Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera   Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Bayi Caesaran Kurang Antibodi     Tahukah anda bahawa terdapat laporan mengatakan bayi yang dilahirkan secara caesaran atau pembedahan ini kurang pertahanan badan atau imun terhadap penyakit. Berbeza dengan bayi yang dilahirkan secara normal yakni melalui vagina, di mana bakteria probiotik  akan memasuki ke dalam sistem badan bayi. Tanpa bakteria ini, manusia akan mudah mengalami pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan makanan, kekurangan zat dan sistem imun yang lemah.     Kenapa bayi yang dilahirkan secara pembedahan ini tidak mendapat 'keistimewaan'? Umumnya, bayi yang dilahirkan melalui kaedah pembedahan lebih 'bersih' kerana mereka melalui ruang yang dibelah pada uterus. Melainkan bayi yang dilahirkan secara normal, mereka perlu melalui laluan vagina ibu yang mengandungi bakteria.     Secara tidak langsung, bayi yang dilahirkan secara normal sudah pun terdedah dengan bakteria-bakteria ...