Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Doa Yang Bagus Untuk Wanita

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera



Dalam Islam banyak doa-doa yang dikhususkan untuk dibaca oleh wanita mahupun lelaki. Ini kerana wanita dalam Islam sangat dimuliakan darjatnya sehingga Islam menjadikan seorang wanita menjadi salah satu aspek penting dalam beribadah kepada Allah S.W.T.

Sebenarnya saya ingin kongsikan di sini beberapa doa yang bagus untuk wanita yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Banyak doa yang kita boleh amalkan tetapi disini saya kongsikan hanya 3 sahaja doa yang bagus untuk wanita amalkan.


3 Doa Yang Bagus Wanita Amalkan

1) Doa Dipermudahkan Segala Urusan

Menjadi suri rumah atau yang bekerja pasti banyak sahaja urusan perlu diselesaikan. Boleh amalkan doa Nabi Musa ( Surah Tahan, Ayat 25-28)

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Rabbisy rahli sodri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohu qoulii”.

Maksudnya : “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku”.


2) Doa Untuk Wanita Solehah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Ya Allah

Engkau telah anugerahkan limpahan kecantikan padanya maka jadikan keindahan hati dan akhlaknya melampaui kecantikan wajahnya.

Engkau telah sentuh hatinya untuk menutup auratnya maka jadikan penutup auratnya memperindah cahaya taqwanya.

Engkau telah indahkan senyumannya maka jadikan senyumnya selalu berkembang untuk menghiasi rumahtangganya.

Engkau telah tanamkan ilmu dan kepintaran pada akal budinya, maka jadikan akalnya meninggilan darjatnya.

Engkau telah berikan kekerasan hati padanya maka jadikan kekerasan hatui menjadi keteguhan baginya. Namun sisihkan kelembutan untuk mendidik anaknya dan menjaga keluarganya.

Engkau telah tanam iman dan taqwa ke dalam hatinya maka jadikan keimanan dan ketaqwaan yang istiqamah menjadi kecantikkannya.

Jadikan jiwa raga dan kalbunya menjadi wanita solehah. Sandingkan lelaki soleh menjadi suaminya. Tanamkan jiwa pejuang sejati dalam rahimnya. Jadikan keluarganya menjadi Sakinah, Mawadah, Warrahmah. Jadikan akhir hidupnya kembali kepadaMu dengan husnul khotimah.

Satu lagi saya ingin kongsikan satu lagi doa yang pastinya ramai tidak tahu. Apa yang ingin saya kongsikan doa ini bagus untuk diamalkan apabila kita terdengar atau melihat apa-apa musibah boleh dibaca.


3) Doa Pendinding Diri Daripada Musibah

Doa ini adalah yang Rasullullah ajarkan. Jom kita baca, hafaz, amal dan sebarkan seluas-luasnya. In Shaa Allah.

Doa ini ada dalam hadis. Dengan baca Doa ini In Shaa Allah kita akan selamat dari musibah tersebut selamanya. Amin.  Sebarkan kepada saudara mara kawan-kawan penting ini sebab ramai orang tidak tahu.


Doa ini ada dalam Kitab Muntakhab Hadith. Doa ini  juga boleh dibaca apabila melihat apa-apa yang dirasakan musibah termasuk melihat anak-anak yang sangat nakal atau rosak akhlaknya, kita baca  semoga Allah pelihara anak-anak kita dari menjadi nakal dan kita juga doakan untuk nya.

Begitu juga jika melihat org yg bunuh diri. Penipu duit orang atau apa-apa kejahatan yang ianya musibah untuk kita sama ada di dunia atau di akhirat. Boleh juga dibaca doa ini agar Allah pelihara diri kita. Amin.

Semoga menjadi asbab Hidayat untuk seluruh umat. Amin.

Apa yang saya kongsikan 3 doa yang bagus untuk wanita ini semoga kita dapat manfaat daripadanya.


#nextlevelblogging

#shakleeethrive2023

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleepasirgudang

#pengedarshakleemasai


Untuk yang ingin mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Pasir Gudang, Masai dan pos seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya seperti di bawah:


Call: 012-7646324


Email: ainaliffhafiz@gmail.com

Add fb saya: Ahlia Hafiz untuk chatting secara langsung dengan saya


Follow Instagram saya: vitamin.semulajadi

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya.

p/s: Jom siapa yang mencari pendapatan tambahan saya bantu anda dalam meningkatkan ekonomi keluarga.

Penafian: Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang diiktiraf.



COD  TAMAN CENDANA PASIR GUDANG, TAMAN MAWAR PASIR GUDANG, TAMAN AIR BIRU PASIR GUDANG,NUSA DAMAI, TAMAN BUKIT DAHLIA PASIR GUDANG, TAMAN CAHAYA MASAI, KOTA MASAI,  MASAI, KONG KONG, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN PASIR GUDANG, BANDAR LAYANGKASA
PENGHANTARAN POS KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK, BRUNEI




Comments