Skip to main content

Alfalfa

ALFALFA MERAWAT KEPUTIHAN

Risau dengan keputihan? Bagaimana nak atasinya?





Apakah itu penyakit keputihan?
Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan
Jenis-Jenis Keputihan

Keputihan Fisiologis                                                              Keputihan Patologik                                    
                                      
Faraj kelihatan merah dan mengalami radang                                                        Lendir yang kental dan melekit

Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati. 


Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?
  1. Faktor Kebersihan
    Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
    Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
  2. Faktor Hormon
    Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
    • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
    • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
    • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
    • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
  3. Faktor Gaya Hidup
    Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
  4. Faktor Kesihatan
    Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan
Terdapat pelbagai bakteria pada bahagian faraj wanita yang dikenali sebagai bakteria semula jadi. Antara bakteria semula jadi yang sangat berguna pada bahagian faraj dikenali sebagai Lactobacillus. Lactobacillus merupakan sumber utama asid lactic yang mengekalkan PH bahagian faraj antara 3.5 hingga 4.6 iaitu dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid ini mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman.
Jangkitan kuman akan berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran, misalnya penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai boleh mengubah persekitan yang berasid seterusnya membunuh normal flora yang sedia ada. Keadaan ini mendorong kepada pertumbuhan organism komensal yang lain secara berlebihan sehingga berlaku jangkitan.
Penyakit keputihan adalah berpunca daripada jangkitan kuman terutamanya oleh Gardnerella vaginalis, Trichomonas vaginalis dan Candida albicans. 
Bahaya Penyakit Keputihan
Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.
Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.
Cara mencegah Penyakit Keputihan
Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:
  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
Kesimpulan
Penyakit keputihan merupakan suatu masalah klasik yang dialami oleh semua wanita. Namun, gejala dan komplikasi penyakit tersebut adalah berbeza mengikut individu dan tahap kesihatan masing-masing. Jenis keputihan fisiologis yang kerap terjadi pada wanita yang sihat merupakan gejala yang normal dan akan pulih secara semula jadi. Sebaliknya, keputihan patologik dikategorikan sebagai penyakit yang lebih rumit dan perlu rawatan segera. Gejala keputihan patologik disebabkan oleh pelbagai faktor luaran dan dalaman yang meliputi isu-isu kebersihan diri, kestabilan hormon dalam darah, faktor kesihatan dan gaya hidup yang sihat.
Mikroorgamisma, sama ada bakteria atau kulat merupakan agen utama yang terlibat dalam jangkitan faraj. Ciri-ciri klinikal pada setiap pesakit adalah berbeza-beza mengikut jenis kuman yang menyebabkan jangkitan. Namun seakiranya dipandang remeh, semua jangkitan berpotensi untuk menjadi lebih kronik seperti kanser rahim. Wanita yang hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh rembesan hormon pembiakan yang tinggi dalam badan.
Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran sewajarnya terhadap penyakit keputihan kerana menganggap ia sebagai suatu fenomena biasa dalam kehidupan seharian. Ramai wanita yang menyesal kemudian apabila berlakunya insiden yang tidak diingini akibat daripada jangkitan tersebut. Adalah penting kepada kaum wanita untuk sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan bebas daripada jangkitan faraj demi kehidupan yang bahagia.
Terdapat cara mengatasi masalah keputihan dengan mengambil supplement ALFALFA insyaAllah dapat megatasi masalah anda.
Kebaikkan Memakan Alfalfa 
1.Kaya dengan vitamin dan mineral Alfalfa Shaklee mengandungi vitamin B,      C,E dan K dalam jumlah yang seimbang.Mengandungi mineral Kalsium,            Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa Shaklee turut                        mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan                Antioksidan. 
2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat
3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan 
1.  Merawat gangguan pencernaan.
2.  Mengawal kolestrol dalam darah.
3.  Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh. 
4.  Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. 
5.  Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam                darah.
6.  Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan.
7.  Mengurangkan simptom menopous. 
8.  Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan. 
9.  Merawat masalah sembelit.
10. Menyahkan toksik dalam tubuh.
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi. 
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh. 
13. Membantu masalah penghadaman. 
14. Membantu memperbanyakkan susu ibu. 
15. Mengurangkan masalah pundi kencing. 
16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati. 
17. Meningkatkan kesihatan prostat.
18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita .
19. Menghangatkan hubungan suami isteri.
20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki. 

Keistimewaan Alfalfa Shaklee
 1. Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang).
 2. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia.
 3. Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji.  
 4. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba              semulajadi. 
 5. Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-        birit.
 6. Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan. 
 7.  Membersihkan hati.
 8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang. 






Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: RENEWAL MUDAH DENGAN SHAKLEE

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Renewal Mudah Dengan Shaklee Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Biasakan dengar kalau kita register kad untuk membeli belah contoh di sesebuah pasaraya pasti kene renew balik dan kena bayar semula untuk tempoh tertentu. Shaklee macam tu juga tapi lain tau. Dulu Shaklee tak kena renew, sejak tahun 2016-2017 dia mula buat sistem baru untuk keahlian aktif bagi memudahkan Shaklee. Nak tahu tak macam mana renewal mudah dengan Shaklee? Saya sejak join Shaklee, inilah yuran keahlian paling murah, dulu saya join Rm68.90 sekarang Rm35 je. Nak lagi free member beli je 100uv lebih kurang Rm350+ dah   FREE MEMBERSHIP .. best ke best? Apa yang penting anda perlulah Sign Up dahulu sebagai ahli. Macam mana nak daftar sebagai ahli meh sini saya ajar. Follow step kat bawah, mudah je. Boleh daftar ahli di sini: Klik Di sini # Langkah 1 Anda ada 2 pilihan sama ada nak join member dengan bayar RM 35 atau beli produk sama ada dengan apa-apa produk Shaklee berharg

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: SET ASAS BERSALIN

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Johor Bahru: Anda yang baru bersalin dan tercari-cari untuk produk berpantang. Saya syorkn anda mengambil Set Asas Bersalin Shaklee. Set Asas Bersalin ini memberi anda tenaga dan penyembuhan luka bersalin secara optima. Ia selamat kepada anda dan bayi. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda menghadapi masalah seperti bayi jaundis atau ada G6PD. Set ini membantu anda dalam proses berpantang. TESTIMONI DAFTAR SEKARANG   KELEBIHAN JIKA ANDA MENJADI AHLI         KLIK DI SINI COD JOHOR BAHRU/ TAMPOI/ SKUDAI/ BANDAR BARU UDA PENGHANTARAN KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK ~~~P

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: ESP UNTUK GASTRIK

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Johor Bahru: Entry saya pada hari ini berkaitan Gastrik . Tahukah kamu apa itu gastrik? Gastrik merupakan suatu keadaan di mana selaput di dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Terdapat 2 jenis Gastrik iaitu Gastrik akut dan Gastrik kronik. Gastrik akut merupakan Gastrik yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang sihat. Manakala Gastrik kronik merupakan Gastrik yang berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun. Bagaimana Gastrik dapat dipulihkan? Terdapat alternatif yang mudah untuk anda untuk mengatasi masalah Gastrik anda. Anda perlu mengambil sumber protein daripada Produk Shaklee iaitu ESP . Di mana ESP merupakan sumber protein yang lengkap dengan 9 jenis asid amino. Asid amino adalah sumber tenaga dan dapat membentuk tisu-tisu badan, organ, kulit, otot, kulit dan rambut. Sumber protein dalam pemakanan kita akan musnah akibat dari pemanasan. Maka kita tidak dapat memiliki sumber protein sepe