Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BSHRU: TIPS DIET! MITOS VS FAKTA

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Johor Bahru: Tips Diet! Mitos Vs Fakta

Program diet yang sering kita amalkan ada kala langsung tidak menunjukkan sebarang kesan biarpun telah lama diamalkan. Ramai yang bersungut apabila gagal untuk mencapai berat ideal biarpun telah mencuba pelbagai tip diet. Jesteru, cuba  renungkan kembali program diet anda. Adakah ia fakta yang diperakui atau hanya sebagai mitos.

1.Mitos: Makanan bebas lemak bererti makanan bebas kalori

  • Fakta: Kebanyakkan makanan tanpa lemak masih mengandungi kalori dengan jumlah yang sama atau lebih banyak dari makanan biasa. Kita kebiasaannya tidak menyedari bahawa makanan yang dilabelkan sebagai bebas lemak seperti biskut, kuih dan sebagainya mungkin masih mengandungi banyak kalori. Puncanya bukan daripada lemak sebaliknya daripada protein dan karbohidrat. Malahan dalam sesetengah makanan rendah lemak atau tanpa lemak masih mengandungi gula dan bahan perasa yang ditambah untuk meningkatkan rasa,
2.Mitos: Salad adalah makanan yang tidak menggemukkan
  • Fakta: Mungkin ada benarnya jika salad itu tidak dicampurkan bersama penambah rasa. Namun apabila salad dicampurkan bersama mayones, thousand island dan sebagainya secara berlebihan, maka salad tersebut akan membekalkan kalori dan lemak yang lebih tinggi berbanding steak dan kentang. Mayones, potongan daging dan sos biasanya kaya dengan lemak. Secara tidak langsung ia akan menambahkan kalori dan lemak tubuh.
3.Mitos: Kurangkan kanji berlemak untuk turunkan berat badan
  • Fakta: Makanan yang mengandungi kanji tinggi seperti roti, nasi pasta, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kentang mengandungi lemak dan kalori yang rendah. Makanan ini hanya akan menambahkan lemak yang tinggi jika diambil secara berlebihan dan dicampurkan bersama makanan lain seperti mentega, krim dam mayones. Makanan yang mengandungi kanji tinggi (karbohidrat kompleks) adalah sumber tenaga uang penting dalam tubuh.
4.Mitos: Melewatkan masa makan membantu menurunkan berat badan

  • Fakta: Kajian menunjukkan bahawa individu yang melewatkan sarapan atau makan malam yang lain cenderung untuk menambahkan berat badan lebih berbanding individu yang mengambil sarapan dan makan tiga kali sehari. Ini kerana jika kita melewati waktu malam sebenar, tingkat metabolisme akan menurun dan menyebabkan kita menjadi sangat lapar. Akhirnya kita akan makan lebih banyak dari biasa.
5.Mitos: Makan malam hari menambahkan lemak

  • Fakta: Tidak ada hubungan intrinsik antara kalori dan jam tubuh di mana selepas waktu tertentu tubuh akan menyimpan lemak. Tidak kira siang atau malam, jika anda mengambil makanan secara berlebihan dan tidak bertepatan dengan jumlah tenaga yang anda perlukan maka ia akan tersimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Biarpun kita tidak digalakkan mengambil makanan berat pada waktu malam, namun kita disarankan agar tetap mengambil sedikit makaman bagi mengisi perut.

6.Mitos: Kafien tidak sihat

  • Fakta: Hasil kajian terkini menunjukkan  bahawa pengambilan kafien yang sederhana memberi kesan baik kepada kesihatan. Ia mampu mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti diebetes, batu karang hempedu, parkinson dan penyakit hati. Pengambilan kafien juga membolehkan otak berfungsi lebih baik dan membantu kita fokus dalan pembelajaran. Namun, jika anda mengalami masalah sukar tidur, maka kurangkan pengambilan kafien.

7.Mitos: Makanan segera tidak sihat dan elakkan ketika berdiet

  • Fakta: Makan segera boleh menjadi sebahagian program untuk menurunkan berat badan jika diambil secara betul. Caranya, elakkan makan terlalu banyak atau dalam saiz yang besar. Anda boleh berkongsi bersama rakan atau minum air putih atau susu tanpa lemak untuk menggantikan minuman berkarbonat. Pilih salad, ayam panggang, sandwic atau burger kecil. Kurangkan kuantiti pengambilan ayam goreng atau nasi goreng. Begitu juga dengan pasta, mayones dan keju.

7.Mitos: Karbohidrat menambahkan berat badan

  • Fakta: Karbohidrat merupakan makanan paling penting dalam diet anda untuk kesihatan jangka panjang. Karbohidrat tidak akan menyebabkan penambahan berat badan kecuali diambil secara berlebihan. Individu yang menjadikan diet tinggi karbohidrat dan rendah lemak disamping menjaga kalori yang masuk kedalam tubuh, dikatakan cukup berpotensi menurunkan berat badannya.

Mengapa mesti memilih SHAKLEE

✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik
✔ Halal

Saya doakan kesihatan anda bertambah lebih baik, kita berusaha merawat Allah jualah yang menyembuhkan.




  KELEBIHAN JIKA ANDA MENJADI AHLI

   



COD JOHOR BAHRU/ TAMPOI/ SKUDAI/ BANDAR BARU UDA/TAMAN GEMBIRA/DAMANSARA ALIFF/TAMAN DAHLIA/TAMAN CEMPAKA/ SKUDAI KANAN/ SKUDAI KIRI, TAMAN CENDANA PASIR GUDANG, PASIR GUDANG, MASAI, POLITEKNIK PASIR GUDANG
PENGHANTARAN POS KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK, BRUNEI

~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~
♡♡Noor Ain Osman
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 1043431]
♡♡ Contact No : 012-7646324
♡♡ Email : aieenosman@yahoo.com
♡♡Blog:www.momstoreretail.blogspot.com








Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik

Perbezaan Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik Apakah Vitamin ? Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita . Setakat ini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik ini, di mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dan dinamakan mengikut abjad. Apabila struktur kimianya telah dikenalpasti, vitamin-vitamin ini kemudian diberi nama seperti Vitamin A – retinal dan Vitamin C – asid askorbik. Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama  adalah vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari. Kumpulan yang kedua  adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka...

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: SET ASAS BERSALIN

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Johor Bahru: Anda yang baru bersalin dan tercari-cari untuk produk berpantang. Saya syorkn anda mengambil Set Asas Bersalin Shaklee. Set Asas Bersalin ini memberi anda tenaga dan penyembuhan luka bersalin secara optima. Ia selamat kepada anda dan bayi. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda menghadapi masalah seperti bayi jaundis atau ada G6PD. Set ini membantu anda dalam proses berpantang. TESTIMONI DAFTAR SEKARANG   KELEBIHAN JIKA ANDA MENJADI AHLI         KLIK DI SINI COD JOHOR BAHRU/ TAMPOI/ SKUDAI/ BANDAR BARU UDA PENGHANTARAN KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK ...

Bagaimana saya bermula dengan Shaklee?

Bagaimana saya bermula dengan Shaklee. Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Hari ini saya hendak berkongsi tentang bagaimana saya bermula dengan Shaklee , sebelum itu sebenarnya saya tidak tahu kewujudan produk Shaklee. Sehinggalah pada suatu masa saya ingin mencari produk untuk milk booster untuk anak pertama saya. Okay disini saya ingin menceritakan bagaimana saya bermula dengan Shaklee. Pada mulanya seperti saya katakan tadi saya ingin mencari milk booster untuk anak saya dan pada masa itu kebetulan saya bersama rakan sekerja saya dia yang telah memperkenalkan Shaklee kepada saya. Ketika itu rakan sekerja saya makan produk Alfalfa Complex juga dia makan untuk dapatkan  milk booster.  Setelah itu,  dia telah memberi saya sample produk tersebut untuk saya cuba. Alhamdulillah ia sangat mengujakan dan ianya berhasil walaupun ia hanya basic produk sahaja. Inilah produk pertama yang saya cuba Apabila produk mendatangkan kesan dan juga berhasil maka saya terus untuk menda...