Skip to main content

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: 10 TANDA DIFTERIA

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengedar Shaklee Johor Bahru: 10 Tanda Difteria. 

Pastikan Anak Anda Dibawa Ke Klinik Dengan Segera!

Wabak-difteria-diphtheria-b tengah heboh diperkatakan tentang Difteria di negara kita kan? Kami kongsikan serba sedikit fakta yang ibu-ibu wajib tahu tentang Difteria.

Difteria berpunca dari serangan sejenis bakteria. Ia biasanya tersebar melalui selsema dan batuk si pembawa. Lebih bahaya, pembawa biasanya tak mempunyai apa-apa simptom.

Serangan Difteria akan bermula pada salur pernafasan terutamanya hidung dan tekak. Pesakit yang dijangkiti akan menghasilkan sejenis toksin yang kemudiannya akan menyebabkan kegagalan fungsi organ lain termasuk hati, jantung, malah otak!

3 faktor risiko yang menyebabkan jangkitan Difteria adalah tahap kebersihan yang kurang memuaskan, tempat yang sesak dan tidak mengambil imunisasi yang lengkap.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah dijangkiti khasnya anak-anak yang dihantar ke pengasuh atau taska.

Simptom Difteria biasanya dapat dilihat dalam tempoh 1-7 hari selepas dijangkiti. Pastikan anak anda segera dibawa ke klinik jika mempunyai salah satu tanda-tanda ini:

    *Demam
    *Sakit tekak
    *Sukar menelan makanan
    *Batuk
    *Air liur meleleh
    *Kulit pucat dan kebiruan
    *Hidung berdarah
    *Selsema
    *Sesak nafas
    *Ruam kulit

Difteria boleh dielakkan dengan pengambilan vaksin. Malangnya, vaksin tersebut luput selepas 10tahun. Jika keluarga anda dijangkiti Difteria, anda juga patut mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan dos tambahan.

Jika anak anda tidak mengambil imunisasi ketika usia 2, 3 dan 5 bulan, sebaiknya elakkan membawa mereka ke tempat-tempat awam. Mereka mungkin dijangkiti.

Comments

Popular posts from this blog

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG:VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Pelbagai Masalah Kulit Sekejap sahaja dah masuk bulan April kan untuk Tahun 2023...Hari ini dah  14 Ramadhan dah Umat Islam berpuasa,Alhamdulillah Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa. Siapa pencinta Vitamin Shaklee pasti tertunggu-tunggu Promo apa bulan ini kan? Promo Shaklee April ini, Shaklee menawarkan vitamin kulit cantik harga Rahmah untuk pelbagai masalah kulit  yang rasa tak masuk akal lah orang kata...bukan apa  serious  murah sangat-sangat, yang buat korang tak senang duduk la nak  grab  cepat-cepat. Pernah tak korang alami kulit kering, berminyak, kulit tak sekata lah, kulit kusan lah...berjerawatlah macam-macam isu masalah kulit yang korang hadapi kan? Dulu semasa zaman belajar dulu memang hakak pernah alami, muka berbelang la, sebab pakai tudung kan, muka berpanau, tona kulit tak sekata lah..dah macam-macam produk dah cuba. Ada je yang kalau ada masalah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG; YOUTH TM PURIFYING CLAY MASK

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera Pengedar Shaklee Pasir Gudang : Youth TM   Purifying Clay Mask Tercari mask untuk kulit berminyak/mudah berjerawat boleh cuba  Youth TM   Purifying Clay Mask. Youth TM   Purifying Clay Mask ini berfungsi  menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Ia dirumus oleh bahan semulajadi, diformulasikan ia menyerap dan menyinkirkan pencemaran, kekotoran dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering. Youth TM   Purifying Clay Mask menggunakan bahan-bahan utama seperti campuran tiga jenis tanah list yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan Abu hujung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik. Boleh juga dipakai bersama dengan   Youth TM   Hydrating Gel Mask . Dapatkan yang terbaik daripada keduanya. Gunakan  Purifying Clay Mask pada zon-T dan  Hydrating Gel Mask pada bah...

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG: KAEDAH INTERMITTENT FASTING

Pengedar Shaklee Pasir Gudang: Kaedah Intermittent Fasting  Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Masalah obesiti di negara kita tidak asing lagi diperkatakan bukan sahaja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga turut mengalami obesiti yang sering dirisaukan adalah orang dewasa pelbagai kaedah yang mereka cari untuk menurunkan berat badan dan mereka juga tidak terlepas dengan kaedah intermittent fasting. Intermittent fasting menjadi bualan sama ada di media sosial, diakhbar atau majalah pasti ada sahaja tentang topik berkaitan i ntermittent fasting. Ramai   juga yang ingin mencuba kaedah intermittent fasting ini. Sebelum kita masuk topik ini, kita definisikan apakah itu intermittent fasting?Intermittent fasting adalah singkatan IF yang memberi maksud diet cara seseorang  menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan juga waktu berpuasa secara sistematik. Ia juga adalah cara diet  melarang makan pada waktu-waktu tertentu. Pernah juga viral...