Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera   Pengedar Shaklee Pasir Gudang:  Metabolisme Glukosa Darah/Insulin Yang Normal    Anda perlu tahu bahawa bagi orang biasa, karbohidrat yang dimakan dicernakan melalui proses penghadaman dan ditukarkan menjadi glukosa. Glukosa kemudian diserapkan ke dalam aliran darah. Apabila glukosa dalam darah meningkat selepas makan, suatu isyarat akan dihantar ke pankreas untuk melepaskan insulin. Hormon insulin yang dikeluarkan dalam sel-sel beta pankreas akan menggerakkan glukosa dalam aliran darah memasuki ke dalam sel-sel untuk mengeluarkan tenaga.     Apabila gula dalam darah menurun, maka  pengeluaran insulin  pun berhenti sehingga ia diperlukan semula. Jika paras gula dalam darah anda terlampau rendah, maka sel-sel alpha dalam pankreas dengan segera akan merembeskan sejenis hormon yang dikenali sebagai ''glukagon"  yang dengan pantas akan menaikkan semula paras gula anda.     Sebarang glukosa  yang berlebihan dalam darah akan ditukarkan me...