Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Petua Hilangkan Jeragat
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Kita bila wajah kelihatan kusam ke, tidak bermaya ke atau lebih-lebih lagi berjeragat pasti akan rasa lebih malu untuk berhadapan dengan orang. Rasa rendah diri dengan keadaan muka yang berjeragat buatkan diri kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang. Betul kan?
Apa itu jeragat?
Sebelum kita cerita lebih lanjut lagi, kita perlu tahu apa itu jeragat? Jeragat merupakan tompok-tompok kecil di sekitar bahagian muka seperti di dahi, pipi, hidung dan kawasan sekitar yang memenuhi bahagian muka. Jeragat kebiasaannya kita nampak ia berwarna gelap dari kulit asal dan ia kelihatan di wajah kulit muka anda tona kulit anda tidak sekata.
Umur bila naik jeragat?
Jeragat ia tidak mengira umur adanya boleh ketika kecil, remaja, pertengahan umur dan lebih berumur. Sekiranya jeragat berlaku ketika kita kecil kebiasaannya ia disebabkan genetik. Manakala jika meningkat remaja kebiasaannya berlaku jeragat kerana penggunan sun screen yang tidak regular, dan kebanyakkannya berlaku diantara umur 20-30 tahun. Jeragat merupakan penyakit kulit yang sangat kronik.
Terdapat tips petua hilangkan jeragat di muka dengan mudah. Apa yang anda boleh lakukan bahan ini mudah didapati hanya di dapur anda sahaja. Walaupun jeragat ini tidak membahayakan kesihatan tetapi ia membuatkan kita runsing dan gelisah dengan kewujudannya.
Antara petua hilangkan jeragat dengan mudah seperti:
1) Gunakan perasan jus lemon
Lemon telah lama digunakan untuk menghilangkan jeragat kerana jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit.
Jus lemon juga ia boleh membantu menggelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel dan membantu juga menghilangkan minyak berlebihan kerana sofar astringen. Jus lemon bukan sahaja dapat memudarkan parut malah dia dapat cerahkan wajah anda.
Untuk penggunaanya jus lemon ini ambil 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukan ke atas kawasan yang berjeragat, biarkan selama 8-10 minit. Anda perlu lakukan 2 kali sehari untuk dapatkan kesan yang baik.
2) Gunakan aloe vera
Apa yang perlu anda lakukan sapukan aloe vera ke bahagian muka anda yang berjeragat. Aloe vera ini bagus untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti ekzema, jerawat, melindungi daripada sinaran matahari, mencerahkan wajah, membaiki sel-sel kulit yang mati dan mengatasi kulit kering dan berminyak.
Untuk penggunaanya dengan campurkan aloe vera dengan madu atau aloe vera sahaja selama 15 minit di kawasan yang berjeragat. Kemudian basuh dengan air sejuk. Untuk dapatkan kesan yang baik lakukan setiap hari.
3) Gunakan serbuk kunyit
Kunyit juga digunakan secara tradisional dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan jeragat.
Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.
Cara penggunaanya 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian kacau sehingga ia membentuk seharian yang penat dan sapukan di kawasan yang berjeragat. Kemudian tunggu sehingga kering. Amalkan kaedah ini seminggu sekali
4) Gunakan teh hijau
Teh hijau bukan sahaja boleh diminum malah sangat baik untuk kesihatan badan. Selain itu, teh hijau ini bagus untuk hilangkan jeragat.
Teh hijau mempunyai sifat anti radang yang dapat mengurangkan iritasi kulit. Disebabkan sifat antiinflamasi teh hijau ini ia dapat menyelesaikan pelbagai masalah kulit termasuklah jeragat. Menurut kajian, teh hijau mempunyai kelebihan yang boleh kurangkan pengeluaran minyak dan menghalang penyerapan androgen dalam kulit.
Cara penggunaan teh hijau dengan rendamkan uncang teh hijau kedalam air panas selama 5 minit. Kemudian angkat dan gosok dibahagian yang ada jeragat.
5) Gunakan serbuk oat
Kebiasaannya oat kita buat untuk makan, jarang kita dengar sekali ia bagus untuk kulit muka. Sebenarnya oat bagus untuk cara hilangkan jeragat di muka.
Oat ini bertindak sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai masker.
Cara penggunaanya dengan mencampurkan serbuk oat dengan 2 sudu yogurt, satu sudu madu dan satu sudu jus lemon. Kemudian sapukan pada seluruh wajah. Anda biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas. Boleh cuba kaedah ini sehingga anda dapatkan hasil yang anda ingin kan.
6) Diet pemakanan sihat
Apa yang perlu anda lakukan cara untuk menghilangkan jeragat di muka anda perlu menjaga dan mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Hadkan pengambilan makanan yang berminyak kerana minyak adalah unca utama jeragat dan jerawat terbentuk malah makan berkalori juga perlu dielakkan.
Selain itu, pengambilan buah-buahan dann sayur-sayuran amatlah digalakkan sekali.Juga perbanyakkan minum air dapat meningkatkan tahap kesihatan badan anda. Apabila badan sihat ia akan menyebabkan kulit menjadi sihat. Lebihkan makan yang ada protein dan juga vitamin.
Untuk pengambilan protein yang mudah anda boleh ambil ESP Shaklee yang membantu hilangkan jeragat dan membantu menghasilkan sel kulit baru dan sihat.
Manakala untuk vitamin ada boleh amalkan ambil Vitamin E Shaklee juga membantu menghilangkan jeragat.
7) Penggunaan Skincare yang sesuai
Anda risau dengan masalah jeragat yang bermain di fikiran anda? Runsing bagaimana nak atasinya. Terdapat cara lain selain petua di atas anda juga boleh cuba dengan cara menggunakan skincare Shaklee iaitu Youth Skincare.
Penggunaan Youth Skincare ini secara konsisten In Shaa Allah dapat membantu menghilangkan jeragat anda dengan lebih berkesan dan ia Selamat digunakan untuk pelbagai jenis kulit.
Selain skincare anda juga boleh ambil supplemen untuk petua hilangkan jeragat anda bulan ini kita ada offer Vivix dan Res V.
Baca juga: Keistimewaan Vivix Shaklee
#nextlevelblogging
#shakleeethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleepasirgudang
#pengedarshakleemasai
Untuk yang ingin mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Pasir Gudang, Masai dan pos seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya seperti di bawah:
Comments