Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: INSULIN MENYEBABKAN KITA GEMUK

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Insulin Menyebabkan Kita Gemuk

Hormon insulin bersifat sebatian IGF-1. Sebatian ini akan merangsangkan perkembangan sel dan menghentikan proses pembersihan sel-sel yang rosak dan mati (autophagy).

Fungsi utama insulin adalah mengawal gula dalam darah. Oleh itu apabila kita makan (terutamanya makan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi), kandungan gula dalam darah akan serta merta tinggi.  insulin akan dikeluarkan dari pankreas dengan cepat dan banyak, bagi menurunkan kandungan gula ke tahap yang rendah.

Gula (glukos) adalah sumber tenaga yang penting, namun jika terlalu banyak ia boleh menyebabkan keracunan kepada sel-sel dalam badan kita.

Jadi insulin akan memastikan tahap gula dalam darah tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Ini dapat dilakukan dengan tiga  cara:

1. Insulin membantu proses penghasilan tenaga, dengan menggunakan glukos sebagai sumber tenaga. Jadi gula (glukos) digunakan untuk metabolisme atau pergerakan luar kawalan (seperti bernafas, degupan jantung etc). Ini dinamakan sebagai "aktiviti metabolik asas". Tenaga juga digunakan untuk aktiviti terkawal (seperti berlari, berjalan etc). 

Ini bermakna gula akan digunakan sebagai sumber tenaga untuk dua aktiviti ini. Sebab itu lebih banyak tenaga akan digunakan jika kita melakukan senaman ringan.

2. Insulin juga menurunkan tahap gula dalam darah dengan menukarkan gula (glukos) kepada glycogen, yang akan disimpan dalam otot dan hati. 

3. Insulin juga bertindak menghentikan penghasilan tenaga dari lemak malah memaksa gula yang ada di dalam darah untuk disimpan sebagai lemak dan sel-sel lemak. 

Oleh itu hormon insulin akan membuatkan kita menjadi gemuk. Jika kandungan hormon insulin tinggi dalam tubuh, ia akan menyebabkan penyimpanan lemak dalam tubuh, sementara kandungan hormon insulin rendah dalam tubuh akan membantu kita membuang lemak.
  
Masalah bagi orang yang sering mengunyah terutamanya makanan yang manis, penuh dengan gula dan karbohidrat ringkas seperti produk tepung dan air manis bergula, akan menyebabkan kandungan hormon insulin sentiasa tinggi dalam tubuh, bagi memastikan gula (glukos) dalam tubuh kita stabil.

Pengumpulan lemak juga (bukan saja membuat kita gemuk) tetapi menyebabkan kita mengalami risiko kanser. Selain itu terlalu banyak insulin dalam tubuh akan menyebabkan sel-sel yang menggunakan insulin bagi menghasilkan tenaga, mengalami suatu keadaan yang dinamakan rintangan/kekebalan (resistant) terhadap insulin. Ini menyebabkan sel-sel ini tidak bertindak balas terhadap tahap insulin yang biasa. Ia memerlukan lebih banyak hormon
insulin.

Ia ibarat kita menjerit pada anak-anak kita. Bila terlalu banyak menjerit, anak-anak kita sudah tidak memperdulikan lagi jeritan kita.

Begitu juga dengan sel-sel ini. Kedatangan insulin sebenarnya bertujuan untuk memberikan isyarat agar glukos digunakan dan tenaga dihasilkan. Oleh kerana terlalu banyak insulin, sel-sel ini tidak lagi mengikut arahan yang diberikan.

Ini menyebabkan tahap gula dalam darah semakin tinggi dan tahap insulin dalam darah juga tinggi. Akhirnya ia menyebabkan penyakit diabetes mellitus.

Jumlah pesakit diabetes semakin meningkat di Malaysia. Laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, pada tahun 2016 dianggarkan seramai 3.5 juta rakyat Malaysia atau 17.5 peratus penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas mempunyai penyakit diabetes.

Mengikut laporan National Health and Morbidity Survey 2015, seramai 9.2 peratus dari mereka tidak menyedari mereka mengalami penyakit ini.

Ia adalah pertambahan yang mendadak. Pada tahun 2011 pesakit diabetes seramai 15.2 peratus, berbanding tahun 2006, seramai 11.6 peratus.

Punca utama diabetes ialah tidak menjaga pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang tidak terurus dengan baik.

Kementerian Kesihatan Malaysia membelanjakan RM2,684.24 bagi setiap pesakit diabetes yang mendapat ubat-ubatan di hospital atau klinik kerajaan setiap tahun. 

Jadi isu ini bukanlah isu yang kecil. Kita harus melihat semua apa yang kita makan dan gaya hidup mana kita amalkan.

Semoga bermanfaat.

#drzubaidi

Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG; YOUTH TM PURIFYING CLAY MASK

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang : Youth TM   Purifying Clay Mask Tercari mask untuk kulit berminyak/mudah berjerawat boleh cuba  Youth TM   Purifying Clay Mask. Youth TM   Purifying Clay Mask ini berfungsi  menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Ia dirumus oleh bahan semulajadi, diformulasikan ia menyerap dan menyinkirkan pencemaran, kekotoran dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering. Youth TM   Purifying Clay Mask menggunakan bahan-bahan utama seperti campuran tiga jenis tanah list yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan Abu hujung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik. Boleh juga dipakai bersama dengan   Youth TM   Hydrating Gel Mask . Dapatkan yang terbaik daripada keduanya. Gunakan  Purifying Clay Mask pada zon-T dan  Hydrating Gel Mask pada bah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: KAEDAH INTERMITTENT FASTING

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Kaedah Intermittent Fasting  Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Masalah obesiti di negara kita tidak asing lagi diperkatakan bukan sahaja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga turut mengalami obesiti yang sering dirisaukan adalah orang dewasa pelbagai kaedah yang mereka cari untuk menurunkan berat badan dan mereka juga tidak terlepas dengan kaedah intermittent fasting. Intermittent fasting menjadi bualan sama ada di media sosial, diakhbar atau majalah pasti ada sahaja tentang topik berkaitan i ntermittent fasting. Ramai   juga yang ingin mencuba kaedah intermittent fasting ini. Sebelum kita masuk topik ini, kita definisikan apakah itu intermittent fasting?Intermittent fasting adalah singkatan IF yang memberi maksud diet cara seseorang  menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan juga waktu berpuasa secara sistematik. Ia juga adalah cara diet  melarang makan pada waktu-waktu tertentu. Pernah juga viral...