Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Doa Yang Bagus Untuk Wanita
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Dalam Islam banyak doa-doa yang dikhususkan untuk dibaca oleh wanita mahupun lelaki. Ini kerana wanita dalam Islam sangat dimuliakan darjatnya sehingga Islam menjadikan seorang wanita menjadi salah satu aspek penting dalam beribadah kepada Allah S.W.T.
Sebenarnya saya ingin kongsikan di sini beberapa doa yang bagus untuk wanita yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Banyak doa yang kita boleh amalkan tetapi disini saya kongsikan hanya 3 sahaja doa yang bagus untuk wanita amalkan.
3 Doa Yang Bagus Wanita Amalkan
1) Doa Dipermudahkan Segala Urusan
Menjadi suri rumah atau yang bekerja pasti banyak sahaja urusan perlu diselesaikan. Boleh amalkan doa Nabi Musa ( Surah Tahan, Ayat 25-28)
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Rabbisy rahli sodri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohu qoulii”.
Maksudnya : “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku”.
2) Doa Untuk Wanita Solehah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ya Allah
Engkau telah anugerahkan limpahan kecantikan padanya maka jadikan keindahan hati dan akhlaknya melampaui kecantikan wajahnya.
Engkau telah sentuh hatinya untuk menutup auratnya maka jadikan penutup auratnya memperindah cahaya taqwanya.
Engkau telah indahkan senyumannya maka jadikan senyumnya selalu berkembang untuk menghiasi rumahtangganya.
Engkau telah tanamkan ilmu dan kepintaran pada akal budinya, maka jadikan akalnya meninggilan darjatnya.
Engkau telah berikan kekerasan hati padanya maka jadikan kekerasan hatui menjadi keteguhan baginya. Namun sisihkan kelembutan untuk mendidik anaknya dan menjaga keluarganya.
Engkau telah tanam iman dan taqwa ke dalam hatinya maka jadikan keimanan dan ketaqwaan yang istiqamah menjadi kecantikkannya.
Jadikan jiwa raga dan kalbunya menjadi wanita solehah. Sandingkan lelaki soleh menjadi suaminya. Tanamkan jiwa pejuang sejati dalam rahimnya. Jadikan keluarganya menjadi Sakinah, Mawadah, Warrahmah. Jadikan akhir hidupnya kembali kepadaMu dengan husnul khotimah.
Satu lagi saya ingin kongsikan satu lagi doa yang pastinya ramai tidak tahu. Apa yang ingin saya kongsikan doa ini bagus untuk diamalkan apabila kita terdengar atau melihat apa-apa musibah boleh dibaca.
3) Doa Pendinding Diri Daripada Musibah
Doa ini adalah yang Rasullullah ajarkan. Jom kita baca, hafaz, amal dan sebarkan seluas-luasnya. In Shaa Allah.
Doa ini ada dalam hadis. Dengan baca Doa ini In Shaa Allah kita akan selamat dari musibah tersebut selamanya. Amin. Sebarkan kepada saudara mara kawan-kawan penting ini sebab ramai orang tidak tahu.
Begitu juga jika melihat org yg bunuh diri. Penipu duit orang atau apa-apa kejahatan yang ianya musibah untuk kita sama ada di dunia atau di akhirat. Boleh juga dibaca doa ini agar Allah pelihara diri kita. Amin.
Semoga menjadi asbab Hidayat untuk seluruh umat. Amin.
Apa yang saya kongsikan 3 doa yang bagus untuk wanita ini semoga kita dapat manfaat daripadanya.
#nextlevelblogging
#shakleeethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleepasirgudang
#pengedarshakleemasai
Untuk yang ingin mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Pasir Gudang, Masai dan pos seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya seperti di bawah:
Comments