Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: JANGAN TINGGAL SAHUR

 Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Jangan Tinggal Sahur

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera


Sahur

Daripada Abi Saad al-kudri, Rasulullah S.A.W bersabda," Makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah S.W.T dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur.
(HR Ahmad)

Tahun lepas saya hanya dapat bersahur selama 7 hari bermakna saya cuma berpuasa selama 7 hari sahaja kerana saya menunggu hendak bersalin dan tahun itu baru pertama kali saya menggantikan puasa dengan begitu banyak sekali ketika melahirkan anak ke-4 ini. Untuk menggantikan puasa juga sangat mencabar bagi saya yang menyusukan anak dan bangun untuk bersahur untuk menggantikan puasa. Alhamdulillah saya selesai menghabiskan ganti puasa saya.

Apa yang anda tahu tentang sahur? Kebiasaan sahur di ambil pada awal pagi sebelum subuh dan sunnah untuk kita melewatkan waktu sahur sehingga hampir kepada waktu subuh dan biasanya bagus untuk dilewatkan. Sahur adalah perbuatan makan dan minum yang kita lakukan dan ia dilakukan berserta dengan niat berpuasa. 

Sahur


Kebiasaannya ada orang yang bersahur dahulu sebelum tidur kerana mereka kadang kalanya malas untuk bangun sahur pada awal pagi jadi jangan tinggal sahur. Pada bulan Ramadhan sememangnya sahur adalah merupakan elemen penting yang kita jalani sepanjang ibadah pada bulan tersebut dan ia adalah menjadi kebiasaan kita setiap tahun.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A beliau berkata, Nabi S.A.W telah bersabda "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan."

Sahur adalah satu ibadah yang Nabi S.A.W perintah untuk kita buat sebab itu yang membezakan orang yang ikut tertib dan yang tidak ikut tertib dan ada juga orang yang cuba untuk tidak bersahur janji pada mereka berpuasa. Kaedah Islam ini kena ada tertib jadi untuk dapatkan keberkatan. Hidup kita ini buatkan kita tenang, jadi bahagia, gembira jadi okey kerana Allah S.W.T memberikan kasih sayang dan juga keberkatan. Jadi puasa ini kita kena ikut tertib ya.

Sahur merupakan sunnah Nabi S.A.W dan ia bukan sahaja faktor untuk kesihatan sahaja malah melatih kita  untuk sihat dan digalakkan untuk mengambil makan yang segar dan baru dimasak semasa sahur ia adalah untuk mengelakkan sakit perut atau keracunan makan. Perbuatan bersahur tidak seharusnya kita tinggalkan sebagai seorang muslim kita harus bersahur walaupun sahur itu hanya segelas air, atau sebutir tamar dan yang paling afdal adalah sahur dengan air dan buah tamar.

Sahur


Perbuatan melakukan sahur merupakan sunat yang sangat dituntut didalam syariat kerana terdapat keberkatan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T melalui utusanNya Nabi S.A.W dan perbuatan meninggalkan sahur tanpa uzur yang syar'ie disebabkan oleh sikap yang tidak baik seperti malas untuk bangun awal pagi perlulah dijauhi kerana merugikan diri sendiri akan mengakibatkanya lemah tubuh badan ketika berpuasa, hilang semangat dan keletihan.

Sahur



Antara kepentingan sahur yang kita perolehi seperti:

  • Membantu meningkatkan metabolisma
  • Membekalkan nutrien untuk tenaga sepanjang hari
  • Membantu anda untuk kekal hidrat
  • Membantu mengurangkan rasa letih
  • Mengawal tahap gula dalam darah
Jadi jangan tinggal sahur kerana tidur yang lena sehingga melupakan keberkatan sahur itu sendiri. Selamat menyambut bulan Ramadhan yang tak lama lagi. Semoga Ramadhan ini kita rebut pahala untuk lebih beramal.

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#blogmegashaklee

#pengedarshakleepasirgudang


Untuk yang ingin mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Pasir Gudang, Masai dan pos seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya seperti di bawah:


Call: 012-7646324


Email: ainaliffhafiz@gmail.com

Add fb saya: Ahlia Hafiz untuk chatting secara langsung dengan saya


Follow Instagram saya: vitamin.semulajadi

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya.

p/s: Jom siapa yang mencari pendapatan tambahan saya bantu anda dalam meningkatkan ekonomi keluarga.

Penafian: Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang diiktiraf.



COD  TAMAN CENDANA PASIR GUDANG, TAMAN MAWAR PASIR GUDANG, TAMAN AIR BIRU PASIR GUDANG,NUSA DAMAI, TAMAN BUKIT DAHLIA PASIR GUDANG, TAMAN CAHAYA MASAI, KOTA MASAI,  MASAI, KONG KONG, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN PASIR GUDANG, BANDAR LAYANGKASA
PENGHANTARAN POS KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK, BRUNEI







































 





















Comments

wina said…
best dapat bangun sahur makan bersama keluarga
Dettis said…
Info best ni untuk yang mau puasa
SUMAIYAHMZ said…
Woahh, lengkap info pasal sahur.. best baca 🤩🤩

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG; YOUTH TM PURIFYING CLAY MASK

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang : Youth TM   Purifying Clay Mask Tercari mask untuk kulit berminyak/mudah berjerawat boleh cuba  Youth TM   Purifying Clay Mask. Youth TM   Purifying Clay Mask ini berfungsi  menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Ia dirumus oleh bahan semulajadi, diformulasikan ia menyerap dan menyinkirkan pencemaran, kekotoran dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering. Youth TM   Purifying Clay Mask menggunakan bahan-bahan utama seperti campuran tiga jenis tanah list yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan Abu hujung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik. Boleh juga dipakai bersama dengan   Youth TM   Hydrating Gel Mask . Dapatkan yang terbaik daripada keduanya. Gunakan  Purifying Clay Mask pada zon-T dan  Hydrating Gel Mask pada bah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: KAEDAH INTERMITTENT FASTING

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Kaedah Intermittent Fasting  Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Masalah obesiti di negara kita tidak asing lagi diperkatakan bukan sahaja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga turut mengalami obesiti yang sering dirisaukan adalah orang dewasa pelbagai kaedah yang mereka cari untuk menurunkan berat badan dan mereka juga tidak terlepas dengan kaedah intermittent fasting. Intermittent fasting menjadi bualan sama ada di media sosial, diakhbar atau majalah pasti ada sahaja tentang topik berkaitan i ntermittent fasting. Ramai   juga yang ingin mencuba kaedah intermittent fasting ini. Sebelum kita masuk topik ini, kita definisikan apakah itu intermittent fasting?Intermittent fasting adalah singkatan IF yang memberi maksud diet cara seseorang  menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan juga waktu berpuasa secara sistematik. Ia juga adalah cara diet  melarang makan pada waktu-waktu tertentu. Pernah juga viral...