Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: PANDUAN IDEA MENU SAHUR SIHAT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Panduan Idea Menu Sahur Sihat

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera


Menu Sahur


Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke 10 kita berpuasa dan bermacam-macam menu sahur yang kita telah buat untuk ahli keluarga kita. Apakah panduan menu sahur sihat? Sebelum itu saya nak terangkan apa itu sahur? Sahur merupakan perbuatan makan dan minum pada waktu awal pagi sebelum azan subuh sebelum waktu fajar dengan niat untuk berpuasa dan dalam bersahur ada keberkatan.


Menu Sahur
   Sahur Ada Keberkatan

Di Malaysia Umat Islam kebiasaannya bangun untuk bersahur seawal 4.30 pagi sehingga azan subuh berkumandang dan Umat Islam digalakkan untuk bersahur selewat-lewatnya dalam lingkungan 20-30 minit sebelum azan subuh. Biasanya ibu-ibu yang menyediakan menu sahur untuk ahli keluarga sama ada secara penyediaan makanan yang sedia ada seperti di sejuk beku(frozen) ini adalah kaedah yang pantas untuk berada di dapur untuk menyediakan menu bersahur. Makanan frozen ini kebiasaannya mereka masak dahulu sebagai contoh masak ayam masak kicap, ayam masak sambal dan lain-lain dan mereka frozen kan. Jadi tidaklah menjadi rumit untuk ibu-ibu menyediakan menu sahur.

Janganlah abaikan bersahur kerana jika kita tidak bersahur badan akan berada letih dan lesu serta akan menyebabkan kita terlalu lapar dan bila berbuka kita akan makan secara berlebihan.


Panduan Idea Menu Sahur Sihat Yang Di Cadangkan


Bagi individu yang sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dapat membekalkan sumber nutrien yang mencukupi untuk tubuh badan dan faktor  yang diambil berat ketika bersahur.

Untuk yang bersahur menu sahur yang digalakkan untuk ambil seperti mengambil 1 hidangan yang lengkap yang mengandungi sumber karbohidrat kompleks seperti nasi, roti, biskut mil penuh, serta oat, sumber protein seperti ayam, ikan, telur atau susu rendah lemak serta serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Menu sahur ini memang best dan akan membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari contohnya oats, roti gandum, kacang, yogurt dan telur semuanya adalah sumber protein yang terbaik untuk tubuh badan juga jangan lupa ambil buah-buahan segar untuk pastikan anda mendapat serat dan vitamin yang mencukupi. Malah minum air secukupnya semasa sahur dan pada malam hari untuk membantu tubuh anda kekal hidrat.

Selain itu, pemilihan karbohidrat kompleks dan serat sewaktu sahur dapat mengurangkan rasa lapar sepanjang berpuasa. Malah semasa bersahur elakkan makan yang tinggi garam seperti ikan masin, telur masin, makanan berproses seperti sosej,nugget, serta minuman berkafien yang boleh menyebabkan dehidrasi semasa berpuasa. Boleh juga merancang hidangan lain yang seimbang nutrien bagi boleh membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari semasa berpuasa.

Untuk permulaan berpuasa saya telah melatih anak saya seawal 6 tahun untuk berpuasa. Sewaktu awal bangun sahur ia adalah tidak semudah yang dikata sememangnya adalah drama anakkan untuk bangun sahurkan itu biasa bagi ibu bapa untuk kejutkan anak bersahur.Kebiasaannya saya memberi anak makan nasi putih juga telur goreng ini adalah menu sahur yang pantas yang mudah untuk disediakan.


Antara cadangan menu sahur sihat yang kita boleh sediakan seperti:


  • Ketika bersahur utamakan air,vitamin dan elektrolit maksudnya minum air putih atau kosong dan buah-buahan atau jus buah tanpa gula. Boleh juga air kelapa. Cara minum air kelapa dulu kerana sifat elektrolit air kelapa maka kita akan merasa haus baru diteruskan minum air putih. Ketika tidur tubuh kita kehilangan berat 1-2 kg dan itu adalah air

Menu Sahur


  • Pilih menu utama yang terdiri dari karbohidrat kompleks seperti Nasi merah atau beras perang, ubi,spegeti atau bubur kacang hijau dengan gula. Jenis karbohidrat ini lebih tahan lama salam membuat gula dalam darah menjadi stabil sehingga mood menjadi relatif lebih baik.
  • Jangan lupa serat sama ada sayur atau buah, selain ia memberikan usus, serat adalah ibarat pembersih semulajadi yang membantu membersihkan sisa daging diantara usus
Menu Sahur
Sayur-sayuran


  • Pilih lemak sihat atau minyak yang tidak digoreng, seperti zaitun, Minyak kelapa atau flaxseed oil. Misalnya dalam bentuk sambal. Lemak membuat pergerakan makanan di perut menjadi lambat, sehingga lebih tahan lapar. Akan tetapi kalau digunakan minyak telah digoreng, baik makan yang telah siap yang dibeli semalam atau digoreng segera maka kita kemasukkan radikal bebas ke dalam tubuh kita akibatnya manfaat puasa secara fisiologi akan berkurangan.
Contoh menu sahur yang sihat:

  1. Nasi beras perang dengan soto ayam, sambal minyak zaitun dan buah pisang
  2. Bubur kacang hijau dengan gula dan telur setengah masak dengan 3 putih telur dan 1 kuning telur dan buah jeruk
  3. Bubur oatmeal dengan telur rebus dan hirisan buah tomato
  4. Sandwich, roti gandum dengan butter atau mentega kacang. Telur setengah masak 3 putih dan 1 kuning dan buah betik
Bagi saya pula,  kebiasaannya  bersahur dengan Set Puasa Shaklee. Saya seperti orang lain juga saya makan nasi dan lauk ketika bersahur sebelum itu kurma juga penting diambil ketika bersahur ia membekalkan tenaga kepada tubuh badan selain pengambilan supplemen juga seperti B-Complex,Vitalea, dan Vitamin C juga yang ada didalam Set Puasa Shaklee. Air ketika bersahur amat penting sekali untuk diambil elakkan air manis ketika bersahur.

Menu Sahur Sihat

Oleh itu, menu makan sahur amat penting untuk semua umat Islam yang berpuasa dan bulan Ramadhan juga merupakan satu cabaran fizikal dan mental bagi komuniti orang Islam ketika bulan Ramadhan. Semoga puasa kita pada tahun ini diterima oleh Allah S.W.T.


#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#blogmegashaklee

#duitrayashaklee

#bcomplexshaklee

#pengedarshakleepasirgudang

#pengedarshakleemasai


Untuk yang ingin mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Pasir Gudang, Masai dan pos seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya seperti di bawah:


Call: 012-7646324


Email: ainaliffhafiz@gmail.com

Add fb saya: Ahlia Hafiz untuk chatting secara langsung dengan saya


Follow Instagram saya: vitamin.semulajadi

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya.

p/s: Jom siapa yang mencari pendapatan tambahan saya bantu anda dalam meningkatkan ekonomi keluarga.

Penafian: Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang diiktiraf.



COD  TAMAN CENDANA PASIR GUDANG, TAMAN MAWAR PASIR GUDANG, TAMAN AIR BIRU PASIR GUDANG,NUSA DAMAI, TAMAN BUKIT DAHLIA PASIR GUDANG, TAMAN CAHAYA MASAI, KOTA MASAI,  MASAI, KONG KONG, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN PASIR GUDANG, BANDAR LAYANGKASA
PENGHANTARAN POS KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK, BRUNEI











Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: SET ASAS BERSALIN

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Johor Bahru: Anda yang baru bersalin dan tercari-cari untuk produk berpantang. Saya syorkn anda mengambil Set Asas Bersalin Shaklee. Set Asas Bersalin ini memberi anda tenaga dan penyembuhan luka bersalin secara optima. Ia selamat kepada anda dan bayi. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda menghadapi masalah seperti bayi jaundis atau ada G6PD. Set ini membantu anda dalam proses berpantang. TESTIMONI DAFTAR SEKARANG   KELEBIHAN JIKA ANDA MENJADI AHLI         KLIK DI SINI COD JOHOR BAHRU/ TAMPOI/ SKUDAI/ BANDAR BARU UDA PENGHANTARAN KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK ...

Bagaimana saya bermula dengan Shaklee?

Bagaimana saya bermula dengan Shaklee. Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Hari ini saya hendak berkongsi tentang bagaimana saya bermula dengan Shaklee , sebelum itu sebenarnya saya tidak tahu kewujudan produk Shaklee. Sehinggalah pada suatu masa saya ingin mencari produk untuk milk booster untuk anak pertama saya. Okay disini saya ingin menceritakan bagaimana saya bermula dengan Shaklee. Pada mulanya seperti saya katakan tadi saya ingin mencari milk booster untuk anak saya dan pada masa itu kebetulan saya bersama rakan sekerja saya dia yang telah memperkenalkan Shaklee kepada saya. Ketika itu rakan sekerja saya makan produk Alfalfa Complex juga dia makan untuk dapatkan  milk booster.  Setelah itu,  dia telah memberi saya sample produk tersebut untuk saya cuba. Alhamdulillah ia sangat mengujakan dan ianya berhasil walaupun ia hanya basic produk sahaja. Inilah produk pertama yang saya cuba Apabila produk mendatangkan kesan dan juga berhasil maka saya terus untuk menda...

Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik

Perbezaan Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik Apakah Vitamin ? Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita . Setakat ini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik ini, di mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dan dinamakan mengikut abjad. Apabila struktur kimianya telah dikenalpasti, vitamin-vitamin ini kemudian diberi nama seperti Vitamin A – retinal dan Vitamin C – asid askorbik. Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama  adalah vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari. Kumpulan yang kedua  adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka...