Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Syarat Wajib Zakat
Kadang-kadang kala kita lupa dan alpa tentang zakat yang wajib kita keluarkan. Zakat merupakan salah satu  daripada 5 rukun Islam. Sekiranya anda menjalankan perniagaan anda perlu membayar zakar perniagaan dan zakat ini mempunyai rukun dan syarat yang perlu diketahui oleh para peniaga.
Syarat wajib zakat perniagaan ialah:
- Islam
 - Hak milik yang sempurna terhadap harta yang nak dizakatkan
 - Niat menjalankan perniagaan terhadap harta yang hendak dizakatkan
 - Cukup nisbah, iaitu kadar minimum dizakatkan. Nilainya menyamai 20 mithqal emas, bersamaan 85gm
 - Cukup hawl, iaitu genap setahun perniagaan mengikut bulan Islam (qamariyyah) iaitu 354 hari
 - Harta tersebut ialah harta yang halal
 - Harta tersebut ialah harta produktif, iaitu harta yang boleh menjana pendapatan
 - Sumber harta perniagaan adalah melalui cara pembelian atau pertukaran aset. Oleh itu, harta perniagaan yang diperoleh secara derma tidak dikenakan zakat tahun pertama tetapi dikenakan zakat pada tahun berikutnya.
 
Comments