Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: 7 SEBAB IMAN BERTAMBAH

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: 7 Sebab Iman Bertambah

1) MEMPERLAJARI ILMU AGAMA

Menghadiri majlis-majlis taklim kerana majlis seperti ini menambah dan mempertebal keimanan sehingga majlis taklim disebut ' Majlis Iman'.

2) MEMBACA AL-QURAN DENGAN TADABBUR, BERUSAHA MEMAHAMI DAN MENGAMALKANNYA

Membaca Al-Quran dengan tadabbur, berusaha memahami dan mengamalkannya mempunyai pengaruh besar dalam meningkatkan kualiti keimanan kita kerana tidak terkira betapa banyaknya nasihat dan pengajaran berharga didalamnya.

3) MEMPERLAJARI SEJARAH HIDUP ( SURAH) NABI DAN SALAFUSH SHALEH

Melalui sejarah hidup (sirah) Nabi dan Salafush Shaleh kita tahu mencari di mana letakknya berbagai-bagai sisi kehidupan yang menjadi inspirasi untuk mendorong kita menjadikannya sebagai suri teladan.

4) BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MEMPERBAIKI IBADAT DAN MEMPERBANYAKKAN AMAL SOLEH

Ibadat seperti solat, sedekah, puasa, haji, umrah, berzikir, beristighfar, berdoa, menyambung silaturrahim dan berbuat baik kepada hamba-hamba Allah serta yang lainnya adalah kunci penguat iman. Para ulama bersepakat bahawa keimanan pasti bertambah dan meningkat jika kita banyak berbuat ketaatan dan amal soleh.

5) MEMPERHATIKAN AMALAN HATI

Amalan hati adalah amalan dahsyat yang sangat besar pengaruhnya untuk meningkatkan keimanan dan mengapai redha Allah. Cinta Allah, takut kepada Allah, berharap kepada Allah, bertawakal kepada Allah dan yang lainnya adalah ini tauhid. Juga membersihkan hati dari semua yang mengotorinya.

6) BERGAUL DENGAN ORANG BAIK DAN MENJAUHI ORANG JAHAT

Pergaulan kita sangat berpengaruh terhadap kualiti keimanan kerana persekitaran akan mewarnai kehidupan dan diri kita.

7) MEMPERHATIKAN ORANG DIATAS DALAM URUSAN AGAMA DAN ORANG DIBAWAH DALAM URUSAN DUNIA

Memperhatikan orang diatas kita dalam urusan agama menjadikan motivasi untuk kita menirunya dan memperhatikan orang yang dibawah kita dalam urusan dunia menjadikan kita selalu bersyukur kepada Allah dan tidak pernah meremehkan segala nikmatNya.


















Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: MATA KEMBALI TERANG SETELAH AMALKAN CARATOMAX

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Mata Kembali Terang Setelah Amalkan Caratomax Siapa ada masalah mata yang kabur, tak terang la, kena pakai spek mata tu cuba lah ambil Caratomax Shaklee. Has tengok Testimoni ini makan Caratomax Mata dah terang dah. Apa Keistimewaan Caratomax Shaklee ini ialah ia membekalkan enam karotenoid penting astaxantin, alfa dan beta karotena,likopena,lutein Dan zeaxanthin daripada ekstrak pekat. Membekalkan lebih 13mg karotenoid dalam setiap hidangan. Ia melebihi 1.5x berbanding anggaran purata pengambilan harian. Caratomax Shaklee dihasilkan dari karatenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina yang berfungsi untuk : ❤️Memelihara kesihatan yang baik ❤️Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu ❤️Membantu dalam memelihara kecantikan kulit dan selaput lendir ❤️Menghalang kanser dan penuaan ❤️Meredakan p...

KEISTIMEWAAN, MANFAAT DAN KELEBIHAN PREBIOTIK PROBOTIK SHAKLEE

Keistimewaan, Manfaat Dan Kelebihan Prebiotik Probiotik Shaklee Wahhh..Shaklee telah keluarkan satu lagi produk baru! Siapa yang tercari-cari produk prebiotik tu tak perlu risau ia sekali dengan probiotik bestkan gabungan prebiotik dan probiotik sekali. Jom kita lihat apa itu Prebiotik dan Probiotik? Prebiotik Prebiotik adalah sejenis serat yang tidak boleh dicerna oleh tubuh badan kita dan ia berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik dalam usus. Ia juga memberikan makanan kepada bakteria baik, prebiotik juga membantu mereka berkembang dan menyokong kesihatan percernaan. Contoh prebiotik termasuk Inulin (seperti yang terdapat dalam akar chicory) dan Fruktooligosakarida (FOS) Prebiotik-berasaskan serat makanan (inulin), ekstrak dari Akar Chicory yang berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik dalam usus dan membantu sistem penghadaman yang lancar. Probiotik Probiotik pula merupakan sejenis mikroorganisma hidup, seperti bakteria dan yis yag memberikan manfaat kesihataan apabila d...