Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: 3 PERSEDIAAN YANG PERLU KITA LAKUKAN.

Assalammualaikum dan Selanat Sejahtera

Pengedar Shaklee Johor Bahru: 3 Perkara Persediaan Yang Perlu Kita Lakukan.

Tahukah anda apakah 3 perkara persediaan yang perlu kita lakukan untuk kehidupan kita?

Dr Azizan Osman ada mengatakan kita perlu bersedia dengan 3 perkara:- 

1) Persedian Untuk Kematian

* Di mana adakah kita telah bersedia untuk mati? Tanya pada diri kita sendiri? Adakah cukup amalan yang kita bawa untuk di sana kelak?

Adakah kita cukup solat 5 waktu sehari semalam? Juga solat-solat sunat untuk menampung solat wajib kita yang kita tidak tahu lompongnya di mana. Dengan solat sunat insyaAllah dapat membantu menampal solat-solat wajib kita yang tidak sempurna.

Bagaimana pula dengan zikir? Adakah kita tiap-tiap hari memuji Allah S.W.T yang memberi rezeki kepada kita. Cuba kita renungkan kenapa kita masih diberi rezeki meskipun kita tidak solat. Tengok betapa Allah kasih kepada hambaNya. Kenapa kita begitu sombong kepada pemberi rezeki. Renungkan.

Adakah Al-Quran di rumah kita hanya untuk perhiasan. Kenapa kita tidak selak helaian demi helaian untuk kita baca. Sekurang-kurangnya tiap-tiap hari kita dapat baca 10 ayat jika kita tidak mampu. Jika mampu bacalah 1 muka dan berikutnya. Al Quran adalah sebaik-baik zikir kita yang akan membawa syafaat kepada kita kelak. Rumah yang tidak membaca Al Quran adalah ibarat perkuburan menurut di dalam hadis.

Jadi bersiap sedialah kita untuk menumpuh kematian kerana kita akan memasuki alam yang lain. Alam itu sangat dasyat sekiranya amalan kita tidak seberapa. Mudah-mudahan kita di golongkan menjadi orang yang soleh dan solehah.

2) Persediaan Hari Tua

Adakah hari ini kita bekerja atau berniaga kita sudah bersedia untuk simpanan hari tua kita. Atau kalau kita tidak panjang umur adakah kita sudah menulis wasiat untuk di wasiatkan kepada keluarga atau mewakafkan harta kita kepada pihak tertentu. Jangan tidur sehingga kita menulis wasiat.

Kita kena fikir semua ini sebab kita tidak tahu umur kita panjang atau tidak. Semua perlu kita fikirkan sebab kita tidak tahu bila kita mati nanti.

3) Persediaan Hari Ini

Apakah persediaan kita pada hari ini? Adakah kos sara hidup kita meningkat? Kewangan kita merosot? Kos pengangkutan? Adaka semua ini membebankan kita? Apakah alternatif anda untuk menyelesaikan masalah ini? 

Setiap tahu sememangnya kos sara hidup meningkat. Dahulu duit belanja anda sekolah sepuluh sen dan dua puluh sen sudah mencukupi. Tetapi sekarang adakah cukup untuk anak-anak kita untuk belanja di sekolah? Sudah tentu tidak bukan? 

Apa yang perlu anda lakukan. Anda perlulah membezakan keperluan dengan kehendak. Untuk mengurangkan kos perbelanjaan harian anda.

Cara untuk meningkatkan ekonomi anda. Anda cubalah untuk keluar dari zone selesa anda dengan anda berniaga. Rezeki 9/10 adalah datang dari berniaga. Apa kata anda belajar perniagaan networking seperti Shaklee yang menjanjikan pendapatan lumayan kepada anda jika anda komited untuk merubah hidup anda.


DAFTAR SEKARANG

  KELEBIHAN JIKA ANDA MENJADI AHLI

   





COD JOHOR BAHRU/ TAMPOI/ SKUDAI/ BANDAR BARU UDA/TAMAN GEMBIRA/DAMANSARA ALIFF/TAMAN DAHLIA/TAMAN CEMPAKA/ SKUDAI KANAN/ SKUDAI KIRI
PENGHANTARAN POS KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK, BRUNEI

~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~
♡♡Noor Ain Osman
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 1043431]
♡♡ Contact No : 012-7646324
♡♡ Email : aieenosman@yahoo.com
Blog:www.momstoreretail.blogspot.com


Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

PROMO VITAMIN C OKTOBER 2025

 Promo Vitamin C Oktober 2025 Promo Vitamin C kembali lagi, siapa yang pernah grab dan pernah cuba Vitamin C nie pasti repeate lagi kerana kesan dia sangat-sangat best .  Bulan ini banyak penjimatan untuk vitamin C nie kalau beli set Promo .  Apa yang Shaklee bagi Promo Oktober bagi Vitamin C ini Buy 6 Free 1 dan Buy 2 @ 5% Off .   Nak tahu tak kenapa pentingnya pengambilan Vitamin C setiap hari? Apa yang anda perlu tahu, vitamin C ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita sendiri . Disebabkan itulah kita perlukan mengambil Vitamin C setiap hari . Selain itu, pengambilan Vitamin C juga dapat membantu meningkatkan ketahan tubuh badan kita daripada meawan penyakit malah ia membekalkan juga antioksidan yang juga dapat membantu mengurangkan risiko kerosakkan sel-sel badan akibat daripada rembesan radikal bebas di dalam tubuh badan kita . Antara radikal bebas yang berada di sekitar kita seperti: Sinaran matahari Radiasi Ozon Asap rokok Asap kenderaan Pencemaran udar...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG; YOUTH TM PURIFYING CLAY MASK

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang : Youth TM   Purifying Clay Mask Tercari mask untuk kulit berminyak/mudah berjerawat boleh cuba  Youth TM   Purifying Clay Mask. Youth TM   Purifying Clay Mask ini berfungsi  menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Ia dirumus oleh bahan semulajadi, diformulasikan ia menyerap dan menyinkirkan pencemaran, kekotoran dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering. Youth TM   Purifying Clay Mask menggunakan bahan-bahan utama seperti campuran tiga jenis tanah list yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan Abu hujung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik. Boleh juga dipakai bersama dengan   Youth TM   Hydrating Gel Mask . Dapatkan yang terbaik daripada keduanya. Gunakan  Purifying Clay Mask pada zon-T dan  Hydrating Gel Mask pada bah...