Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Apakah Punca-punca Sembelit?
Banyak punca sembelit. Ada kalanya apa yang kita buat sebelum ini tidak pun menyebabkan sembelit, tapi kali ini ia menyebabkan sembelit. Jadi sembelit kadang kala bukan disebabkan oleh satu faktor saja, tetapi banyak faktor. Ada kalanya orang lain buat, mereka ok saja. Tapi kita buat boleh menyebabkan sembelit pula. Jadi bergantung pada individu.
Antara punca-punca yang menyebabkan sembelit ialah :
1) Mereka yang ambil ubat gastrik yang mengandungi kalsium atau aluminium. Ubat ini selalu disebut sebagai antacid, sama ada dalam bentuk cecair atau dalam bentuk pil.
2) Ubat-ubat penahan sakit seperti tramadol dan ubat untuk kemurungan boleh menyebabkan sembelit juga.
3) Orang yang kerap mengambil ubat pelawas untuk buang air besar juga boleh mengalami masalah ini. Penggunaan ubat ini untuk jangka panjang akan melemahkan otot-otot usus untuk melakukan pergerakan peristalsis. Pesakit yang mengalami luka pada dubur (fissure in anus) yang cuba mengelakkan diri dari membuang air besar (kerana berasa sakit ketika membuang air besar), juga boleh mengalami sembelit.
4) Pesakit anemia (kekurangan sel darah merah) yang mengamalkan pil zat besi (iron), juga boleh mengalami sembelit.
5) Pesakit yang mengambil ubat tahan sakit seperti tramadol atau morphine juga mengalami masalah sembelit.
6) Wanita yang hamil juga mengalami masalah sembelit terutama di akhir kehamilan. Ini kerana saiz rahim semakin membesar. Mereka yang mengalami tekanan emosi juga mungkin mengalami masalah ini.
7) Susu juga boleh menyebabkan sembelit bagi sesetengah orang. Penggunaan ubat julap atau ubat laxative yang merangsang buang air besar bertujuan untuk detoks.
8) Selain itu ialah perubahan diet, terutama diet yang tidak cukup sayur. Mereka yang tidak cukup minum air, tidak banyak melakukan pergerakan fizikal, terutama mereka yang sakit terlantar di katil. Ini menyebabkan sembelit.
Namun ada kalanya sembelit adalah tanda penyakit yang bahaya. Ada pesakit yang mengalami penyakit ini tanpa menyedarinya. Antaranya penyakit yang berkaitan dengan saraf di otak seperti Parkinson's atau Multiple Sclerosis. Ia boleh memberi kesan terhadap penyakit saraf pada otot-otot usus besar yang mengganggu pergerakan peristalsis otot di situ. Sebagai contoh, pesakit diabetes yang tidak mengawal gula dalam darah dengan baik, saraf-sarafnya akan mengalami kerosakan.
Masalah hormone thyroid yang rendah atau hypothyroidism juga boleh menyebabkan sembelit yang berulang.
Lebih berbahaya, sembelit mungkin tanda awal penyakit kanser usus (rectum cancer atau colon cancer), terutama jika najis yang keluar itu bercampur darah.
#HealthDrZubaidi
BAGAIMANA NAK BELI SHAKLEE PADA HARGA MURAH?
Ingin dapatkan Diskaun Harga Ahli 15%-33% daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee dan nikmati potongan harga yang menjimatkan.
Klik untuk daftar sebagai Ahli Shaklee
==========
CARA ORDER:
===========
☎ Call/ SMS/WhatsApp/
⤵⤵⤵⤵⤵
Mengapa mesti memilih Shaklee
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik
✔ Halal
Saya doakan kesihatan anda bertambah lebih baik, kita berusaha merawat Allah jualah yang menyembuhkan.
COD JOHOR BAHRU/ TAMPOI/ SKUDAI/ BANDAR BARU UDA/TAMAN GEMBIRA/DAMANSARA ALIFF/TAMAN DAHLIA/TAMAN CEMPAKA/ SKUDAI KANAN/ SKUDAI KIRI, TAMAN CENDANA PASIR GUDANG, TAMAN MAWAR PASIR GUDANG, TAMAN AIR BIRU PASIR GUDANG,NUSA DAMAI, TAMAN BUKIT DAHLIA PASIR GUDANG, TAMAN CAHAYA MASAI, KOTA MASAI, MASAI, KONG KONG, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN PASIR GUDANG, BANDAR LAYANGKASA
PENGHANTARAN POS KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK, BRUNEI