Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera    Pengedar Shaklee Johor Bahru:  Mengapa Hydroquinone  Boleh Membahayakan Kesihatan?     Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association)  di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone  2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone  walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.     Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Ia lama kelamaan berkurangan.     Kesan allergi kepada hydroquinone  juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic  contact dermatitis  adalah alahan kulit apabila terkena ubat ini. Ochronosis  adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. ...