Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: PUNCA RESDUNG TIADA KAITAN DENGAN ULAT

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera


Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Punca Resdung Tiada Kaitan Dengan Ulat Resdung


Percaya atau tidak, segelintir daripada masyarakat Malaysia percaya kewujudan ulat resdung yang dikatakan menjadi punca penyakit resdung. Mereka percaya ulat resdung itu bukan mitos dan ulat resdung itu adalah sejenis parasit yang tinggal dalam rongga hidung seseorang. Sekaligus dikatakan menjadi punca seseorang itu berasa gatal-gatal , tak selesa dan hidung selalu tersumbat dan dipenuhi hingus. Hakikatnya, ulat resdung ini tidak wujud dan hanyalah mitos semata-mata. Mesti ada antara kita pernah melihat video di Youtube yang menunjukkan kewujudan ulat resdung yang dikeluarkan daripada hidung semasa merawat penyakit resdung. Dari mana datangnya ulat resdung ini jika dakwaan ini adalah mitos semata-mata?

Punca Sebenar Resdung

Sebenarnya, ulat resdung ini memang tidak wujud dan daripada mana datangnya ketika rawatan itu juga tidak diketahui. Jika kita memahami dengan betul bagaimanakah punca penyakit resdung ini terjadi maka kita akan faham kenapa ulat resdung itu hanyalah mitos semata-mata kerana daripada kajian-kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan, ulat resdung ini tidak pernah wujud. Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan dalam bidang perubatan moden ‘ulat resdung’ tidak pernah dibuktikan kewujudannya. Ini kerana resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Tambahan pula, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. Gerak kerja seperti menyelam ataupun berenang juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada risiko penyakit resdung



resdung Punca Resdung Tiada Kaitan Dengan Ulat Resdung

Implikasi Dan Rawatan Yang Disyorkan

Andainya jangkitan ini dibiarkan terus berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak. Antara simptom-simptom adalah hidung tersumbat, hingus, deria bau bermasalah, sakit kepala, bau busuk dalam hidung, demam dan muka rasa sakit. Pesakit mungkin mengalami kesan sampingan seperti jangkitan kuman atau nanah merebak ke bahagian tekak, paru-paru, tulang muka dan juga dalam rongga mata yang boleh menyebabkan kecacatan pada deria penglihatan jika lambat menerima rawatan.
Antara komplikasi:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.
Jika anda ada simptom-simptom seperti yang dinyatakan ini, jangan berlengah untuk mencuba rawatan alternatif semula jadi. Anda boleh mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah.




Anda boleh klik Set Resdung Shaklee untuk menggali maklumat lengkap tentang set resdung Shaklee ini atau boleh menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi dan harga istimewa.


Mengapa mesti memilih Shaklee

✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
 Terbukti Berkesan
 Terbukti Semulajadi
 Terbukti Selamat
 Harga Mampu Milik
 Halal

Saya doakan kesihatan anda bertambah lebih baik, kita berusaha merawat Allah jualah yang menyembuhkan.



  KELEBIHAN JIKA ANDA MENJADI AHLI

   




COD JOHOR BAHRU/ TAMPOI/ SKUDAI/ BANDAR BARU UDA/TAMAN GEMBIRA/DAMANSARA ALIFF/TAMAN DAHLIA/TAMAN CEMPAKA/ SKUDAI KANAN/ SKUDAI KIRI, TAMAN CENDANA PASIR GUDANG, TAMAN MAWAR PASIR GUDANG, TAMAN AIR BIRU PASIR GUDANG,NUSA DAMAI, TAMAN BUKIT DAHLIA PASIR GUDANG, TAMAN CAHAYA MASAI, KOTA MASAI,  MASAI, KONG KONG, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN PASIR GUDANG, BANDAR LAYANGKASA
PENGHANTARAN POS KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK, BRUNEI

~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~
♡♡Noor Ain Osman
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 1043431]
♡♡ Contact No : 012-7646324
♡♡ Email : aieenosman@yahoo.com
♡♡ IG: AIEENHAFIZ
♡♡Facebook: Noor Ain
Blog:www.momstoreretail.blogspot.com
















Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

PROMO VITAMIN C OKTOBER 2025

 Promo Vitamin C Oktober 2025 Promo Vitamin C kembali lagi, siapa yang pernah grab dan pernah cuba Vitamin C nie pasti repeate lagi kerana kesan dia sangat-sangat best .  Bulan ini banyak penjimatan untuk vitamin C nie kalau beli set Promo .  Apa yang Shaklee bagi Promo Oktober bagi Vitamin C ini Buy 6 Free 1 dan Buy 2 @ 5% Off .   Nak tahu tak kenapa pentingnya pengambilan Vitamin C setiap hari? Apa yang anda perlu tahu, vitamin C ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita sendiri . Disebabkan itulah kita perlukan mengambil Vitamin C setiap hari . Selain itu, pengambilan Vitamin C juga dapat membantu meningkatkan ketahan tubuh badan kita daripada meawan penyakit malah ia membekalkan juga antioksidan yang juga dapat membantu mengurangkan risiko kerosakkan sel-sel badan akibat daripada rembesan radikal bebas di dalam tubuh badan kita . Antara radikal bebas yang berada di sekitar kita seperti: Sinaran matahari Radiasi Ozon Asap rokok Asap kenderaan Pencemaran udar...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG; YOUTH TM PURIFYING CLAY MASK

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang : Youth TM   Purifying Clay Mask Tercari mask untuk kulit berminyak/mudah berjerawat boleh cuba  Youth TM   Purifying Clay Mask. Youth TM   Purifying Clay Mask ini berfungsi  menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Ia dirumus oleh bahan semulajadi, diformulasikan ia menyerap dan menyinkirkan pencemaran, kekotoran dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering. Youth TM   Purifying Clay Mask menggunakan bahan-bahan utama seperti campuran tiga jenis tanah list yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan Abu hujung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik. Boleh juga dipakai bersama dengan   Youth TM   Hydrating Gel Mask . Dapatkan yang terbaik daripada keduanya. Gunakan  Purifying Clay Mask pada zon-T dan  Hydrating Gel Mask pada bah...