Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Impian Dengan Shaklee
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Setiap orang pasti ada impian bukan? Tak kisah la impian nak belajar rajin-rajin ke...apa-apalah impian korang kan? Saya teringat semasa saya kecil saya nak sangat belajar masuk teknik masa tu nak masuk tingkatan 4 mungkin masa tu arwah Ayah tak bagi sebab saya berazam nak belajar rajin-rajin nak tolong mak dan ayah bila besar nanti sebab dahulu kami adik beradik ramai 8 orang, saya pula kembar. So belanja jadi banyakkan untuk arwah Ayah kami nak belanjakan untuk sekolah.
So pada ketika itu saya lepaskanlah impian saya nak belajar ketika itu, sedih tu adalah kan juga. So masa SPM saya tekat belajar rajin-rajin untuk kali ini saya dapat sambung belajar masuk mana-mana. Masa sekolah biasalah Cikgu suruh je apply mana-mana untuk sambung belajar. So Saya apply lah. Semasa untuk submit borang matrikulasi saya lewat hantar kepada Cikgu.Jadi Saya pergilah hantar sendiri di pejabat pos. So tawakal jelah kan. Alhamdulillah selepas keputusan SPM keluar berdebar juga maklumlah teringat ada buat salah menjawab format semasa karangan Bahasa Melayu.Sudah?Adakah aku lulus nanti SPM? Sebab masa tu syarat lulus SPM adalah Bahasa Melayu ketika itu.
Masa ditunggu-tunggu untuk ambil result, berdebar jugalah nak ambil result SPM, alhamdulillah result ok lah kan. Saya tak sangka akhirnya saya dapat surat dari Matrikulasi yang saya dapat sambung belajar. Apa yang saya buat saya ambil surat itu saya sorok dari arwah Ayah, cuma saya bagitahu emak sahaja, saya nak sangat sambung belajar. Arwah Ayah memang garang,biasalah orang dulu-dulukan. Bukan apa mind set arwah Ayah ingat Kolej je swasta. Rupanya ia under Kerajaan, adalah juga sumbangan duit untuk masuk untuk belajar dan akhirnya saya dapat masuk pujukkan mak saya pada arwah Ayah saya. Syukur sangat dapat sambung belajar. Happy takyah cakaplah sampailah saya masuk Universiti saya pun tak sangka saya Boleh sampai tahap ini. Jenis saya orang yang tak suka putus asa saya akan cuba dapat dan dapat. Orang cakap tak give uplah. Itulah journey impian saya.
Nak ceritakan dekat sini saya nak kaitkan perjalanan impian dengan Shaklee. Orang lain dok sibuk sambung Master, saya malas dah nak sambung otak dah tepu. Saya nak Master dalam Shaklee. Master dalam Shaklee kita ada income tak kiralah berapakan ikut usaha kitakan? Berangan bukan kena bayarkan? Free je...hehe. Apa yang buatkan saya bertahan setakat ini dalam Shaklee adalah produk. Aku dah makan takkan aku nak stop sebab produk Shaklee buat saya jatuh cinta dan loyal sampai sekarang.
Banyak sebenarnya impian saya dalam Shaklee. Apa yang saya nak ceritakan impian untuk dapat income banyak tu tak salah, tapi niat asal kita dalam Shaklee untuk apa? Kalau duit pasti sekejap sahaja dan mungkin tak lama dah dalam organisasi ini sebab kita dah salah niat.
Impian saya dalam Shaklee untuk dapat income yang banyak untuk apa? Saya nak kumpul duit yang banyak untuk sebab dalam Shaklee ini mudah untuk generate income kalau team kita dah besar. Nak yang utama sekali saya nak spend untuk keluar dakwah. Perbelanjaan besar untuk keluar dakwah. Ini kerana perlancongan umatku adalah jihad di jalan Allah itu impian saya pertama.
Gambar kakak kembar khuruj
Macam cerita kembar sepatutnya dia pergi Switzerland tapi takaza dapat dia pergi Findland..sama macam Trip Shaklee kan tahun lepas? Suratan dan kebetulan pula masa tu. Teringin juga dapat semua free..dari Shaklee.
IMPIAN DALAM SHAKLEE PULA
Kalau ikutkan impian banyak je kan...saya ada gak join kelas Coach Azura, dia share impian dia dengan dia pergi mana-mana dengan buat Vision Board. Vision board nie macam kita tampal apa impian kita. Contoh Kita nak sangat pergi negara sekian-sekian. So kita buat la Vision Board... tampallah muka Kita Kat situ...tengok hari-hari macam ia mendoakan suatu hari pasti aku dapat pergi situ...ha camtulah...nak cerita panjang pula kan. Camtulah saya bayangkan saya di gambar dalam kakak saya khuruj bersama suami.
Okay kita fokus utama dalam Shaklee, saya memang listkan antara impian saya:
- Duit bonus yang dapat saya akan spend untuk Zakat/Zakat perniagaan
- Bagi mak saya...sebab saya tiada Ayah (Arwah)
- Ayah mertua sebab ibu mertua tiada(Arwah)
- Nak hantar Mak pergi haji Moga Allah permudahkan urusan, sebab kakak kembar saya dah hantar Mak ke umrah doa,giliran saya pula...doa akan dapat tak dapat belakang cerita, biasa orang cakap kan, kerana Allah mendengar doa Kita,sebab doa pasti akan kabul. Janji kita tak putus doa sebab doa Allah pasti kabulkan bila tepat Masa sesuai Allah bagi.
- Nak berkongsi dengan adik-beradik yang susah kerana silaturahim adik beradik tak boleh putus
- Sedekah kepada asnaf/anak yatim
- Memberi sumbangan kepada madrasah yang diuruskan adik-beradik
- Beli kediaman janji selesa kami anak beranak
- Beli kereta mudah untuk urusan saya sekeluarga, yang mana Allah izinkan mungkin kita nak kereta sekian-sekian? Tapi Allah bagi kita kereta sesuai dengan Kita. So berlapang dada.
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#duitrayashaklee
#pengedarshakleepasirgudang
#pengedarshakleemasai
Untuk yang ingin mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Pasir Gudang, Masai dan pos seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya seperti di bawah:
Comments