Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:APA USAHA KITA MENGAWAL PENYAKIT DIABETES NOMBOR SATU INI?

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Apa usaha kita mengawal penyakit diabetes nombor SATU  ini?


...belajar dan tuntut ILMU!!! Jangan suka dengar cakap orang yang tak berkelayakan..

Diabetes jenis 2 adalah 90% daripada keseluruhan penyakit diabetes 

Diabetes 'jenis 2'  BUKAN berpunca daripada paras glukosa tinggi dalam darah..ia adalah berpunca dari masalah rintangan insulin (insulin resistant) kerana berlaku kerosakan kepada 'reseptor' insulin yang rosak dan tidak berfungsi dengan baik..

Akibatnya insulin gagal menolak masuk glukosa ke dalam sel-sel tubuh yang akan menyebabkan pengumpulan glukosa dalam darah dan jika paras glukosa terlalu tinggi maka ia akan keluar dalam air kencing menyebabkan air kencing menjadi 'manis' ..

Mengambil ubat semata-mata hanya akan menurunkan paras glukosa darah pesakit diabetes dan tidak memulihkan kerosakan reseptor insulin tersebut 

Oleh kerana itu, untuk benar-benar memulihkan diabetes kita perlu mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam secukupnya. Di samping itu berhenti merokok dan mengawal stres juga boleh membantu dalam pemulihan diabetes.

Pemakanan sihat untuk memulihkan kerosakan reseptor insulin pada sel-sel tubuh kita perlu kita fahami dengan cara berikut..insyaallah

1. Berhenti mengambil GULA pasir secara berlebihan, gunakan pemanis gantian yang lebih sihat (stevia, madu, gula kabung etc)

2. Berhenti makan makanan proses (processed foods) dan karbohidrat halus (refine carbs) termasuk juga elakkan mengambil asid lemak TRANS seperti marjerin & krimer

3. Makan lebih banyak sayur-sayuran

4. Makan lebih banyak  buah-buahan segar

5. Makan karbohidrat berserat tinggi dan mempunyai indeks glisemik rendah (beras perang, wholegrain, ubikayu, keledek dsbgnya)

6. Makan lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak ikan (omega 3), minyak kelapa (santan), minyak kelapa sawit dll

7. Mengambil lebih banyak protin sihat dalam pemakanan seperti makanan laut (ikan, udang, sotong dll), kekacang, daging, ayam (utamakan ayam kampung) dsbgnya

8. Minum air secukupnya iaitu air yang lebih sihat seperti air mineral (beralkali), teh O, teh hijau, kopi O, air limau (tanpa gula) dan elakkan minuman manis bergula dan jus buah-buahan. 
Amalan minum cuka buah seperti cuka epal sider, cuka buah teen dan cuka kurma (satu sudu cuka campur dengan segelas air kosong, lebih sedap di titiskan stevia) sangat baik mengawal paras glukosa darah

9. Pengambilan suplemen tambahan juga sangat baik membantu pemulihan sel-sel tubuh dan mengawal paras glukosa dengan lebih baik ..seperti Vitamin B kompleks, Vitamin C, Vitamin E, Omega 3, Mineral ( Magnesium, Chromium, Zinc, Selenium, Kalsium dll), Co Enzim Q10, Asid Alfa Lipoik dsbgnya 
(suplemen ini tidak merosakkan buah pinggang atau hati jika diambil dalam dos yang sepatutnya ) sila rujuk doktor yang mahir tentang Nutritional Medicine untuk kepastian tentang suplemen ini

Terdapat juga beberapa jenis suplemen herba yang baik untuk membantu mengawal diabetes seperti peria katak, tunjuk langit, pecah kaca, gingko, ginseng, temu lawak, hempedu bumi, gymnema, roiboos tea dsbgnya tetapi perlu dirujuk dengan doktor yang mahir tentangnya, insyaallah

Kawal diabetes dengan cara menjaga kesihatan secara menyeluruh dari aspek pemakanan, senaman, kawalan stres, berhenti merokok, berhenti GULA dan pengambilan suplemen yang perlu...tiada 'magic bullet' atau ubat ajaib untuk merawat diabetes tetapi kefahaman dan ILMU  yang betul adalah kuncinya..

In Shaa Allah

#drnorman #infosihat #cegahdiabetes #healthyeating #healthyliving

Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

PROMO VITAMIN C OKTOBER 2025

 Promo Vitamin C Oktober 2025 Promo Vitamin C kembali lagi, siapa yang pernah grab dan pernah cuba Vitamin C nie pasti repeate lagi kerana kesan dia sangat-sangat best .  Bulan ini banyak penjimatan untuk vitamin C nie kalau beli set Promo .  Apa yang Shaklee bagi Promo Oktober bagi Vitamin C ini Buy 6 Free 1 dan Buy 2 @ 5% Off .   Nak tahu tak kenapa pentingnya pengambilan Vitamin C setiap hari? Apa yang anda perlu tahu, vitamin C ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita sendiri . Disebabkan itulah kita perlukan mengambil Vitamin C setiap hari . Selain itu, pengambilan Vitamin C juga dapat membantu meningkatkan ketahan tubuh badan kita daripada meawan penyakit malah ia membekalkan juga antioksidan yang juga dapat membantu mengurangkan risiko kerosakkan sel-sel badan akibat daripada rembesan radikal bebas di dalam tubuh badan kita . Antara radikal bebas yang berada di sekitar kita seperti: Sinaran matahari Radiasi Ozon Asap rokok Asap kenderaan Pencemaran udar...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG; YOUTH TM PURIFYING CLAY MASK

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang : Youth TM   Purifying Clay Mask Tercari mask untuk kulit berminyak/mudah berjerawat boleh cuba  Youth TM   Purifying Clay Mask. Youth TM   Purifying Clay Mask ini berfungsi  menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Ia dirumus oleh bahan semulajadi, diformulasikan ia menyerap dan menyinkirkan pencemaran, kekotoran dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering. Youth TM   Purifying Clay Mask menggunakan bahan-bahan utama seperti campuran tiga jenis tanah list yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan Abu hujung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik. Boleh juga dipakai bersama dengan   Youth TM   Hydrating Gel Mask . Dapatkan yang terbaik daripada keduanya. Gunakan  Purifying Clay Mask pada zon-T dan  Hydrating Gel Mask pada bah...