Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera    Pengedar Shaklee Johor Bahru: Bagaimana Anda Boleh Mendapat Penyakit Pneumonia?     Tahukah anda bahawa? Kebanyakkan kuman-kuman Pneumonia ini tinggal di dalam tekak  sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil " flora" semulajadi anda. Biasanya sistem ketahanan atau sistem imun tubuh akan menghalang kuman-kuman ini dari memasuki paru-paru dan menimbulkan masalah.     Apabila keaadaan badan anda lemah dan disebabkan penyakit kronik, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang, kurang rehat, maka tahap keimunan menjadi kurang atau mekanisme pertahanan paru-paru menjadi lemah. Badan sudah tidak dapat menahan lagi serangan bakteria dari memasuki paru-paru dan seterusnya membiak di dalam salah satu paru-paru atau kedua-duanya sekali.     Anda kemudian akan mendapat Pneumonia, diikuti dengan selessma, bersin, bronkitis atau penyakit-penyakit berkaitan yang lain. Atau Pneumonia itu berlaku dengan sendirinya. Jika anda pernah mendapat Pneumonia an...