Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kenali Apa Itu Antibiotik

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: KENALI APA ITU ANTIBIOTIK

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Johor Bahru: Kenali Apa Itu Antibiotik Pengedar Shaklee Johor Bahru: Kenali Apa itu Antibiotik Antibiotik merupakan salah satu jenis ubat yang kerap digunakan di Malaysia. Berdasarkan laporan Statistik Ubat-Ubatan Malaysia 2008 yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Pusat Kajian Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia, antibiotik merupakan ubat yang ke-9 paling tinggi penggunaannya di Malaysia. Oleh yang demikian, artikel kali ini bertujuan untuk memberikan serba sedikit penerangan ringkas berkenaan antibiotik – meliputi pengenalan terhadap antibiotik, jenis-jenis antibiotik dan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian apabila seseorang perlu mengambil antibiotik. Apa itu antibiotik? Sebelum kita pergi kepada takrifan antibiotik, ada baiknya sekiranya kita berkenalan dengan suatu istilah iaitu antimikrobial. Antimikrobial merupakan istilah umum yang merujuk kepada bahan yang meren