidup sihat terutamanya untuk bersenam adalah sangat rendah sekali malah juga ramai yang mengalami masalah obesiti kerana buktinya rakyat Malaysia mengalami angka obesiti yang sangat tinggi.
Adakah anda pernah terfikir? Kenapa kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat?
Untuk memulakan gaya hidup sihat kita perlu menitikberatkan dari segi cara penjagaan pemakanan, kesihatan mental juga aktiviti fizikal.
Gaya hidup sihat ini adalah amat penting dalam kehidupan manusia kerana bermula dari inilah barulah kita dapat kestabilan minda juga fizikal kita secara keseluruhan dapat dicapai.
Apakah yang akan terjadi jika kita tidak amalkan gaya hidup sihat?
Disini saya ingin berkongsi apakah kesan yang akan menyebabkan anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara yang betul malah mendatangkan kesan yang negatif terhadap diri anda.
Antara kesan negatif yang anda akan dapat ialah:
1) Akan mengalami stress
Jika seseorang itu mengalami stress ia akan mengganggu gaya hidup sihat seseorang. Stress ini adalah disebabkan ketidakstabilan sama ada fizikal atau mental seseorang bergantung juga keadaan persekitarannya yang boleh menyebabkan seseorang mengalami stress contoh persekitaran seperti kawasan tempat kerja, tempat tinggal, juga boleh keadaan emosi seseorang dalam hidupnya malah cara hidup atau lifestyle seseorang boleh juga penyebabnya. Selain itu, pemakanan tidak sihat boleh menyumbang kepada keadaan fizikal dan mental tidak optimum seperti penyakit.
2) Obesiti
Amalan gaya hidup tidak sihat ini boleh mendatangkan obestiti. Dimana obesiti ini adalah terjadi apabila seseorang tidak menjaga corak pemakanan dengan seimbang malah ini menyumbang mereka kepada masalah obesiti yang mereka tanpa sedari. Obesiti terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi berlebihan malah obesiti juga ia boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan mengundang penyakit seperti sakit jantung,darah tinggi, kencing manis juga strok.
3)Sakit
Pemakanan tidak sihat seseorang boleh mengundang masalah kesihatan walaupun mereka tahu makanan itu mengandungi gula, lemak dan garam yang tinggi. Amalan gaya hidup tidak sihat inilah boleh mendatangkan penyakit sindrom metabolik. Kebanyakkan mereka tidak mengamalkan senaman dan juga menjaga kesihatan diri. Ini semua boleh menyumbang sindrom metabolik dan mendatangkan penyakit diebetes, obesiti, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan hati membengkak.
Apa yang perlu anda lakukan sekarang amalkan gaya hidup sihat dengan 5 Langkah ini!
Jom kita ikuti 5 Langkah untuk amalkan gaya hidup sihat:
1) Amalkan konsep makan "Suku-Suku Separuh"
Apa yang perlu anda lakukan, anda perlu mengawal pengambilan makanan anda setiap hari di mana anda perlu buat bahagian dalam pinggan makan anda dengan 3 bahagian.
Untuk pertama anda perlu mengisi karbohidrat yang memberikan anda tenaga utama pada tubuh kita seperti nasi, mee, roti dan bijirin. Manakala suku kedua anda isikan sumber protein seperti ikan, daging, telur dan kekacang ia juga membantu untuk tumbesaran, perkembangan dan membaiki tubuh.
Untuk yang separuh lagi isilah dengan buah-buahan dan juga sayuran yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan mineral penting untuk membantu pelbagai fungsi tubuh. Air perlulah diambil 8 gelas sehari dan jika seseorang itu sangat aktif dan banyak berpeluh tambahan 2 gelas air diperlukan untuk elakkan hidrasi.
2) Mengawal berat badan
Anda perlulah kawal berat badan anda dengan elakkan mengambil benda yang manis. Selain itu, anda perlulah banyakkan minum air kosong. Jika anda ingin makan yang manis ambillah makan buah atau makanan sihat yang lain. Anda perlu tahu cara pemakanan juga aktiviti fizikal adalah tips untuk kawal berat badan. Jika berat badan anda normal atau ideal ia menandakan kesihatan anda lebih baik. Anda perlu melakukan senaman 150 minit dalam seminggu.
3) Kawal emosi, jangan marah-marah
Pernah dengar tak, jika kita dalam keadaan marah ketika berdiri, kita perlu duduk dan jika kita duduk perlulah berbaring ubah posisi anda ketika itu. Selain itu, untuk elakkan berwuduklah untuk menenangkan jiwa juga boleh amalkan doa, dan solat 2 rakaat.
4) Jangan malas jalan kaki
Apa yang perlu anda lakukan, lakukan 60 minit dalam sehari aktiviti jalan kaki kerana ia boleh menurunkan masalah obesiti sebanyak 50%. Ia boleh menyebabkan berat badan menurun, tubuh jadi ringan juga kesihatan meningkat. Berjalan kaki bukan untuk kurus sahaja tetapi untuk kita lebih sihat.
Untuk gaya hidup sihat anda juga boleh amalkan lakukan aktiviti seperti:
- Lakukan jalan kaki sejauh bawah 1 km untuk perjalanan yang dekat
- Elakkan guna lif, banyak gunakan tangga
- Parking kereta jauh dari office anda
- Buat senaman regangan selama 10 minit setiap sejam
- Buat kerja rumah
1) ESP- menurunkan berat badan, menguatkan otot rahim, membantu masalah gastrik, mencantikkan kulit, membantu masalah rambut gugur
2) Vitamin C- menguatkan imun, gusi, mengurangkan jerawat dan kesan sunburn, melegakan resdung
3) Ostenutrix- menguatkan tulang dan gigi, melegakan sakit sendi, mengelakkan risiko osteoporosis, melegakan lenguh badan dan membantu tidur yang lena
4) Omega Guard- meningkatkan kecergasan minda, menyokong kesihatan jantung dan sendi, menstabilkan tekanan darah, dan melegakan masalah ekzema
5) B-Complex- mengurangkan migrain, mencegah anemia, mengurangkan stress, menambah selera makan, menambah tenaga
Boleh juga baca: Multivitamin Shaklee Berwajah Baru
Anda juga boleh dapatkan PROMO Shaklee pada bulan ini dengan amalkan Vivix dan Res V juga sebahagian supplemen harian anda untuk amalkan gaya hidup sihat.
Untuk anda gaya hidup sihat perlu untuk diri seseorang untuk kekal aktif juga untuk kesihatan anda bertambah baik dimana jika anda amalkan gaya hidup sihat dengan 5 langkah seperti saya terangkan di atas.
#nextlevelblogging
#shakleeethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleepasirgudang
#pengedarshakleemasai
Untuk yang ingin mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Pasir Gudang, Masai dan pos seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya seperti di bawah:
Comments