Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: MASALAH KENAPA SUSU ASYIK MERUNDUM?

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Johor Bahru: Masalah Kenapa Asyik Susu Merundum!

Tahukah kamu apakah punca ibu-ibu yang menyusu bayi mereka stress ketika susu merundum? Ada faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku. 

Mengikut pengalaman saya sendiri. Sekiranya ibu yang menyusu bayi mereka, di awal mengandung lagi dan selepas kelahiran bayi, ibu itu sendiri telah setkan diminda mereka untuk menyusu bayi mereka dengan susu formula. Faktor inilah yang menyebabkan  punca susu merundum.

Bukan itu lagi, bakyak faktor yang menyebabkan susu merundum. Antaranya;-

1) SUPPLY vs DEMAND

Konsep penyusuan "demand dan supply" dimana ibu-ibu gagal memenuhinya. Kebanyakkan ibu-ibu gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui 'direct feed' atau pam. Ini merupakan antara kesilapan para ibu lakukan.

Sebagai contoh, ibu tidak konsisten mengepam atau jarak mengepam tidak pada waktu yang sama mengikut masa. Contohnya, waktu sesi pertama ibu mengepam pukul 9 pagi keesokkannya ibu mengepam pukul 12 tengahari. Ini pernah berlaku kepada saya. Jadi elakkan anda mengepam pada waktu yang jauh.

Ibu digalakkan untuk mengosongkan/pam payudara setiap 2-3 jam sekali bagi menghantar signal pada otak untuk terus hasilkan susu. Kurang rangsangan kuranglah supply. Pam walaupun susu setitik-setitik keluar.

Seterusnya ibu-ibu suka mengepam susu bila breast penuh atau bengkak. Ia mengakibatkan otak memberi signal bahawa tidak memerlukan susu yang banyak. Ini akan menyebabkan susu mudah untuk merundum.

Ibu-ibu digalakkan mengepam pada waktu bersesuaian masa dengan ibu. Janji pada waktu yang tepat tanpa skip masa. Walaupun breast ketika itu lembik seakan tiada susu. Ibu wajib mengepam!

Rata-rata ibi suka pam bila susu keluar dan berhenti apabila susu mengalir. Konsep ini adalah salah dan walaupun susu dah stop mengalot teruskan pam kerana dihujung sesi pam ibu mrngalami 'let down' sekali lagi.

2) STRESS

Dari segi penyusuan, STRESS adalah "musuh ketat" yang boleh menganggu penghasilan susu. Ibu menyusu harus elakkan stress supaya susu dapat keluar.

Tahukah anda penyusuan susu ibu berkait rapat dengan 2 hormon iaitu hormon oksitosin (merangsang susu keluar) atau ia juga dipanggil hormon gembira, dan hormon prolaktin (menghasilkan susu).

Tips untuk sebelum anda memerah susu, di mana anda perlu tenangkan diri dan ambil masa dalam 5 minit untuk rehatkan minda dan bayangka si comel anda. Ibu juga digalakkan  melihat photo anak atau video semasa pengepam. Minum segelas air suam dan sambil itu boleh berzikir bagi yang beragama Islam.


3) TEKNIK PENYUSUAN SALAH

Teknik penyusuan yang salah menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan.
Posisi penyusuan yang betul sangat penting bagi anak dan ibu semasa waktu penyusuan berlangsung.


4) PONTENG SESI MENGEPAM

Saya pernah mengalami dahulu ketika saya bekerja, saya kerap ponteng sesi mengepam. Punca ponteng sesi mengepam inilah boleh menyebabkan susu merundum. Ibu perlu mengikut jadul mengepam supaya penghasilan susu dapat terus dihasilkan dengan baik dan susu tidak menyusut.


5) TIDAK CUKUP REHAT

Badan yang penat juga boleh menyebabkan susu merundum
dan ibu perlu rehat secukupnya. Ketika anak tidur, ibu boleh curi untuk tidur supaya ibu tidak kelihatan penat.


6) MASALAH HORMON DAN KESIHATAN

Jika anda ada masalah kesihatan perlu meminta nasihat doktor sama ada untuk meneruskan penyusuan atau tidak. Ada sesetengah ubat dan antibiotik yang diambil boleh mengganggu penghasilan susu dan penyusuan bayi anda.

Selain itu, ketidak seimbangan hormon juga banyak mempengaruhi penghasilan susu.Ada diantara ibu yang datang perion susu menjadi menyusut. Ini kerana situasi ini dimana kalsium di dalam darah berkurangan setiap kali datang bulan.

Pengambilan kalsium yang mudah seperti Ostematrix adalah sangat penting dalam diet harian kita.


7) PENGAMBILAN PIL PERANCANG

Pil perancang boleh memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu menyusu perlukan Vitamin B untuk menghasilkan susu, Tidak semua pil perancang boleh mengakibatkan susu merundum,

Ada beberapa pil perancang yang selamat untuk diambil seperti Noriday. Pil ini tidak menganggu penghasilan susu badan.


8) TEKNIK MENGEPAM SALAH/ PAM TIDAK CEKAP

Kaedah teknik mengepam ibu-ibu perlu mempelajari dengan betul. Jika salah teknik menggunakan pam meyebabkan susu tidak dapat dikosongkan semula.

Ramai ibu mengadu sakit ketika mengepam dan susu yang keluar sedikit sahaja. Punca ialah penggunaan pam yang tidak sesuai. Berlaku kesakitan dan pumping tak optimum dan hasil perahan sedikit.

Semasa saya bekerja, anak pertama saya pakai pam manual. Production susu amat kurang dan saya bekerja keras untuk menyimpan stok. Sekirannya anda mempunyai bajet lebih boleh lah beli pam jenis double pumping. Dengan pam double pumping dapat menghasilan susu dengan rangsangan yang cepat.


9) PEMAKANAN TIDAK SEIMBANG

Pemakanan makanan seimbang perlu dititik beratkan kepada ibu menyusu. Karbohidrat, protein, serat dam garam mineral diperlukan bagi ibu menyusu. Selain itu, kalori yang cukup setiap hari diperlukan ibu menyusu.

Ibu menyusu sangat tidak digalakkan mengambil minuman bergas, berkafien. Ini kerana pengambilan kafien boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu. Air sejuk juga perlu dielakkan. Seeloknya minum air suam. Boleh minum air sejuk. Tetapi sekali sekala tidak mengapa.

CADANGAN SAYA

Pengambilan supplemen juga dapat membuatkan anda bertenaga dan juga membuatkan anda memperbanyakkan susu. Tetapi harus diingat bahawa supplemen bukanlah magic untuk terus memperbanyakkan stok susu.

Shaklee menawarkan Set Menyusu kepada ibu-ibu yang menyusu bayi. Rata-rata ibu di luar sana sangat puas hati dan mendapat feedback yang positif.






Cepat untuk tempahan produk Shaklee hubungi saya segera dan saya sedia memberi konsultasi terbaik.

Mengapa mesti memilih SET SENDI SHAKLEE


 Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
 Terbukti Berkesan
 Terbukti Semulajadi
 Terbukti Selamat
 Harga Mampu Milik

Saya doakan kesihatan anda bertambah lebih baik, kita berusaha merawat Allah jualah yang menyembuhkan.


TESTIMONI





\


DAFTAR SEKARANG

  KELEBIHAN JIKA ANDA MENJADI AHLI

   



COD JOHOR BAHRU/ TAMPOI/ SKUDAI/ BANDAR BARU UDA/TAMAN GEMBIRA/DAMANSARA ALIFF/TAMAN DAHLIA/TAMAN CEMPAKA/ SKUDAI KANAN/ SKUDAI KIRI
PENGHANTARAN POS KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK, BRUNEI






















Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik

Perbezaan Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik Apakah Vitamin ? Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita . Setakat ini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik ini, di mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dan dinamakan mengikut abjad. Apabila struktur kimianya telah dikenalpasti, vitamin-vitamin ini kemudian diberi nama seperti Vitamin A – retinal dan Vitamin C – asid askorbik. Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama  adalah vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari. Kumpulan yang kedua  adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: MATA KEMBALI TERANG SETELAH AMALKAN CARATOMAX

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Mata Kembali Terang Setelah Amalkan Caratomax Siapa ada masalah mata yang kabur, tak terang la, kena pakai spek mata tu cuba lah ambil Caratomax Shaklee. Has tengok Testimoni ini makan Caratomax Mata dah terang dah. Apa Keistimewaan Caratomax Shaklee ini ialah ia membekalkan enam karotenoid penting astaxantin, alfa dan beta karotena,likopena,lutein Dan zeaxanthin daripada ekstrak pekat. Membekalkan lebih 13mg karotenoid dalam setiap hidangan. Ia melebihi 1.5x berbanding anggaran purata pengambilan harian. Caratomax Shaklee dihasilkan dari karatenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina yang berfungsi untuk : ❤️Memelihara kesihatan yang baik ❤️Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu ❤️Membantu dalam memelihara kecantikan kulit dan selaput lendir ❤️Menghalang kanser dan penuaan ❤️Meredakan p...