Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: KENALI APA ITU ANTIBIOTIK

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Johor Bahru: Kenali Apa Itu Antibiotik





Pengedar Shaklee Johor Bahru: Kenali Apa itu Antibiotik

Antibiotik merupakan salah satu jenis ubat yang kerap digunakan di Malaysia. Berdasarkan laporan Statistik Ubat-Ubatan Malaysia 2008 yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Pusat Kajian Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia, antibiotik merupakan ubat yang ke-9 paling tinggi penggunaannya di Malaysia.


Oleh yang demikian, artikel kali ini bertujuan untuk memberikan serba sedikit penerangan ringkas berkenaan antibiotik – meliputi pengenalan terhadap antibiotik, jenis-jenis antibiotik dan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian apabila seseorang perlu mengambil antibiotik.

Apa itu antibiotik?

Sebelum kita pergi kepada takrifan antibiotik, ada baiknya sekiranya kita berkenalan dengan suatu istilah iaitu antimikrobial. Antimikrobial merupakan istilah umum yang merujuk kepada bahan yang merencat pembiakan mikroorganisma atau membunuh mikroorganisma. Mikroorganisma bermaksud benda hidup yang bersaiz sangat kecil, yang hanya dapat diukur pada skala mikro. Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma seperti kuman (bakteria), kulat (fungi) dan parasit seperti cacing kerawit dan hama. Antimikrobial kemudian boleh dipecahkan kepada beberapa jenis seperti:
  • Disinfektan :Bahan yang membunuh pelbagai jenis mikroorganisma tetapi tidak sesuai digunakan ke atas permukaan tubuh manusia e.g. Chlorox
  • Antiseptik : Bahan yang membunuh pelbagai jenis mikroorganisma dan boleh digunakan ke atas permukaan tubuh manusia e.g. Dettol
  • Antibiotik : Antibiotik merupakan bahan kimia yang digunakan untuk merencatkan pembiakan kuman (bacteriostatik) atau membunuh kuman (bakterisidal) e.g. Amoxicillin, Tigecycline
  • Antifungal : Antifungal merupakan bahan kimia yang digunakan untuk merencatkan pembiakan atau membunuh kulat (fungi) e.g. Caspofungin, Ketoconazole
  • Antiviral : Antiviral merupakan bahan kimia yang digunakan untuk merawat jangkitan virus e.g. Oseltamivir, Zidovudine
  • Antiparasit : Antiparasit merupakan bahan kimia yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan parasit e.g. Albendazole, Mebendazole, Artemether
Berdasarkan penerangan di atas, antibiotik merupakan salah  satu bahan kimia daripada pecahan antimikrobial. Antibiotik merupakan bahan kimia yang bertindak spesifik terhadap jangkitan kuman sahaja. Oleh sebab itulah sekiranya seseorang terkena penyakit selsema, tindakan memakan antibiotik adalah sia-sia kerana selsema disebabkan oleh virus selsema. Selsema biasa (cold) tidak memerlukan penggunaan antiviral kecuali dalam kes jangkitan selsema teruk (flu atau influenza) yang selalunya melibatkan masalah paru-paru.

Bagaimana cara untuk mengenal sesuatu ubat itu antibiotik atau pun tidak?

Kebiasaannya doctor akan memberitahu pesakit yang mereka akan  member anda antibiotik  setelah pesakit diperiksa oleh doktor, atau pun ahli farmasi akan memberitahu jenis ubat apa yang diterima oleh pesakit semasa ubat diberikan kepada pesakit tersebut. Pada bekas/sampul/kotak/botol ubat antibiotik juga selalunya akan dilabelkan dengan perkataan “antibiotik”.
Selain daripada maklumat yang diberikan oleh doktor, ahli farmasi atau melalui label pada ubat tersebut, antibiotik juga boleh dikenali melalui nama kandungan bahan aktif yang ditulis pada label ubat tersebut. Berikut merupakan contoh-contoh nama antibiotik :
Bagi antibiotik jenis Penicillin, nama kandungan aktif (active ingredient) bagi ubat itu akan berakhir dengan imbuhan -cillin. Contoh: Amoxycillin, Cloxacillin, Bacampicillin.
Bagi antibiotik jenis Macrolides, nama ubat itu selalunya berakhir dengan imbuhan -thromycin. Contoh: Azithromycin, Clarithromycin.
Bagi antibiotik jenis Cephalosporin, nama ubat selalunya bermula dengan imbuhan -cef. Contoh: Cefuroxime, Cephalexin, Cefadroxil.
Bagi antibiotik jenis sulfonamide, di Malaysia jenis yang selalu digunakan merupakan  gabungan dua jenis antibiotik iaitu CoTrimoxazole a.k.a Sulfamethoxazole + Trimethoprim a.k.a Bactrim
Bagi sediaan luar seperti ubat titis mata, krim dan salap (ointment), antara jenis-jenis antibiotik yang selalu digunakan ialah gentamycin, oxytetracycline, fusidic acid, chloramphenicol dan neomycin.
Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis lagi antibiotik yang terdapat di luar sana untuk kegunaan rawatan jangkitan kuman. Oleh demikian, adalah disyorkan agar anda menghubungi ahli farmasi atau pun doctor sekiranya anda ragu-ragu berkenaan jenis ubat apa yang anda ambil atau anda temui.
Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anda perlu memakan atau menggunakan antibiotik adalah :
  1. Secara umumnya bekalan ubat antibiotik perlu dihabiskan. Sekiranya anda dibekalkan sebanyak 42 biji kapsul antibiotik (e.g. 2 biji kapsul, 3 kali sehari, makan selama 7 hari), maka habiskanlah 42 biji kapsul itu. Walau bagaimanapun terdapat pengecualian dalam beberapa keadaan, seperti antibiotik dalam bentuk ubat titis mata dan antibiotik di dalam botol yang perlu dibancuh sendiri. Ada sesetengah ubat titis mata yang boleh bertahan cuma selama seminggu atau sebulan selepas penutup botol ubat tersebut dibuka, begitu juga dengan antibiotik yang perlu dibancuh terlebih dahulu. Ada sesetengah jenis antibiotik yang cuma bertahan selama seminggu selepas dibancuh. Oleh itu sila patuhi arahan yang diberikan oleh ahli farmasi berkenaan hal tersebut.
  2. Sesentengah antibiotik boleh mengakibatkan alahan dan kesan sampingan yang serius, terutamanya dari jenis penicillin dan cephalosporin. Sekiranya anda tiba-tiba mendapat ruam, bengkak di badan, mengalami sesak nafas, atau suhu badan meningkat mendadak sehingga melebihi 38 darjah selsius sebaik sahaja selepas makan/menggunakan antibiotik, sila berjumpa doctor dengan segera!
  3. Minum banyak air sekiranya anda makan antibiotik. Sesetengah antibiotik dikumuhkan melalui buah pinggang dan larut dalam air kencing oleh itu banyakkan minum air untuk memudahkan penyingkiran sisa antibiotik melalui buah pinggang anda .
  4. Beritahu ahli farmasi/doktor kalau sekiranya anda mempunyai  masalah buah pinggang, hamil, merancang untuk hamil ataupun menyusukan anak. Sesetengah antibiotik tidak sesuai untuk golongan ibu mengandung/menyusukan anak, dan pengubahsuaian dos diperlukan jika  pesakit ada masalah buah pinggang.
  5. Pastikan anda memberitahu ahli farmasi/doktor dan mendapatkan nasihat mereka jika anda ingin mengambil ubat-ubatan tradisional, ubat-ubat herba ataupun bahan makanan tambahan dan dalam masa yang sama ketika anda perlu mengambil antibiotik- ini penting untuk mengelakkan interaksi antara ubat-ubatan.
  6. Sesetengah antibiotik perlu diambil semasa perut kosong, ada yang boleh diambil selepas makan. Pastikan ahli farmasi memberitahu anda pada waktu bila yang sesuai untuk anda ambil antibiotik tersebut.
  7. Ada sesetengah antibiotik tidak boleh diambil berserta dengan produk tenusu/susu, e.g tetracycline, doxycline. Pastikan anda diberitahu sama ada boleh atau tidak anda minum susu sekali dengan antibiotik yang perlu anda ambil.
Suka saya ingatkan di sini, walau apapun jenis ubat-ubatan yang anda ambil, tidak kira samada antibiotik ataupun ubat-ubatan lain, sentiasa rujuk ahli farmasi atau pun doktor yang merawat anda sekiranya anda mengalami masalah berkenaan pengambilan ubat-ubat tersebut.
Khairul Naim bin Zainal Abidin seorang pegawai farmasi yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Rujukan:
  • Malaysian Statistics On Medicines 2008, KementerianKesihatan Malaysia
  • Drug Information Handbook, 18th Edition

Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: SET ASAS BERSALIN

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Johor Bahru: Anda yang baru bersalin dan tercari-cari untuk produk berpantang. Saya syorkn anda mengambil Set Asas Bersalin Shaklee. Set Asas Bersalin ini memberi anda tenaga dan penyembuhan luka bersalin secara optima. Ia selamat kepada anda dan bayi. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda menghadapi masalah seperti bayi jaundis atau ada G6PD. Set ini membantu anda dalam proses berpantang. TESTIMONI DAFTAR SEKARANG   KELEBIHAN JIKA ANDA MENJADI AHLI         KLIK DI SINI COD JOHOR BAHRU/ TAMPOI/ SKUDAI/ BANDAR BARU UDA PENGHANTARAN KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK ...

Bagaimana saya bermula dengan Shaklee?

Bagaimana saya bermula dengan Shaklee. Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Hari ini saya hendak berkongsi tentang bagaimana saya bermula dengan Shaklee , sebelum itu sebenarnya saya tidak tahu kewujudan produk Shaklee. Sehinggalah pada suatu masa saya ingin mencari produk untuk milk booster untuk anak pertama saya. Okay disini saya ingin menceritakan bagaimana saya bermula dengan Shaklee. Pada mulanya seperti saya katakan tadi saya ingin mencari milk booster untuk anak saya dan pada masa itu kebetulan saya bersama rakan sekerja saya dia yang telah memperkenalkan Shaklee kepada saya. Ketika itu rakan sekerja saya makan produk Alfalfa Complex juga dia makan untuk dapatkan  milk booster.  Setelah itu,  dia telah memberi saya sample produk tersebut untuk saya cuba. Alhamdulillah ia sangat mengujakan dan ianya berhasil walaupun ia hanya basic produk sahaja. Inilah produk pertama yang saya cuba Apabila produk mendatangkan kesan dan juga berhasil maka saya terus untuk menda...

Panduan Berpuasa Bagi Pesakit Gastrik

Panduan Berpuasa Bagi Pesakit Gastrik Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Tak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Tetapi bagi pesakit gastrik mereka kebiasaannya akan risau akan penyakitnya. Kadangkala ada menyebabkan mereka tidak berpuasa disebabkan gastrik.  Dalam bulan Ramadhan, berpuasa bagi pesakit gastrik ia memerlukan perhatikan yang khusus supaya mereka dapat menjalani ibadah puasa mereka dengan selesa. Berikut merupakan panduan makanan bagi pesakit gastrik: Panduan Makanan Pengambilan Karbohidrat : Ambil makanan yang lambat untuk dihadam seperti kurma, kacang almond dan pisang semasa sahur. Makanan yang dipanggang :  Adalah disyorkan mengambil makanan ini jika dibandingkan dengan makanan digoreng dan berlemak Hidangan sedikit : Boleh makan dalam jumlah bilangan yang sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan perut kosong terlalu lama Segera berbuka : Jangan menunda berbuka dan makan ketika hampir masuk waktu imsak sewaktu sahur Panduan Minuman Air Putih...