Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: RAHSIA SURAH AL WAQIAH

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Johor Bahru: Rahsia Surah Al Waaqiah

Adakah kita mengamalkan Surah Al-Waaqiah dalam kehidupan harian kita? Tahukah anda jika anda membaca surah ini anda tidak akan fakir untuk selama-lamanya. 

Surah Al-Waaqiah ini merupakan Surah yang ke 56 di dalam Al-Quran, tidak asing lagi pada umat Islam terutama kerana fadhilat dan faedahnya mudah mendapat rezeki serta kekayaan di samping lain-lain faedah lagi bagi yang mengamalkan membacanya.

Sural Al-Waaqiah (yang bererti Hari Kiamat) menolak anggapan kaum kafir musyrik yang meragui akan berlakunya Hari Kiamat. Apabila tiba waktunya nanti, sesiapa pun tidak dapat mendustakannya lagi. Semua manusia akan menerima pembalasan terhadap apa yang dilakukannya semasa hidup di dunia.

Terdapat beberapa Hadis Rasulluah SAW tentang fadhilat dan faedahnya bagi sesiapa yang mengamalkan membaca Surah Al-Waaqiah ini. Diantaranya yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi bermaksud:

Sesiapa yang membaca Surah Al Waaqiah pada tiap-tiap malam akan terjauhlah ia dari kepapaan selama-lamanya.

Hadis yang serupa maksudnya diriwayatkan juga At-Tirmizi.

Daripada Ibnu Abbas r.a beliau berkata, Abu Bakar Al-Siddiq r.a berkata: Wahai Rasullullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua) kerana Surah-surah Hud, Al -Waaqiah, Al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza-Syamsul-Kuwwirat."

Selain daripada itu fadhilat amalan membaca Surah Al-Waaqiah:-

1) Sesiapa yang mengamalkan membaca sebagai wirid selepas tiap kali solat Asar sebanyak 14 kali, insyaAllah akan mudah mendapat rezeki.

2) Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit insyaAllah akan ringan sakitnya.

3) Jika dibacakan di hadapan orang yang sedang nazak, insyaAllah akan memudahkan sakaratulmautnya.

4) Jika dibacakan untuk ahli kubur, insyaAllah akan meringankan seksa kuburnya.

p/s: Amalkanlah membaca Surah Al Waaqiah ini sebagaimana maksud di atas, semoga kita akan turut menikmati fadhilat dan faedahnya.


Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

PROMO VITAMIN C OKTOBER 2025

 Promo Vitamin C Oktober 2025 Promo Vitamin C kembali lagi, siapa yang pernah grab dan pernah cuba Vitamin C nie pasti repeate lagi kerana kesan dia sangat-sangat best .  Bulan ini banyak penjimatan untuk vitamin C nie kalau beli set Promo .  Apa yang Shaklee bagi Promo Oktober bagi Vitamin C ini Buy 6 Free 1 dan Buy 2 @ 5% Off .   Nak tahu tak kenapa pentingnya pengambilan Vitamin C setiap hari? Apa yang anda perlu tahu, vitamin C ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita sendiri . Disebabkan itulah kita perlukan mengambil Vitamin C setiap hari . Selain itu, pengambilan Vitamin C juga dapat membantu meningkatkan ketahan tubuh badan kita daripada meawan penyakit malah ia membekalkan juga antioksidan yang juga dapat membantu mengurangkan risiko kerosakkan sel-sel badan akibat daripada rembesan radikal bebas di dalam tubuh badan kita . Antara radikal bebas yang berada di sekitar kita seperti: Sinaran matahari Radiasi Ozon Asap rokok Asap kenderaan Pencemaran udar...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG; YOUTH TM PURIFYING CLAY MASK

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang : Youth TM   Purifying Clay Mask Tercari mask untuk kulit berminyak/mudah berjerawat boleh cuba  Youth TM   Purifying Clay Mask. Youth TM   Purifying Clay Mask ini berfungsi  menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Ia dirumus oleh bahan semulajadi, diformulasikan ia menyerap dan menyinkirkan pencemaran, kekotoran dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering. Youth TM   Purifying Clay Mask menggunakan bahan-bahan utama seperti campuran tiga jenis tanah list yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan Abu hujung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik. Boleh juga dipakai bersama dengan   Youth TM   Hydrating Gel Mask . Dapatkan yang terbaik daripada keduanya. Gunakan  Purifying Clay Mask pada zon-T dan  Hydrating Gel Mask pada bah...