Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: IMPIAN DENGAN SHAKLEE

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Impian Dengan Shaklee


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Setiap orang pasti ada impian bukan? Tak kisah la impian nak belajar rajin-rajin ke...apa-apalah impian korang kan? Saya teringat semasa saya kecil saya nak sangat belajar masuk teknik masa tu nak masuk tingkatan 4 mungkin masa tu arwah Ayah tak bagi sebab saya berazam nak belajar rajin-rajin nak tolong mak dan ayah bila besar nanti sebab dahulu kami adik beradik ramai 8 orang, saya pula kembar. So belanja jadi banyakkan untuk arwah Ayah kami nak belanjakan untuk sekolah.

So pada ketika itu saya lepaskanlah impian saya nak belajar ketika itu, sedih tu adalah kan juga. So masa SPM saya tekat belajar rajin-rajin untuk kali ini saya dapat sambung belajar masuk mana-mana. Masa sekolah biasalah Cikgu suruh je apply mana-mana untuk sambung belajar. So Saya apply lah. Semasa untuk submit borang matrikulasi saya lewat hantar kepada Cikgu.Jadi Saya pergilah hantar sendiri di pejabat pos. So tawakal jelah kan. Alhamdulillah selepas keputusan SPM keluar berdebar juga maklumlah teringat ada buat salah menjawab format semasa  karangan Bahasa Melayu.Sudah?Adakah aku lulus nanti SPM? Sebab masa tu syarat lulus SPM adalah Bahasa Melayu ketika itu. 

Masa ditunggu-tunggu untuk ambil result, berdebar jugalah nak ambil result SPM,  alhamdulillah result ok lah kan. Saya tak sangka akhirnya saya dapat surat dari Matrikulasi yang saya dapat sambung belajar. Apa yang saya buat saya ambil surat itu saya sorok dari arwah Ayah, cuma saya bagitahu emak sahaja, saya nak sangat sambung belajar. Arwah Ayah memang garang,biasalah orang dulu-dulukan. Bukan apa mind set arwah Ayah ingat Kolej je swasta. Rupanya ia under Kerajaan, adalah juga sumbangan duit untuk masuk untuk belajar dan akhirnya saya dapat masuk pujukkan mak saya pada arwah Ayah saya. Syukur sangat dapat sambung belajar. Happy takyah cakaplah sampailah saya masuk Universiti saya pun tak sangka saya Boleh sampai tahap ini. Jenis saya orang yang tak suka putus asa saya akan cuba dapat dan dapat. Orang cakap tak give uplah. Itulah journey impian saya.

Nak ceritakan dekat sini saya nak kaitkan perjalanan impian  dengan Shaklee. Orang lain dok sibuk sambung Master, saya malas dah nak sambung otak dah tepu. Saya nak Master dalam Shaklee. Master dalam Shaklee kita ada income tak kiralah berapakan ikut usaha kitakan? Berangan bukan kena bayarkan? Free je...hehe. Apa yang buatkan saya bertahan setakat ini dalam Shaklee adalah produk. Aku dah makan takkan aku nak stop sebab produk Shaklee buat saya jatuh cinta dan loyal sampai sekarang.

Banyak sebenarnya impian saya dalam Shaklee. Apa yang saya nak ceritakan impian untuk dapat income  banyak tu tak salah, tapi niat asal kita dalam Shaklee untuk apa? Kalau duit pasti sekejap sahaja dan mungkin  tak lama dah dalam organisasi ini sebab kita dah salah niat.

Impian saya dalam Shaklee untuk dapat income yang banyak untuk apa? Saya nak kumpul duit yang banyak untuk sebab dalam Shaklee ini mudah untuk generate income kalau team kita dah besar. Nak yang utama sekali saya nak spend untuk keluar dakwah. Perbelanjaan besar untuk keluar dakwah. Ini kerana perlancongan umatku adalah jihad di jalan Allah itu impian saya pertama.

Impian dengan Shaklee

Gambar kakak kembar khuruj

Macam cerita kembar sepatutnya dia pergi Switzerland tapi takaza dapat dia pergi Findland..sama macam Trip Shaklee kan tahun lepas? Suratan dan kebetulan pula masa tu. Teringin juga dapat semua free..dari Shaklee.



Impian Dengan Shaklee


IMPIAN DALAM SHAKLEE PULA

Kalau ikutkan impian banyak je kan...saya ada gak join kelas Coach Azura, dia share impian dia dengan dia pergi mana-mana dengan buat Vision Board. Vision board nie macam kita tampal apa impian kita. Contoh Kita nak sangat pergi negara sekian-sekian. So kita buat la Vision Board... tampallah muka Kita Kat situ...tengok hari-hari macam ia mendoakan suatu hari pasti aku dapat pergi situ...ha camtulah...nak cerita panjang pula kan. Camtulah saya bayangkan saya di gambar dalam kakak saya khuruj bersama suami.

Okay kita fokus utama dalam Shaklee, saya memang listkan antara impian saya:

  • Duit bonus yang dapat saya akan spend untuk Zakat/Zakat perniagaan
  • Bagi mak saya...sebab saya tiada Ayah  (Arwah)
  • Ayah mertua sebab ibu mertua tiada(Arwah)
  • Nak hantar Mak pergi haji Moga Allah permudahkan urusan, sebab kakak kembar saya dah hantar Mak ke umrah doa,giliran saya pula...doa akan dapat tak dapat belakang cerita, biasa orang cakap kan, kerana Allah mendengar doa Kita,sebab doa pasti akan kabul. Janji kita tak putus doa sebab doa  Allah pasti kabulkan bila tepat Masa sesuai Allah bagi.

  • Nak berkongsi dengan adik-beradik yang susah kerana silaturahim adik beradik tak boleh putus
  • Sedekah kepada asnaf/anak yatim
  • Memberi sumbangan kepada madrasah yang diuruskan adik-beradik
  • Beli kediaman janji selesa kami anak beranak
  • Beli kereta mudah untuk urusan saya sekeluarga, yang mana Allah izinkan mungkin kita nak kereta sekian-sekian? Tapi Allah bagi kita kereta sesuai dengan Kita. So berlapang dada.
Itulah antara impian dengan Shaklee, berimpian bukan kena bayarkan so kita berangan je doa usaha iktiar tawakal orang katakan D.U.I.T...

Moga apa pun impian kita jangan lupa kepada Maha Pencipta kerana dia adalah yang Khaliq yang Maha Memberi (Al-Razaq).


#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#blogmegashaklee

#duitrayashaklee

#pengedarshakleepasirgudang

#pengedarshakleemasai


Untuk yang ingin mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Pasir Gudang, Masai dan pos seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya seperti di bawah:


Call: 012-7646324


Email: ainaliffhafiz@gmail.com

Add fb saya: Ahlia Hafiz untuk chatting secara langsung dengan saya


Follow Instagram saya: vitamin.semulajadi

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya.

p/s: Jom siapa yang mencari pendapatan tambahan saya bantu anda dalam meningkatkan ekonomi keluarga.

Penafian: Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang diiktiraf.



COD  TAMAN CENDANA PASIR GUDANG, TAMAN MAWAR PASIR GUDANG, TAMAN AIR BIRU PASIR GUDANG,NUSA DAMAI, TAMAN BUKIT DAHLIA PASIR GUDANG, TAMAN CAHAYA MASAI, KOTA MASAI,  MASAI, KONG KONG, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN PASIR GUDANG, BANDAR LAYANGKASA
PENGHANTARAN POS KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK, BRUNEI


















Comments

Raihan Idris said…
Suka baca impian awak. Semoga kita sama2 capai impian kita
Momstoreretail said…
Amin terima kasih awk

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG; YOUTH TM PURIFYING CLAY MASK

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang : Youth TM   Purifying Clay Mask Tercari mask untuk kulit berminyak/mudah berjerawat boleh cuba  Youth TM   Purifying Clay Mask. Youth TM   Purifying Clay Mask ini berfungsi  menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Ia dirumus oleh bahan semulajadi, diformulasikan ia menyerap dan menyinkirkan pencemaran, kekotoran dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering. Youth TM   Purifying Clay Mask menggunakan bahan-bahan utama seperti campuran tiga jenis tanah list yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan Abu hujung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik. Boleh juga dipakai bersama dengan   Youth TM   Hydrating Gel Mask . Dapatkan yang terbaik daripada keduanya. Gunakan  Purifying Clay Mask pada zon-T dan  Hydrating Gel Mask pada bah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: KAEDAH INTERMITTENT FASTING

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Kaedah Intermittent Fasting  Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Masalah obesiti di negara kita tidak asing lagi diperkatakan bukan sahaja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga turut mengalami obesiti yang sering dirisaukan adalah orang dewasa pelbagai kaedah yang mereka cari untuk menurunkan berat badan dan mereka juga tidak terlepas dengan kaedah intermittent fasting. Intermittent fasting menjadi bualan sama ada di media sosial, diakhbar atau majalah pasti ada sahaja tentang topik berkaitan i ntermittent fasting. Ramai   juga yang ingin mencuba kaedah intermittent fasting ini. Sebelum kita masuk topik ini, kita definisikan apakah itu intermittent fasting?Intermittent fasting adalah singkatan IF yang memberi maksud diet cara seseorang  menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan juga waktu berpuasa secara sistematik. Ia juga adalah cara diet  melarang makan pada waktu-waktu tertentu. Pernah juga viral...