Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kencing kotor

Kencing Kotor

ATASI KENCING KOTOR Baru2 ini seorang rakan saya telah mengalami sakit pinggang dan kencing yang tidak lawas. Setelah mendengar rungutannya,saya mendapati bahawa kemungkinan besar dia mengalami masalah kencing kotor atau UTI. Saya telah mencadangkan kepadanya untuk membuat pemeriksaan atau berjumpa doktor. Pada mulanya dia agak berdegil kerana katanya dia minum air dalam kuantiti yang banyak.Tapi awas..kencing kotor ni tidak semestinya berpunca daripada cara pengambilan air semata-mata. Ada banyak punca dan penyebab yang lain.Kerana itu,sila dapatkan rawatan jika anda rasa tidak sihat. “Jangan tahan kencing dan jaga kebersihan alat sulit bagi mengelak terkena jangkitan akibat bakteria,” Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.