Perbezaan Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik               Apakah Vitamin ?     Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita . Setakat ini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik ini, di mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dan dinamakan mengikut abjad. Apabila struktur kimianya telah dikenalpasti, vitamin-vitamin ini kemudian diberi nama seperti Vitamin A – retinal dan Vitamin C – asid askorbik.     Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada dua kumpulan.     Kumpulan yang pertama  adalah vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C.     Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari.     Kumpulan yang kedua  adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka...