Showing posts with label 10 Tanda Difteria.. Show all posts
Showing posts with label 10 Tanda Difteria.. Show all posts

Saturday, 30 July 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: 10 TANDA DIFTERIA

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Johor Bahru: 10 Tanda Difteria. 

Pastikan Anak Anda Dibawa Ke Klinik Dengan Segera!

Wabak-difteria-diphtheria-b tengah heboh diperkatakan tentang Difteria di negara kita kan? Kami kongsikan serba sedikit fakta yang ibu-ibu wajib tahu tentang Difteria.

Difteria berpunca dari serangan sejenis bakteria. Ia biasanya tersebar melalui selsema dan batuk si pembawa. Lebih bahaya, pembawa biasanya tak mempunyai apa-apa simptom.

Serangan Difteria akan bermula pada salur pernafasan terutamanya hidung dan tekak. Pesakit yang dijangkiti akan menghasilkan sejenis toksin yang kemudiannya akan menyebabkan kegagalan fungsi organ lain termasuk hati, jantung, malah otak!

3 faktor risiko yang menyebabkan jangkitan Difteria adalah tahap kebersihan yang kurang memuaskan, tempat yang sesak dan tidak mengambil imunisasi yang lengkap.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah dijangkiti khasnya anak-anak yang dihantar ke pengasuh atau taska.

Simptom Difteria biasanya dapat dilihat dalam tempoh 1-7 hari selepas dijangkiti. Pastikan anak anda segera dibawa ke klinik jika mempunyai salah satu tanda-tanda ini:

    *Demam
    *Sakit tekak
    *Sukar menelan makanan
    *Batuk
    *Air liur meleleh
    *Kulit pucat dan kebiruan
    *Hidung berdarah
    *Selsema
    *Sesak nafas
    *Ruam kulit

Difteria boleh dielakkan dengan pengambilan vaksin. Malangnya, vaksin tersebut luput selepas 10tahun. Jika keluarga anda dijangkiti Difteria, anda juga patut mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan dos tambahan.

Jika anak anda tidak mengambil imunisasi ketika usia 2, 3 dan 5 bulan, sebaiknya elakkan membawa mereka ke tempat-tempat awam. Mereka mungkin dijangkiti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: HARI OSTEOPOROSIS 3 HARI ISTIMEWA UNTUK BINA TULANG

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Hari Osteoporosis 3 Hari Istimewa Untuk Bina Tulang Shaklee...