Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: 10 WAKTU TERBAIK BERDOA

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: 10 Waktu terbaik berdoa

Ada satu perkara yang kita sentiasa ada untuk dekatkan diri kepada Allah, iaitu doa. Ia ada kelembutan hati untuk berhajat kepada sesuatu dengan meminta dari Allah untuk dimakbulkan. 

Kawan-kawan, kita boleh berdoa pada setiap detik, masa, setiap saat, namun ada waktu terbaik yang kita boleh panjatkan doa kita kepadaNya. 

Ingat ini, doa kena spesifik, jelas dan tidak terlalu umum.

Untuk meminta, memohon doa, asas utama ialah bertaubat dahulu di atas segala dosa yang pernah kita lakukan, kemudian, memohonlah di 10 waktu terbaik ini:

1. Sepertiga malam selepas menunaikan solat sunat tahajjud. 

2. Semasa sujud pada setiap solat (setiap sujud, bukan sujud terakhir sahaja, doa di dalam hati ya). 

3. Di antara azan dan iqamah pada setiap waktu solat. Pada waktu ini, bangunlah solat sunat qabliah dan berdoalah. 

4. Selepas solat fardu 5 waktu. Jika boleh, selepas menunaikan solat, duduklah sekejap dan berdoalah sebanyaknya. 

5. Semasa hujan turun, berdoalah. Berhenti mengeluh kerana hujan, biasanya itu adalah rezeki. 

6. Semasa sedang bermusafir (travel). Ha, banyak-banyaklah mengembara, doa kalian sering makbul! 

7. Semasa berbuka puasa, jadi banyak-banyaklah berpuasa sunat.

8. Selepas berselawat ke atas nabi, terus panjatkan doa!

9. Pada hari Arafah dikatakan Allah sangat dekat dengan kita semua. Jadi bertaubat dan berdoalah. 

10. Semasa menziarahi orang sakit. 

Begitulah. Semoga kita semua berkejar-kejar berdoa pada semua waktu dan mengutamakan 10 waktu terbaik ini. 

Sumber: Koleksi Hadith.

Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik

Perbezaan Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik Apakah Vitamin ? Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita . Setakat ini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik ini, di mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dan dinamakan mengikut abjad. Apabila struktur kimianya telah dikenalpasti, vitamin-vitamin ini kemudian diberi nama seperti Vitamin A – retinal dan Vitamin C – asid askorbik. Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama  adalah vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari. Kumpulan yang kedua  adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka...

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: SET ASAS BERSALIN

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Johor Bahru: Anda yang baru bersalin dan tercari-cari untuk produk berpantang. Saya syorkn anda mengambil Set Asas Bersalin Shaklee. Set Asas Bersalin ini memberi anda tenaga dan penyembuhan luka bersalin secara optima. Ia selamat kepada anda dan bayi. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda menghadapi masalah seperti bayi jaundis atau ada G6PD. Set ini membantu anda dalam proses berpantang. TESTIMONI DAFTAR SEKARANG   KELEBIHAN JIKA ANDA MENJADI AHLI         KLIK DI SINI COD JOHOR BAHRU/ TAMPOI/ SKUDAI/ BANDAR BARU UDA PENGHANTARAN KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK ...

Bagaimana saya bermula dengan Shaklee?

Bagaimana saya bermula dengan Shaklee. Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Hari ini saya hendak berkongsi tentang bagaimana saya bermula dengan Shaklee , sebelum itu sebenarnya saya tidak tahu kewujudan produk Shaklee. Sehinggalah pada suatu masa saya ingin mencari produk untuk milk booster untuk anak pertama saya. Okay disini saya ingin menceritakan bagaimana saya bermula dengan Shaklee. Pada mulanya seperti saya katakan tadi saya ingin mencari milk booster untuk anak saya dan pada masa itu kebetulan saya bersama rakan sekerja saya dia yang telah memperkenalkan Shaklee kepada saya. Ketika itu rakan sekerja saya makan produk Alfalfa Complex juga dia makan untuk dapatkan  milk booster.  Setelah itu,  dia telah memberi saya sample produk tersebut untuk saya cuba. Alhamdulillah ia sangat mengujakan dan ianya berhasil walaupun ia hanya basic produk sahaja. Inilah produk pertama yang saya cuba Apabila produk mendatangkan kesan dan juga berhasil maka saya terus untuk menda...