Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera    Pengedar Shaklee Johor Bahru:  Apakah Itu Hydroquinone ?       Hydroquinone  adalah sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquione  adalah untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih. Sebenarnya bahan hydroquione  digunakan untuk proses mencuci gambar.  Malangnya pada hari ini ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnya hydroquinone  adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia  yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’,  pemprosesan getah dan pemprosesan  ‘hair dye’.     Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone  2% sahaja. Untuk hydroquinone  4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga...