Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE.PASIR GUDANG:SOLAT DHUHA-REBUT 6 KELEBIHAN YANG DIJANJIKAN DAN AKIBAT SOLAT DHUHA

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Solat Dhuha- Rebut 6  Kelebihan Yang Dijanjikan Dan  Akibat Solat Dhuha

Assalammualaikum dan Selamat  Sejahtera


Tazkirah solat dhuha


Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berkongsi tazkirah kepada anda untuk kita sama-sama lakukan untuk kebaikan kita dunia dan akhirat. Apa yang saya ingin kongsikan solat dhuha-rebut 6 kelebihan yang dijanjikan dan akibat solat dhuha.

Kebanyakkan kita belum tahu apa akibat yang kita akan dapat dan rasakan bila rajin solat dhuha. Beruntung sekali anda mempunyai kesempatan membaca tulisan dibawah ini, semoga menjadi pelajaran berharga untuk kita semua.

"Solat Dhuha itu adalah (solatul awwabin) solat orang yang kembali kepada Allah, setelah orang yang kembali kepada Allah, setelah orang mulai lupa dan sibuk bekerja, iaitu pada waktu anak-anak unta mula bangun kerana mulai panas tempat pembaringannya." (HR Muslim).

Apakah maksud Dhuha?

Secara bahasa, al-Dhuha (الضحى‎)  boleh diterjemahkan kepada "Waktu Pagi" atau "Sinar Pagi".

Solat Dhuha adalah merupakan salah satu dari solat nafilah (sunat) yang dituntut. Ia dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya dan iaitu sekitar 40-48 minit selepas masuk waktu syuruq, tempoh waktu ini akan berlarutan sehingga tergelincirnya matahari, iaitu sebelum masuk waktu zuhur dan apabila telah masuk waktu zuhur maka solat Dhuha adalah tamat iaitu 10 min sebelum waktu zuhur

Antaranya seperti yang disebutkan oleh Abu Hurairah R.A. beliau berkata:

Kekasihku telah berpesan kepadaku terhadap tiga perkara. (Iaitu) berpuasa sebanyak tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat dhuha, dan supaya aku melakukan solat witir sebelum aku tidur.

— Riwayat Muslim


Apa yang saya nak kongsikan  Solat Dhuha- Rebut 6  Kelebihan Yang Dijanjikan Dan  Akibat Solat Dhuha


*Pertama*

Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. *“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”* (HR. Turmudzi)


*Kedua*

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Alah. *“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”* (HR. Hakim).


*Ketiga*

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. *“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di syurga untuknya.”* (HR. At-Thabrani).


*Keempat*

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk syurga pada pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. *“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”* (HR. At-Thabrani).


*Kelima*

Allah mencukupkan rezekinya. *“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan menyukupimu di akhir harimu.”* (HR. Abu Darda`).


*Keenam*

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. *“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.”* (HR Muslim).

Setelah baca tulisan diatas masih punya alasan untuk meninggalkan Solat Dhuha?

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita kerjakan sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat zuhur.

Selain itu, ada yang saya ingin share kan solat solat dhuha juga merupakan diantara 7 amalan sunnah Rasulullah S.A.W dan apa yang saya ingin katakan sesiapa yang mengamalkan sunnah dalam kerosakan Umat diakhir zaman, Allah berikan 100 pahala mati syahid. Di antara 7 sunnah lain adalah seperti:

7 Amalan Sunnah Rasulullah SAW yang membawa KEBERKATAN DAN KEJAYAAN.

1. Menjaga Wuduk

2. Tahajjud & Witir

3. Solat Berjemaah

4. Membaca al-Quran

5. Puasa lsnin & Khamis

6.  Solat Dhuha

7. Sedekah/Wakaf setiap hari


Walaupun kita tak dapat lakukan semua,sekurang-kurangnya dapat 1 pun Alhamdulillah. Semoga Allah jentik hati kita untuk buat lebih banyak kebaikan.

Alhamdulillah siapa pun yang menyampaikan ilmu ini akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T   In Shaa Allah. Moga tazkirah ini kita dapat amalkan dan sampai-sampaikan. In Shaa Allah.


#nextlevelblogging

#shakleeethrive2023

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleepasirgudang

#pengedarshakleemasai


Untuk yang ingin mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Pasir Gudang, Masai dan pos seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya seperti di bawah:


Call: 012-7646324


Email: ainaliffhafiz@gmail.com

Add fb saya: Ahlia Hafiz untuk chatting secara langsung dengan saya


Follow Instagram saya: vitamin.semulajadi

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya.

p/s: Jom siapa yang mencari pendapatan tambahan saya bantu anda dalam meningkatkan ekonomi keluarga.

Penafian: Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang diiktiraf.



COD  TAMAN CENDANA PASIR GUDANG, TAMAN MAWAR PASIR GUDANG, TAMAN AIR BIRU PASIR GUDANG,NUSA DAMAI, TAMAN BUKIT DAHLIA PASIR GUDANG, TAMAN CAHAYA MASAI, KOTA MASAI,  MASAI, KONG KONG, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN PASIR GUDANG, BANDAR LAYANGKASA
PENGHANTARAN POS KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK, BRUNEI





Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG; YOUTH TM PURIFYING CLAY MASK

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang : Youth TM   Purifying Clay Mask Tercari mask untuk kulit berminyak/mudah berjerawat boleh cuba  Youth TM   Purifying Clay Mask. Youth TM   Purifying Clay Mask ini berfungsi  menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Ia dirumus oleh bahan semulajadi, diformulasikan ia menyerap dan menyinkirkan pencemaran, kekotoran dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering. Youth TM   Purifying Clay Mask menggunakan bahan-bahan utama seperti campuran tiga jenis tanah list yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan Abu hujung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik. Boleh juga dipakai bersama dengan   Youth TM   Hydrating Gel Mask . Dapatkan yang terbaik daripada keduanya. Gunakan  Purifying Clay Mask pada zon-T dan  Hydrating Gel Mask pada bah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: KAEDAH INTERMITTENT FASTING

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Kaedah Intermittent Fasting  Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Masalah obesiti di negara kita tidak asing lagi diperkatakan bukan sahaja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga turut mengalami obesiti yang sering dirisaukan adalah orang dewasa pelbagai kaedah yang mereka cari untuk menurunkan berat badan dan mereka juga tidak terlepas dengan kaedah intermittent fasting. Intermittent fasting menjadi bualan sama ada di media sosial, diakhbar atau majalah pasti ada sahaja tentang topik berkaitan i ntermittent fasting. Ramai   juga yang ingin mencuba kaedah intermittent fasting ini. Sebelum kita masuk topik ini, kita definisikan apakah itu intermittent fasting?Intermittent fasting adalah singkatan IF yang memberi maksud diet cara seseorang  menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan juga waktu berpuasa secara sistematik. Ia juga adalah cara diet  melarang makan pada waktu-waktu tertentu. Pernah juga viral...