Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:KERADANGAN PUNCA MASALAH PENYAKIT KRONIK

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Keradangan Punca Masalah Penyakit Kronik

TIPS KESIHATAN

Tahukah kita apa persamaan antara masalah masalah sendi yang sukar digerakkan dan menjadi kaku (arthritis), rasa sakit otot (myalgia), alahan yang teruk, atau keadaan yang lebih serius seperti penyakit jantung, penyakit Alzheimer, dan beberapa jenis kanser?

Sakit-sakit ini berpunca dari masalah keradangan yang kronik.

Ramai pakar perubatan yang mendefinasi semula masalah sumbatan saluran jantung (coronary heart disease) yang merupakan punca kematian utama penyakit tidak berjangkit di Amerika Syarikat dan seluruh dunia, adalah berpunca dari keradangan pada saluran darah.

Mereka mula memperakui pemeriksaan C-reactive protein yang sangat sensitif bagi mengukur tahap keradangan dalam tubuh yang akhirnya berkait rapat dengan sakit jantung.

Bagi mereka yang mempunyai tahap C-reactive protein yang tinggi, bermakna mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat serangan sakit jantung.

Sebelum ini kita hanya memahami keradangan (inflammation) sebagai sesuatu yang menyebabkan rasa sakit, kemerahan dan bengkak yang berlaku pada kecederaan yang akut.

Sebagai contoh jika seseorang tergelincir dan pergelangan kaki mengalami bengkakan, rasa sakit dan sendi tidak boleh digerakkan, kita faham ia adalah disebabkan keradangan sendi pergelangan kaki akibat kecederaan itu.

Tiada yang menyangka bahawa penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, sakit jantung, penyakit Alzheimer, dan beberapa jenis kanser yang lain berpunca dari masalah keradangan.

Walaupun penyakit-penyakit tersebut melibatkan organ-organ berbeza dan memberikan tanda-tanda yang tidak sama, tetapi penyakit-penyakit ini berpunca dari masalah keradangan yang kronik.

Sebab itu ramai yang mempunyai beberapa jenis penyakit dalam satu masa. Malah dikatakan penyakit diabetes, kolesterol yang tinggi, tekanan darah tinggi dan gout adalah penyakit empat serangkai yang akan menyerang seseorang pesakit satu persatu kerana pesakit ini mengalami keradangan yang kronik.

Ada orang yang mengalami diabetes dulu, kemudian datang penyakit lain. Ada pula yang datang penyakit gout dulu sebelum datang penyakit yang lain.

Penyakit ini datang serentak secara senyap dan satu demi satu. Inilah dia yang digambarkan sebagai Sindrom Keradangan.

#sindromkeradangandrzubaidi
#HealthDrZubaidi



Jom kita lihat definisi keradangan, radang adalah bertindak balas yaang diberikan oleh badan apabila berlaku kecederaan atau jangkitan. Ia adalah mekanisme perlindungan oleh badan. Sebagai contoh apabila kaki anda terseliuh, kebiasaanya akan mengalami bengkak pada bahagian terbabit ataupun kepala terhantuk ke dinding, benjol akan keluar. Benjol.dan bengkak itulah tindak balas keradangan.

Apakah Vitamin yang sesuai untuk keradangan, Omega Guard




BAGAIMANA NAK BELI SHAKLEE PADA HARGA MURAH?

Ingin dapatkan Diskaun Harga Ahli 15%-33% daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee dan nikmati potongan harga yang menjimatkan.

Klik untuk daftar sebagai Ahli Shaklee
==========
CARA ORDER:
===========
☎ Call/ SMS/WhatsApp/ 
⤵⤵⤵⤵⤵
Mengapa mesti memilih Shaklee

✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
 Terbukti Berkesan
 Terbukti Semulajadi
 Terbukti Selamat
 Harga Mampu Milik
 Halal

Saya doakan kesihatan anda bertambah lebih baik, kita berusaha merawat Allah jualah yang menyembuhkan.


COD JOHOR BAHRU/ TAMPOI/ SKUDAI/ BANDAR BARU UDA/TAMAN GEMBIRA/DAMANSARA ALIFF/TAMAN DAHLIA/TAMAN CEMPAKA/ SKUDAI KANAN/ SKUDAI KIRI, TAMAN CENDANA PASIR GUDANG, TAMAN MAWAR PASIR GUDANG, TAMAN AIR BIRU PASIR GUDANG,NUSA DAMAI, TAMAN BUKIT DAHLIA PASIR GUDANG, TAMAN CAHAYA MASAI, KOTA MASAI,  MASAI, KONG KONG, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN PASIR GUDANG, BANDAR LAYANGKASA
PENGHANTARAN POS KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK, BRUNEI


INGAT SHAKLEE INGAT AHLIA HAFIZ TAU!

♡♡ IG: vitamin.semulajadi
♡♡Facebook: Ahlia Hafiz



















Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG; YOUTH TM PURIFYING CLAY MASK

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang : Youth TM   Purifying Clay Mask Tercari mask untuk kulit berminyak/mudah berjerawat boleh cuba  Youth TM   Purifying Clay Mask. Youth TM   Purifying Clay Mask ini berfungsi  menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Ia dirumus oleh bahan semulajadi, diformulasikan ia menyerap dan menyinkirkan pencemaran, kekotoran dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering. Youth TM   Purifying Clay Mask menggunakan bahan-bahan utama seperti campuran tiga jenis tanah list yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan Abu hujung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik. Boleh juga dipakai bersama dengan   Youth TM   Hydrating Gel Mask . Dapatkan yang terbaik daripada keduanya. Gunakan  Purifying Clay Mask pada zon-T dan  Hydrating Gel Mask pada bah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: KAEDAH INTERMITTENT FASTING

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Kaedah Intermittent Fasting  Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Masalah obesiti di negara kita tidak asing lagi diperkatakan bukan sahaja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga turut mengalami obesiti yang sering dirisaukan adalah orang dewasa pelbagai kaedah yang mereka cari untuk menurunkan berat badan dan mereka juga tidak terlepas dengan kaedah intermittent fasting. Intermittent fasting menjadi bualan sama ada di media sosial, diakhbar atau majalah pasti ada sahaja tentang topik berkaitan i ntermittent fasting. Ramai   juga yang ingin mencuba kaedah intermittent fasting ini. Sebelum kita masuk topik ini, kita definisikan apakah itu intermittent fasting?Intermittent fasting adalah singkatan IF yang memberi maksud diet cara seseorang  menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan juga waktu berpuasa secara sistematik. Ia juga adalah cara diet  melarang makan pada waktu-waktu tertentu. Pernah juga viral...