Showing posts with label Jalan Datuk Keramat. Show all posts
Showing posts with label Jalan Datuk Keramat. Show all posts

Friday, 15 September 2017

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: TAKZIAH KEPADA KELUARGA TAHFIZ DARUL ITTIFAQIYAH, JALAN DATUK KERAMAT

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Takziah Kepada Keluarga Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Datuk Keramat

Berita mengejutkan semalam kebakaran di pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Datuk Keramat memang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Berita ini sangat-sangat terkesan kepada saya kerana hilangnya para solihin yang memperjuangkan agama Allah dan syahid di jalan Allah. Subanallah, Maha Suci Allah.

Kematian pada diri seseorang memang tidak dapat dielakkan lagi kerana setiap orang pasti akan mati dan kembali kepada Sang Pencipta.

Anak-anak Tahfiz ini adalah merupakan kanak-kanak yang sangat-sangat beruntung kerana telah dijanjikan syurga untuknya. Alangkah berbahagia dan bergembira mereka di taman-taman syurga Allah S.W.T.

Kepada ibu bapa kepada pelajar Tahfiz berkenaan, saya mengucapkan takziah di atas apa yang berlaku ini adalah ketentuan yang Maha Esa kerana Dia lebih mengetahui setiap kejadian yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.

Ibu-ibu bapa di luar sana janganlah risau atau takut untuk menghantar anak untuk memasuki sekolah tahfiz, kerana mereka adalah saham kita di akhirat nanti. Kenapa kita perlu takut akan kematian kerana setiap orang pasti akan mati. Dengan kes yang berlaku ini ibu bapa janganlah risau untuk memasukkan anak ke pusat-pusat Tahfiz di seluruh Malaysia. Untuk memastikan hantarlah anak ke pusat Tahfiz yang berdaftar dan mendapat kelulusan daripada bomba dari segi ciri keselamatan bangunan dan semua ini amat penting untuk masa depan anak-anak mereka jika ada sebarang kemungkinan akan berlaku.

Bukalah minda ibu bapa kerana menghantar anak-anak ke Pusat Tahfiz adalah melahirkan anak-anak yang soleh lagi berilmu dari segi agama kerana mereka dapat membantu menyebarkan agama untuk seluruh umat manusia. Moga Allah pelihara anak-anak Tahfiz ini dalam urusan dunia dan akhirat.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: ATASI SAKIT SENDI & LUTUT DENGAN SUPPLEMEN

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Atasi Sakit Sendi & Lutut Dengan Supplemen Sakit sendi dan...