Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Kaedah Intermittent Fasting
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Masalah obesiti di negara kita tidak asing lagi diperkatakan bukan sahaja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga turut mengalami obesiti yang sering dirisaukan adalah orang dewasa pelbagai kaedah yang mereka cari untuk menurunkan berat badan dan mereka juga tidak terlepas dengan kaedah intermittent fasting.
Intermittent fasting menjadi bualan sama ada di media sosial, diakhbar atau majalah pasti ada sahaja tentang topik berkaitan intermittent fasting. Ramai juga yang ingin mencuba kaedah intermittent fasting ini.
Sebelum kita masuk topik ini, kita definisikan apakah itu intermittent fasting?Intermittent fasting adalah singkatan IF yang memberi maksud diet cara seseorang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan juga waktu berpuasa secara sistematik. Ia juga adalah cara diet melarang makan pada waktu-waktu tertentu.
Pernah juga viral tentang selebriti yang mengamalkan intermittent fasting dan ada juga yang ingin mengikut cara beliau. Sebenarnya intermittent fasting ini juga mengikut daya tahan tubuh badan seseorang untuk melakukannya. Ia adalah berbeza dengan berpuasa kita dilatih untuk tidak makan dan minum berjam-jam tetapi intermittent fasting kita boleh saja untuk minum hanya air kosong sahaja.
Ia adalah berbeza dengan diet yang biasa kita pernah lakukan ada yang mengira kalori, pengambilan gula juga dielakkan dalam dalam diet ini untuk mendapatkan berat badan yang ideal berbeza dengan intermittent fasting.
Kebiasaannya yang ingin kelihatan kurus dan cantik adalah wanita, itu adalah lumrah wanita ingin kelihatan kurus. Mereka akan mencari apakah kaedah untuk mereka kurus dan juga mereka tidak terlepas dengan kaedah intermittent fasting.
Terdapat berapa kaedah anda boleh lakukan intermittent fasting ini adalah mengikut jadual yang anda telah tentukan bila hendak makan dan bila hendak berpuasa. Kebiasaannya mereka yang mengamalkan intermittent fasting ini melakukan dengan kaedah seperti ini:
1) 16 jam puasa dan 8 jam makan
2) 20 jam puasa dan 4 jam makan
Sebagai penerangannya jika anda mengamalkan intermittent fasting selama 16 jam berpuasa dan 8 jam untuk makan ini bermakna anda perlu ambil sarapan pagi pukul 1 pm dan juga makan malam pada pukul 8 pm setiap hari. Tempoh 8 jam ini adalah untuk anda makan/berbuka.
Setiap hari selepas pukul 8 pm sehingga 1 pm keesokkannya anda tidak boleh mengambil sebarang kalori dan hanya boleh mengambil air kosong.
Selain itu, ada juga kaedah lain intermittent fasting sekiranya anda tidak mampu untuk lakukan seperti kaedah diatas bagi orang baru ingin berjinak-jinak nak buat kaedah intermittent fasting secara berperingkat anda boleh buat 12 jam dahulu sebagai contoh untuk makan malam anda adalah last pada pukul 6.30 petang dan esok sarapan adalah pukul 6.30 pagi. Sekiranya okay anda boleh buat 14 jam iaitu 6.30 petang untuk makan malam dan sarapan pada pukul 8.30 pagi begitulah seterusnya.
Melalui kaedah intermittent fasting ini anda makan pada waktu tertentu sahaja selain daripada waktu itu anda berpuasa dan dengan kaedah ini anda dapat mengurangkan kekerapan anda untuk makan dan ia dapat membantu tubuh badan anda membakar lemak dengan lebih cepat.
Intermittent fasting ini boleh dilakukan sekiranya mereka tidak mempunyai sebarang penyakit juga mempunyai badan yang sihat ia adalah selamat untuk di amalkan. Sekiranya penghidap diabetes dan darah tinggi boleh dapatkan nasihat daripada doktor bagi penerangan jadual pengambilan ubat dan dos terutamanya jika anda ada ambil insulin. Golongan kanak-kanak,ibu mengandung juga menyusu tidak boleh melakukan intermittent fasting.
Anda juga boleh je cuba kaedah plan hidangan 12:12 Shaklee seperti dibawah:
Dengan pengambilan supplemen juga semasa intermittent fasting membantu tubuh anda sihat dan bertenaga.
Antara supplemen yang dapat membantu anda semasa intermittent fasting:
Untuk membantu intermittent fasting anda berkesan anda juga perlu melakukan senaman atau aktiviti fizikal.
Antara testimoni dengan Hello New You:
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#OsteNutrixShaklee
#blogmegashaklee
#pengedarshakleepasirgudang
Untuk yang ingin mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Pasir Gudang, Masai dan pos seluruh Malaysia. Boleh hubungi saya seperti di bawah:
Comments