Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera   Pengedar Shaklee Johor Bahru:  Gangguan Fungsi Usus    Tahukah anda bahawa sistem penghadaman manusia dianggap pusat segala operasi tubuh  disebabkan bahagian ini mencerna makanan dan menyerap nutrisi . Jika organ ini berfungsi dengan baik, bermakna kita menggunakan semua nutrisi dengan lebih cekap sekali gus dapat meningkatkan fungsi otak serta tahap tenaga.     Selain itu, usus yang panjang kira-kira sembilan meter adalah sebahagian organ sistem penghadaman yang terletak di antara perut dan dubur. Majoriti bakteria dalam tubuh manusia iaitu kira-kira 100 trilion bakteria menghuni dalam usus besar atau kolon.      Kira-kira 70 peratus sel imun kita wujud pada saluran usus berikutan saluran usus percernaan bertindak sebagai benteng pertahanan pertama menentang patogen . Bakteria baik  itu juga mengurangkan alahan dengan kawalan imun . Oleh itu, keseimbangan bakteria baik adalah penting salam sistem imun.     Selain membantu menyingkirkan bah...