Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: RAHSIA SURAH AL WAQIAH

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Johor Bahru: Rahsia Surah Al Waaqiah

Adakah kita mengamalkan Surah Al-Waaqiah dalam kehidupan harian kita? Tahukah anda jika anda membaca surah ini anda tidak akan fakir untuk selama-lamanya. 

Surah Al-Waaqiah ini merupakan Surah yang ke 56 di dalam Al-Quran, tidak asing lagi pada umat Islam terutama kerana fadhilat dan faedahnya mudah mendapat rezeki serta kekayaan di samping lain-lain faedah lagi bagi yang mengamalkan membacanya.

Sural Al-Waaqiah (yang bererti Hari Kiamat) menolak anggapan kaum kafir musyrik yang meragui akan berlakunya Hari Kiamat. Apabila tiba waktunya nanti, sesiapa pun tidak dapat mendustakannya lagi. Semua manusia akan menerima pembalasan terhadap apa yang dilakukannya semasa hidup di dunia.

Terdapat beberapa Hadis Rasulluah SAW tentang fadhilat dan faedahnya bagi sesiapa yang mengamalkan membaca Surah Al-Waaqiah ini. Diantaranya yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi bermaksud:

Sesiapa yang membaca Surah Al Waaqiah pada tiap-tiap malam akan terjauhlah ia dari kepapaan selama-lamanya.

Hadis yang serupa maksudnya diriwayatkan juga At-Tirmizi.

Daripada Ibnu Abbas r.a beliau berkata, Abu Bakar Al-Siddiq r.a berkata: Wahai Rasullullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua) kerana Surah-surah Hud, Al -Waaqiah, Al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza-Syamsul-Kuwwirat."

Selain daripada itu fadhilat amalan membaca Surah Al-Waaqiah:-

1) Sesiapa yang mengamalkan membaca sebagai wirid selepas tiap kali solat Asar sebanyak 14 kali, insyaAllah akan mudah mendapat rezeki.

2) Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit insyaAllah akan ringan sakitnya.

3) Jika dibacakan di hadapan orang yang sedang nazak, insyaAllah akan memudahkan sakaratulmautnya.

4) Jika dibacakan untuk ahli kubur, insyaAllah akan meringankan seksa kuburnya.

p/s: Amalkanlah membaca Surah Al Waaqiah ini sebagaimana maksud di atas, semoga kita akan turut menikmati fadhilat dan faedahnya.


Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik

Perbezaan Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik Apakah Vitamin ? Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita . Setakat ini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik ini, di mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dan dinamakan mengikut abjad. Apabila struktur kimianya telah dikenalpasti, vitamin-vitamin ini kemudian diberi nama seperti Vitamin A – retinal dan Vitamin C – asid askorbik. Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama  adalah vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari. Kumpulan yang kedua  adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: MATA KEMBALI TERANG SETELAH AMALKAN CARATOMAX

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Mata Kembali Terang Setelah Amalkan Caratomax Siapa ada masalah mata yang kabur, tak terang la, kena pakai spek mata tu cuba lah ambil Caratomax Shaklee. Has tengok Testimoni ini makan Caratomax Mata dah terang dah. Apa Keistimewaan Caratomax Shaklee ini ialah ia membekalkan enam karotenoid penting astaxantin, alfa dan beta karotena,likopena,lutein Dan zeaxanthin daripada ekstrak pekat. Membekalkan lebih 13mg karotenoid dalam setiap hidangan. Ia melebihi 1.5x berbanding anggaran purata pengambilan harian. Caratomax Shaklee dihasilkan dari karatenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina yang berfungsi untuk : ❤️Memelihara kesihatan yang baik ❤️Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu ❤️Membantu dalam memelihara kecantikan kulit dan selaput lendir ❤️Menghalang kanser dan penuaan ❤️Meredakan p...