Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: 10 TANDA DIFTERIA

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Johor Bahru: 10 Tanda Difteria. 

Pastikan Anak Anda Dibawa Ke Klinik Dengan Segera!

Wabak-difteria-diphtheria-b tengah heboh diperkatakan tentang Difteria di negara kita kan? Kami kongsikan serba sedikit fakta yang ibu-ibu wajib tahu tentang Difteria.

Difteria berpunca dari serangan sejenis bakteria. Ia biasanya tersebar melalui selsema dan batuk si pembawa. Lebih bahaya, pembawa biasanya tak mempunyai apa-apa simptom.

Serangan Difteria akan bermula pada salur pernafasan terutamanya hidung dan tekak. Pesakit yang dijangkiti akan menghasilkan sejenis toksin yang kemudiannya akan menyebabkan kegagalan fungsi organ lain termasuk hati, jantung, malah otak!

3 faktor risiko yang menyebabkan jangkitan Difteria adalah tahap kebersihan yang kurang memuaskan, tempat yang sesak dan tidak mengambil imunisasi yang lengkap.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah dijangkiti khasnya anak-anak yang dihantar ke pengasuh atau taska.

Simptom Difteria biasanya dapat dilihat dalam tempoh 1-7 hari selepas dijangkiti. Pastikan anak anda segera dibawa ke klinik jika mempunyai salah satu tanda-tanda ini:

    *Demam
    *Sakit tekak
    *Sukar menelan makanan
    *Batuk
    *Air liur meleleh
    *Kulit pucat dan kebiruan
    *Hidung berdarah
    *Selsema
    *Sesak nafas
    *Ruam kulit

Difteria boleh dielakkan dengan pengambilan vaksin. Malangnya, vaksin tersebut luput selepas 10tahun. Jika keluarga anda dijangkiti Difteria, anda juga patut mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan dos tambahan.

Jika anak anda tidak mengambil imunisasi ketika usia 2, 3 dan 5 bulan, sebaiknya elakkan membawa mereka ke tempat-tempat awam. Mereka mungkin dijangkiti.

Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik

Perbezaan Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik Apakah Vitamin ? Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita . Setakat ini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik ini, di mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dan dinamakan mengikut abjad. Apabila struktur kimianya telah dikenalpasti, vitamin-vitamin ini kemudian diberi nama seperti Vitamin A – retinal dan Vitamin C – asid askorbik. Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama  adalah vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari. Kumpulan yang kedua  adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka...

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE

Testimoni Vivix Shaklee Untuk mendapatkan kesihatan yang baik kita perlulah membuat pelaburan yang bijak. Sebelum kita mendapat penyakit yang tak diundang persediaan perlu, orang kata sediakan payung sebelum hujan. Begitulah kesihatan.  Apa yang saya ingin kongsikan di sini,  kesihatan yang baik adalah bermula dengan sel yang sel. Ketika badan anda melalui pembahagian sel untuk pertumbuhan dan penyembuhan, sel-sel yang sihat menghasilkan sel-sel yang sihat. Untuk kekalkan kesihatan sel yang sihat kita perlulah menyuburkannya dengan nutrien yang sesuai untuk kehidupan dengan lebih bertenaga! Nak tak produk apa yang boleh sampai kepada sel dalam tubuh badan kita? Produk itu adalah Vivix. Vivix ini hasilnya adalah daripada 4 bahan utama yang menjadikan produk ini produk yang premium dan berkualiti tinggi dan 4 bahan utama inilah menjadi produk ini lain dari produk lain dan ia tidak boleh ditiru dan ia telah dipatternkan. Terdapat 4 bahan utama dalam Vivix: 1) Grapes Muscadine Ang...