Skip to main content

G6PD

Apa itu Penyakit G6PD?

Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD di kalangan rakyat Malaysia merupakan satu penyakit bawaan genetik. Ia boleh menyebabkan anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan tertentu. Akibat daripada stress pengoksidaan, sel-sel darah merah akan pecah dan ini menyebabkan anemia berlaku. Proses pemecahan sel-sel darah merah ini dinamakan hemolisis.

Penyakit ini biasanya berlaku kepada kaum lelaki dan dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah kekurangan enzim G6PD.
Pesakit yang mewarisi penyakit ini boleh hidup sebagaimana manusia normal akan tetapi ubat atau makanan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis perlu dielakkan.

Di dalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase ). Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Hemolisis berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik anemia.
Berapa kerapkah berlakunya kes kekurangan enzim G6PD?

Dianggarkan seramai 400 juta manusia seluruh dunia menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD. Keadaan ini selalunya berlaku di bahagian-bahagian tertentu Afrika, Asia dan Mediterranean. 
Kawasan yang biasanya berlaku malaria juga mempunyai kes kekurangan enzim G6PD yang tinggi. 
Di Malaysia pula dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah ini. 

Apakah gen yang bertangggungjawab menyebabkan kekurangan enzim G6PD?
Punca utama kepada berlakunya masalah kekurangan enzim G6PD ialah mutasi di dalam gen G6PD. Gen G6PD mengeluarkan arahan supaya enzim G6PD dibentuk. Enzim ini terlibat dengan normal pemprosesan karbohidrat dan ia juga melindungi sel-sel darah merah daripada molekul berbahaya yang dipanggil molekul oksigen reaktif. Molekul ini merupakan hasil kumuhan sel. Tindak balas kimia yang melibatkan G6PD menghasilkan unsur yang mencegah molekul oksigen reaktif daripada terbina dan terkumpul di dalam sel darah merah sekaligus melindungi sel darah merah daripada pecah.
Sekiranya mutasi di dalam gen G6PD mengurangkan kuantiti enzim G6PD atau menukarkan strukturnya, enzim ini tidak lagi dapat memainkan peranannya sebagai pelindung sel darah merah sekaligus menyebabkan pengumpulan molekul oksigen reaktif yang membawa kerosakan kepada sel darah merah. Faktor seperti jangkitan,sesetengah ubat-ubatan, ataupun memakan kacang parang boleh meningkatkan paras molekul oksigen reaktif dan ini akan menyebabkan sel darah merah dimusnahkan lebih cepat berbanding penghasilannya. Berkurangnya sel darah merah membawa kepada timbulnya simptom dan tanda hemolitik anemia.
Banyak penyelidik percaya yang pembawa-pembawa G6PD mungkin dilindungi daripada penyakit malaria. Ini kerana pada pandangan mereka berkurangnya fungsi enzim G6PD menyebabkan parasit sukar untuk masuk ke dalam sel darah merah.
Bagaimanakah seseorang itu mewarisi kekurangan enzim G6PD?

Masalah kekurangan enzim G6PD ini ditentukan oleh kromosom resesif X. Gen yang dikaitkan dengan masalah kekurangan enzim ini terletak pada kromosom X. Lelaki hanya mempunyai satu kromosom X. Oleh itu, sebarang perubahan secara mutasi pada kromosom X tersebut sudah cukup untuk mewujudkan keadaan kekurangan enzim G6PD. Berlainan pula dengan perempuan yang mempunyai 2 kromosom X, mutasi perlu berlaku pada kedua-dua kromosom untuk mewujudkan keadaan kekurangan enzim G6PD ini. Oleh kerana faktor inilah, kebanyakan pesakit kekurangan enzim G6PD adalah lelaki.
Bagaimana masalah kekurangan G6PD ini dikesan?
Berdasarkan sampel darah yang diambil, pesakit kekurangan enzim G6PD akan menunjukkan kandungan haemoglobin yang kurang dan bilirubin yang tinggi di dalam darah.

Ujian spesifik paras enzim G6PD menunjukkan kandungan enzim yang rendah di dalam darah. Walau bagaimanapun semasa fasa akut, paras enzim di dalam darah mungkin normal atau hampir normal kerana sel yang terbabit semuanya dimusnahkan meninggalkan sel darah merah muda yang mempunyai paras normal enzim G6PD.

Oleh kerana keadaan ini adalah diwarisi daripada ibu yang merupakan pembawa gen tersebut, darah ibu pesakit akan menunjukkan paras enzim G6PD yang rendah daripada normal ataupun sedikit rendah daripada normal. Ini menguatkan lagi diagnosis kekurangan enzim G6PD pesakit.

Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit kekurangan enzim G6PD?

Bagi kebanyakan pesakit yang menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD, hemolitik anemia adalah tidak ketara sehinggalah 48-96 jam selepas pesakit mengambil bahan-bahan yang boleh menyebabkan pengoksidaan seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Selain daripada yang tersebut di atas, jangkitan bakteria atau virus juga boleh menyebabkan hemolitik anemia kepada pesakit kekurangan enzim G6PD ini.

Gejala-gejala hemolisis yang akut termasuklah kepucatan, jaundis,mudah letih, sesak nafas, jantung berdebar-debar dan hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) yang menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku sekiranya pesakit mengalami hemolisis yang teruk.
Jaundis dapat dilihat pada bahagian mata putih pesakit apabila berlakunya hemolisis di dalam pesakit kekurangan enzim G6PD.

Bagi bayi baru lahir, kekurangan enzim G6PD boleh menyebabkan jaundis(kekuningan) yang patologik. Jaundis pada bayi-bayi yang mempunyai tahap bilirubin yang tinggi di dalam darah perlu menjalani transfusi darah.
Walaupun ramai yang mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD ini, tetapi ramai yang tidak pernah menghadapi gejala-gejala atau tanda-tanda seperti di atas.

Apakah ubat-ubatan yang patut dielakkan bagi pesakit kekurangan enzim G6PD?

Anti-malarial : Primaquine dan pamaquine( Chloroquine di bawah pengawasan mungkin digunakan apabila antimalaria diperlukan untuk pencegahan atau rawatan malaria ) 
Sulfonamides : Sulfacetamide, Sulfanilamide, Sulfamethoxazole (e.g. Septra, Bactrim),Sulfasalazine.
Anti-bacterials : Nitrofurantoin, Nalidixic Acid, Dapsone, Mafenide Cream (Sulfamylon). 
Analgesics : Phenacetin, Acetanilid, Phenazopyridine (Pyridium). 
Antihelmintics : ß-Naphthol, Stibophen dan Niridazole.
Miscellaneous 
Vitamin K analogues (1mg phytonadione boleh diberikan kepada bayi) 
Probenecid 
Dimercaprol (BAL) 
Flutamide (Eulexin) 
Methylene Blue 
Tolouidine Blue 
Napthalene ( ubat gegat ) 

Apakah ubat-ubatan yang boleh digunakan oleh pesakit kekurangan enzim G6PD?


1)Kesemua ubat yang “contraindicated” di dalam kes G6PD
2)Mungkin tidak boleh digunakan di dalam kes Kelas 1 G6PD.
Mengikut klasifikasi WHO, G6PD dibahagikan kepada 5 kelas. Kelas 1-3 merupakan keadaan kekurangan enzim.
Kelas 1 : Kekurangan enzim yang teruk (iaitu kurang daripada 10% aktiviti) dengan kronik hemolitik anemia.
Kelas 2 : Kekurangan enzim yang teruk ( iaitu kurang daripada 10% aktiviti) dengan kadang-kadang berlakunya hemolisis.
Kelas 3: Kekurangan enzim yang sedikit ( dengan 10-60 % aktiviti ), hemolisis hanya berlaku apabila wujudnya keadaan stres iaitu ketika jangkitan, ubat-ubatan tertentu dan pengambilan kacang parang.
Kelas 4: Varian tanpa kekurangan enzim, dengan tiadanya symptom atau tanda.
Kelas 5: Aktiviti enzim meningkat dengan tiadanya symptom atau tanda.
Antara ubat-ubatan yang boleh diambil oleh pesakit kekurangan enzim G6PD:
Analgesics 
Acetaminophen ( paracetamol ) 
Aspirin ( boleh diberikan tapi dalam dos yang sederhana sahaja ) 
Auralgan 
Cardiovascular Agents 
Procainamide 
Quinidine 
Neurologic Agents 
Trihexyphenidyl 
Levodopa 
Phenytoin 
Antibiotics 
Chloramphenicol 
Chloroquine 
Isoniazid 
Probenecid 
Proguanil 
Pyrimethamine 
Miscellaneous 
Vitamin C 
Colchicine 
Diphenhydramine 

Seriuskah masalah kekurangan enzim G6PD?
Jika diberi rawatan dan nasihat yang betul, pesakit boleh hidup dengan gaya hidup yang normal. Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang masalah dalam tempoh yang panjang. Walaubagaimanapun apabila episod hemolitik anemia berlaku,ia perlu dirawat dengan rawatan yang sesuai.

Pesakit mengalami masalah kekurangan enzim G6PD, apakah yang patut dilakukan?


Anda dinasihatkan supaya menjauhi makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya,semua jenis kacang atau produk kacang dan gula-gula dan makanan berperisa menthol.
Apabila berjumpa dengan doktor, anda hendaklah memberitahu doctor yang anda mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD supaya doktor tidak mempreskripsikan ubat yang boleh menyebabkan anemia kepada anda.
Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotic dan lain-lain ubat-ubatab tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

Ketidaknormal gen bertanggungjawab terhadap kekurangan enzim ini yang biasanya mensasarkan kromosom X. Disebabkan lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, mereka lebih berpotensi mengalaminya berbanding bayi perempuan yang mempunyai dua kromosom X. Apabila satu mengalami kekurangan enzim, satu lagi normal menjadikan enzim perempuan lebih seimbang. Begitupun, G6PD mempunyai beberapa tahap bergantung kepada peratusan kehilangan enzim terbabit.

Dari segi perubatan, ia bukan penyakit dan semestinya tiada ubat untuk kekurangan enzim ini. Seperti perkara yang membabitkan genetik lain, contohnya warna rambut atau anak mata, G6PD juga tidak akan berubah malah akan dialami seumur hidup. Sementara itu, darjah ketinggian proses hemolisis pula mengikut kadar pendedahan kepada ubat-ubatan tertentu seperti primaquine dan hydroxychloroquine (anti malaria), sulfonamides, ubat gatal dan dapsone. Jika termakan kacang parang pula, ia boleh menyebabkan demam, sakit belakang, pening dan menggeletar selain pneumonia.

Sumber:Penyakit Kekurangan Enzim G6PD. ( G6PD deficiency )

Supplememt Shaklee yang tidak boleh diambil oleh penyakit G6PD:

♡Alfalfa
♡Heblax
♡Vitalea
SAYA PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN SEKITAR JOHOR BAHRU, TAMPOI,     SKUDAI, BANDAR BARU UDA..DAN KAWASAN SEKITAR BERDEKATAN DENGANNYA....JUGA CHINA, INDONESIA, BRUNEI. Nak jadi ahli sangat2 dialu-alukan.

Boleh hubungi saya melalui SMS/WHATSAPP: 012-7646324 @  SMS 019-7640940
email: ainaliffhafiz.gmail.com/aieenosman@yahoo.com 

Perunding Vitamin Anda,
sms/whatsapp : 012-7646324/019-7640940

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan.



Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: RENEWAL MUDAH DENGAN SHAKLEE

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Renewal Mudah Dengan Shaklee Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Biasakan dengar kalau kita register kad untuk membeli belah contoh di sesebuah pasaraya pasti kene renew balik dan kena bayar semula untuk tempoh tertentu. Shaklee macam tu juga tapi lain tau. Dulu Shaklee tak kena renew, sejak tahun 2016-2017 dia mula buat sistem baru untuk keahlian aktif bagi memudahkan Shaklee. Nak tahu tak macam mana renewal mudah dengan Shaklee? Saya sejak join Shaklee, inilah yuran keahlian paling murah, dulu saya join Rm68.90 sekarang Rm35 je. Nak lagi free member beli je 100uv lebih kurang Rm350+ dah   FREE MEMBERSHIP .. best ke best? Apa yang penting anda perlulah Sign Up dahulu sebagai ahli. Macam mana nak daftar sebagai ahli meh sini saya ajar. Follow step kat bawah, mudah je. Boleh daftar ahli di sini: Klik Di sini # Langkah 1 Anda ada 2 pilihan sama ada nak join member dengan bayar RM 35 atau beli produk sama ada dengan apa-apa produk Shaklee berharg

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: TESTIMONI SHAKLEE SAYA IKHTIAR UNTUK ASBAB SEMBUH DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Testimoni Shaklee Saya Ikhtiar Untuk Asbab Sembuh  Dengan Supplemen Shaklee Hari ini saya nak kongsi pengalamann saya testimoni  Shaklee saya ikhtiar untuk sembuh  dengan supplemen Shaklee. Saya nak share kan pengalaman saya suatu ketika dahulu kira-kira 3 tahun lepas saya diuji sakit yang sangat teruk. Dahulunya negara kita tergempar dengan satu penyakit yang merebak dengan begitu cepat  iaitu Covid-19. Bukan Malaysia sahaja yang terkena tempias malah seluruh dunia juga terkena dengan wabak ini. Wabak ini memang menggerunkan kerana kita sudah tidak sebebas dahulu seperti normal. Macam-macam pengalamankan pada zaman itu, orang hilang punca pendapatanlah, ada yang alami sakit Covid-19 lah, dulu ada sekatanlah dibuat oleh kerajaanlah semuanya kalau diingatkan kembali macam tak sangka kita semua akan laluinya. Sekarang kita dah kembali bebas macam dulu, dah boleh rentas sana sini, ke luar negara juga boleh dah. Tapi bebas, bebas juga kita kena berjaga-jaga d

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: TESTIMONI-TESTIMONI SAYA BERSAMA SHAKLEE

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Testimoni-testimoni Saya Bersama Shaklee Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Alhamdulillah tahun nie tahun ke-10 saya bersama Shaklee dan makan produk Shaklee. Sebelum saya cerita testimoni-testimoni saya bersama Shaklee ini, saya nak cerita bagaimana saya boleh terjebak dengan makan Shaklee ini. Pada mulanya saya ingin mencari produk milk booster untuk anak pertama saya, macam-macam produk saya cuba, dipendekkan cerita kawan office saya syorkan saya untuk mencuba Alfalfa kebetulan dia pun makan Alfalfa Complex. Kemudian dia kasi saya cuba produk itu, saya ambil dan cuba. Alhamdulillah hasil susu jadi banyak juga walaupun hanya Alfalfa Complex je saya makan ketika itu. Selepas itu, saya mengambil keputusan untuk register terus menjadi ahli Shaklee dan terus beli Alfalfa Complex dengan harga yang murah dengan harga ahli. Itulah testimoni  pertama saya bersama Shaklee. Alfalfa Complex juga bukan untuk milk booster sahaja banyak manfaat lain Alfalfa