Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG DALAM PENGAMBILAN VITAMIN

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Keperluan Wanita Mengandung Dalam Pengambilan Vitamin

Setiap wanita yang berkahwin pasti tertunggu-tunggu saat kehamilan, inilah berita gembira sekali setiap wanita yang telah berkahwin. Ini merupakan kehamilan adalah peristiwa yang sangat bermakna buat wanita apatah lagi yang lama menantikan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan rumah tangga.

Sepanjang tempoh kehamilan, faktor pemakanan adalah diambil berat untuk memastikan bayi yang bakal lahir adalah cukup sifat, sihat dan sempurna dan ibu perlu memastikan mendapatkan nutrien secukupnya. 

Apa yang diperlukan untuk ibu hamil, dia perlu mastikan mendapatkan pemakanan yang baik dengan mengambil vitamin bagi kandungan mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses tumbesaran.

"Ibu mengandung harus memenuhi keperluan nutrien seimbang dan sihat demi kesejahteraan sendiri dan menyokong tumbesaran bayi anda"

Keperluan wanita mengandung dalam aspek pemakanan ia perlu seimbang dan perlu mengandungi seperti:

  • Protein
  • Karbohidrat kompleks
  • Lemak sihat
  • Vitamin dan mineral
  • Serat dan cecair

Pemakanan harian tiada beza dengan pemakanan kehamilan cumanya ibu hamil ia perlukan jumlah lebih sedikit makanan untuk mengimbangi semua fungsi tubuh serta keperluan tambahan bagi bayi dalam kandungan.


Selain itu, keperluan ibu dan bayi juga boleh mengambil vitamin semasa mengandung selain  daripada pemakanan harian. Terdapat juga sesetengah ibu hamil yang tidak memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual, loyal, muntah yang teruk dan sebagainya.


Jadi disarankan pengambilan vitamin bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh ibu malah untuk tumbesaran bayi juga dalam kandungan. Pengambilan vitamin semasa hamil adalah digalakkan kerana ia dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.


Sebaiknya ibu hamil mengambil vitamin yang mengandungi:

  • Asid Folik
  - Pengambilan asid folik ia dapat mencegah kelahiran yang mempengaruhi otak dan saraf tunjang bayi. Disebabkan itu ibu hamil disyorkan mengambil asid folik setiap hari.

 - Perlu diambil semasa trismeter pertama kehamilan ia boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada  tulang belakang (kecacatan tiub neural) iaitu spina bifida dimana berlaku apabila saraf didalam tulang belakang terdedah dan rosak.



  • Zat Besi
  - Manakala zat besi pula merupakan antara kandungan penting dalam vitamin mengandung kerana ia membantu tubuh ibu hamil untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah dan sel darah merah ini berperanan untuk membawa oksigen kepada bayi untuk perkembangannya.

  • Kalsium
   -  Kalsium juga sangat penting bagi ibu hamil bagi memperoleh tulang dan kuku yang kuat juga ia diperlukan untuk perkembangan dan fungsi jantung, otot dan sistem pembekuan darah. Jadi kalsium diperlukan sebagai bekalan untuk proses tumbesaran bayi anda.

  - Malah ibu hamil perlukan kalsium sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu.

  • Protein
  - Ibu hamil juga perlu mendapatkan protein yang mencukupi sepanjang kehamilan. Apa yang perlu pastikan anda mengambil sumber makanan tinggi kandungan mineral seperti telur, kacang dan mentega, bijian, ikan, ayam, kekacang, yogurt greek dan keju,  dan tauhu.

  • Omega 3
  - Pengambilan Omega 3 adalah sangat bagus untuk tumbesaran bayi kerana manfaatnya dapat:

* Mengurangkan risiko pramatang

*Meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk belajar membaca

* Mengurangkan risiko penyakit jantung di kemudian Hari

* Mengurangkan risiko pelbagai jenis alahan kulit

- Ibu hamil yang mengambil Omega 3 ini ia akan cepat pulih selepas bersalin


Ibu hamil juga jangan lupa untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi banyak nutrien untuk anda dan bayi perlukan seperti:
  • Vitamin A dan C
  • Beta karoten
  • Serat
  • Vitamin E
  • Riboflavin
  • Asid Folik
  • Vitamin B
  • Kalsium
  • Mineral surih (trace mineral)
Keperluan wanita mengandung selain pengambilan vitamin juga sayuran ia juga boleh mengambil bijirin penuh dan kekacang kerana ia mengandungi mineral dan vitamin yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan bagi tumbesaran. Kumpulan makanan ini kaya dengan nutrien, termasuk zat besi, serta pelbagai vitamin B seperti thiamine (vitamin B-1), riboflavin (vitamin B-2), folat dan niasin.


Kesimpulan

Apa yang hendak disimpulkan disini keperluan wanita mengandung dalam pengambilan vitamin dapat memenuhi keperluan asas harian anda dan setiap kelahiran adalah unik. Jangan lupa temujanji dengan doktor bagi memantau kesihatan anda bagi menangani sebarang kebimbangan sepanjang kehamilan.


#nextlevelblogging

#shakleeethrive2023

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleepasirgudang

#pengedarshakleemasai


Untuk yang ingin mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Pasir Gudang, Masai dan pos seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya seperti di bawah:


Call: 012-7646324


Email: ainaliffhafiz@gmail.com

Add fb saya: Ahlia Hafiz untuk chatting secara langsung dengan saya


Follow Instagram saya: vitamin.semulajadi

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya.

p/s: Jom siapa yang mencari pendapatan tambahan saya bantu anda dalam meningkatkan ekonomi keluarga.

Penafian: Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang diiktiraf.



COD  TAMAN CENDANA PASIR GUDANG, TAMAN MAWAR PASIR GUDANG, TAMAN AIR BIRU PASIR GUDANG,NUSA DAMAI, TAMAN BUKIT DAHLIA PASIR GUDANG, TAMAN CAHAYA MASAI, KOTA MASAI,  MASAI, KONG KONG, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN PASIR GUDANG, BANDAR LAYANGKASA
PENGHANTARAN POS KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK, BRUNEI











Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG; YOUTH TM PURIFYING CLAY MASK

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang : Youth TM   Purifying Clay Mask Tercari mask untuk kulit berminyak/mudah berjerawat boleh cuba  Youth TM   Purifying Clay Mask. Youth TM   Purifying Clay Mask ini berfungsi  menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Ia dirumus oleh bahan semulajadi, diformulasikan ia menyerap dan menyinkirkan pencemaran, kekotoran dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering. Youth TM   Purifying Clay Mask menggunakan bahan-bahan utama seperti campuran tiga jenis tanah list yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan Abu hujung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik. Boleh juga dipakai bersama dengan   Youth TM   Hydrating Gel Mask . Dapatkan yang terbaik daripada keduanya. Gunakan  Purifying Clay Mask pada zon-T dan  Hydrating Gel Mask pada bah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: KAEDAH INTERMITTENT FASTING

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Kaedah Intermittent Fasting  Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Masalah obesiti di negara kita tidak asing lagi diperkatakan bukan sahaja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga turut mengalami obesiti yang sering dirisaukan adalah orang dewasa pelbagai kaedah yang mereka cari untuk menurunkan berat badan dan mereka juga tidak terlepas dengan kaedah intermittent fasting. Intermittent fasting menjadi bualan sama ada di media sosial, diakhbar atau majalah pasti ada sahaja tentang topik berkaitan i ntermittent fasting. Ramai   juga yang ingin mencuba kaedah intermittent fasting ini. Sebelum kita masuk topik ini, kita definisikan apakah itu intermittent fasting?Intermittent fasting adalah singkatan IF yang memberi maksud diet cara seseorang  menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan juga waktu berpuasa secara sistematik. Ia juga adalah cara diet  melarang makan pada waktu-waktu tertentu. Pernah juga viral...