Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: METABOLISME GLUKOSA DARAH/INSULIN YANG NORMAL

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Pasir Gudang:  Metabolisme Glukosa Darah/Insulin Yang Normal

Anda perlu tahu bahawa bagi orang biasa, karbohidrat yang dimakan dicernakan melalui proses penghadaman dan ditukarkan menjadi glukosa. Glukosa kemudian diserapkan ke dalam aliran darah. Apabila glukosa dalam darah meningkat selepas makan, suatu isyarat akan dihantar ke pankreas untuk melepaskan insulin. Hormon insulin yang dikeluarkan dalam sel-sel beta pankreas akan menggerakkan glukosa dalam aliran darah memasuki ke dalam sel-sel untuk mengeluarkan tenaga.

Apabila gula dalam darah menurun, maka pengeluaran insulin pun berhenti sehingga ia diperlukan semula. Jika paras gula dalam darah anda terlampau rendah, maka sel-sel alpha dalam pankreas dengan segera akan merembeskan sejenis hormon yang dikenali sebagai ''glukagon" yang dengan pantas akan menaikkan semula paras gula anda.

Sebarang glukosa yang berlebihan dalam darah akan ditukarkan menjadi sejenis kanji yang dikenali sebagai ''glikogen" dan ia disimpan didalam otot dan sel-sel hepar untuk kegunaan masa akan datang.

Apabila tempat-tempat simpanan ini telah penuh, maka glukosa yang lebih itu ditukar menjadi lemak yang dikenali sebagai "trigliserida" yang akan dibawa dalam aliran darah menuju tisu-tisu lemak anda di mana ia akan didepositkan sebagai lemak.

Bagi mereka yang mempunyai metabolisme insulin yang normal, sel-sel itu tidak menentang atau tidak menjadi sensitif terhadap insulin. Hanya sedikit sahaja insulin diperlukan untuk mengekalkan paras glukosa dalam darah ditahap yang sihat.

Oleh kerana tidak ada lebihan insulin membawa ulang alik glukosa ke dalam sel-sel. Ini dikenali sebagai penentangan insulin. Penentangan oleh sel-sel ini menyebabkan glukosa berkumpul dengan jumah yang tinggi dalam darah.

Untuk menurunkan paras glukosa yang tinggi dalam darah, pankreas masih lagi mampu diperingkat ini untuk terus mengepam keluar jumlah insulin yang semakin meningkat itu demi mengatasi penentangan sel-sel itu.

Paras glukosa menurun tetapi aliran darah pula dibanjiri oleh insulin. Insulin yang berlebihan kini berada diterapung-apung dalam aliran darah dan ia merosakkan seperti juga glukosa dalam darah tinggi. Anda sekarang sedang berhadapan dengan peningkatan risiko masalah-masalah kardiovaskular, seperti serangan jantung atau strok.

Di peringkat ini, tidak apa-apa kesilapan dengan pankreas anda kecuali sel-sel anda menjadi tidak sensitif terhadap insulin. Inilah intisari pra diabetes. Paras glukosa anda belum lagi cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai diabetes, oleh itu anda tidak menderita diabetes jenis 2. Anda sekarang didiagnoskan sebagai mempunyai pra diabetes. Ramai orang yang menghidapi diabetes jenis 2 akan didahului oleh pra diebetes.

Penyelidikan menunjukkan bahawa setiap tahun antara 4% dan 9% daripada mereka yang mempunyai pra diebetes akan maju selanjutnya dan menghidapi diabetes jenis 2. Mereka yang mempunyai pra diebetes menghadapi satu setengah kali ganda risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang mempunyai paras glukosa yang normal.


Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

PROMO VITAMIN C OKTOBER 2025

 Promo Vitamin C Oktober 2025 Promo Vitamin C kembali lagi, siapa yang pernah grab dan pernah cuba Vitamin C nie pasti repeate lagi kerana kesan dia sangat-sangat best .  Bulan ini banyak penjimatan untuk vitamin C nie kalau beli set Promo .  Apa yang Shaklee bagi Promo Oktober bagi Vitamin C ini Buy 6 Free 1 dan Buy 2 @ 5% Off .   Nak tahu tak kenapa pentingnya pengambilan Vitamin C setiap hari? Apa yang anda perlu tahu, vitamin C ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita sendiri . Disebabkan itulah kita perlukan mengambil Vitamin C setiap hari . Selain itu, pengambilan Vitamin C juga dapat membantu meningkatkan ketahan tubuh badan kita daripada meawan penyakit malah ia membekalkan juga antioksidan yang juga dapat membantu mengurangkan risiko kerosakkan sel-sel badan akibat daripada rembesan radikal bebas di dalam tubuh badan kita . Antara radikal bebas yang berada di sekitar kita seperti: Sinaran matahari Radiasi Ozon Asap rokok Asap kenderaan Pencemaran udar...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG; YOUTH TM PURIFYING CLAY MASK

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang : Youth TM   Purifying Clay Mask Tercari mask untuk kulit berminyak/mudah berjerawat boleh cuba  Youth TM   Purifying Clay Mask. Youth TM   Purifying Clay Mask ini berfungsi  menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Ia dirumus oleh bahan semulajadi, diformulasikan ia menyerap dan menyinkirkan pencemaran, kekotoran dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering. Youth TM   Purifying Clay Mask menggunakan bahan-bahan utama seperti campuran tiga jenis tanah list yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan Abu hujung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik. Boleh juga dipakai bersama dengan   Youth TM   Hydrating Gel Mask . Dapatkan yang terbaik daripada keduanya. Gunakan  Purifying Clay Mask pada zon-T dan  Hydrating Gel Mask pada bah...