Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Keluarga Harmoni Memperkuatkan Sistem Imun
Dalam konteks komunikasi keluarga, sebarang tekanan akibat perselisihan antara ahli keluarga dapat menjadi punca tekanan yang kuat. Namun apa yang menarik adalah, dalam hubungan intim pasangan.
Hubungan seksual melibatkan pelbagai faktor seperti hormon, saraf dan psikologi. Pemerhatian menunjukkan, ketika wanita mencapai kepuasan orgasma dalam hubungan seksual, kadar oksitosin dalam darahnya juga meningkat.
Oksitosin menjalankan beberapa fungsi biologi. Antaranya membantu kontraksi otot rahim ketika bersalin dan menimbulkan sensasi kasih sayang yang tulus pada otak manusia. Tingginya kadar oksitosin yang melekat pada reseptor-reseptor rantaian saraf dapat menimbulkan perasaan bahagia, yang disertai dengan kehangatan dan kelembutan.
Selepas itu, muncul pula ketenagan dan kedamaian yang mengurangkan kecemasan dalam otak. Tanpa rasa cemas dan ketakutan yang berlebihan, sistem imun dapat bekerja dengan lebih baik. Tidak hairan apabila terdapat pasangan suami isteri yang berjaya memadu cinta dengan mementingkan sifat bertolak ansur dan saling menyayangi, memiliki fizikal yang sentiasa segara dan sihat.
Comments