Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Pengedar Shaklee Johor Bahru: Tips Diet! Mitos Vs Fakta
Pengedar Shaklee Johor Bahru: Tips Diet! Mitos Vs Fakta
Program diet yang sering kita amalkan ada kala langsung tidak menunjukkan sebarang kesan biarpun telah lama diamalkan. Ramai yang bersungut apabila gagal untuk mencapai berat ideal biarpun telah mencuba pelbagai tip diet. Jesteru, cuba renungkan kembali program diet anda. Adakah ia fakta yang diperakui atau hanya sebagai mitos.
1.Mitos: Makanan bebas lemak bererti makanan bebas kalori
- Fakta: Kebanyakkan makanan tanpa lemak masih mengandungi kalori dengan jumlah yang sama atau lebih banyak dari makanan biasa. Kita kebiasaannya tidak menyedari bahawa makanan yang dilabelkan sebagai bebas lemak seperti biskut, kuih dan sebagainya mungkin masih mengandungi banyak kalori. Puncanya bukan daripada lemak sebaliknya daripada protein dan karbohidrat. Malahan dalam sesetengah makanan rendah lemak atau tanpa lemak masih mengandungi gula dan bahan perasa yang ditambah untuk meningkatkan rasa,
2.Mitos: Salad adalah makanan yang tidak menggemukkan
- Fakta: Mungkin ada benarnya jika salad itu tidak dicampurkan bersama penambah rasa. Namun apabila salad dicampurkan bersama mayones, thousand island dan sebagainya secara berlebihan, maka salad tersebut akan membekalkan kalori dan lemak yang lebih tinggi berbanding steak dan kentang. Mayones, potongan daging dan sos biasanya kaya dengan lemak. Secara tidak langsung ia akan menambahkan kalori dan lemak tubuh.
3.Mitos: Kurangkan kanji berlemak untuk turunkan berat badan
- Fakta: Makanan yang mengandungi kanji tinggi seperti roti, nasi pasta, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kentang mengandungi lemak dan kalori yang rendah. Makanan ini hanya akan menambahkan lemak yang tinggi jika diambil secara berlebihan dan dicampurkan bersama makanan lain seperti mentega, krim dam mayones. Makanan yang mengandungi kanji tinggi (karbohidrat kompleks) adalah sumber tenaga uang penting dalam tubuh.
4.Mitos: Melewatkan masa makan membantu menurunkan berat badan
- Fakta: Kajian menunjukkan bahawa individu yang melewatkan sarapan atau makan malam yang lain cenderung untuk menambahkan berat badan lebih berbanding individu yang mengambil sarapan dan makan tiga kali sehari. Ini kerana jika kita melewati waktu malam sebenar, tingkat metabolisme akan menurun dan menyebabkan kita menjadi sangat lapar. Akhirnya kita akan makan lebih banyak dari biasa.
5.Mitos: Makan malam hari menambahkan lemak
- Fakta: Tidak ada hubungan intrinsik antara kalori dan jam tubuh di mana selepas waktu tertentu tubuh akan menyimpan lemak. Tidak kira siang atau malam, jika anda mengambil makanan secara berlebihan dan tidak bertepatan dengan jumlah tenaga yang anda perlukan maka ia akan tersimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Biarpun kita tidak digalakkan mengambil makanan berat pada waktu malam, namun kita disarankan agar tetap mengambil sedikit makaman bagi mengisi perut.
6.Mitos: Kafien tidak sihat
- Fakta: Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kafien yang sederhana memberi kesan baik kepada kesihatan. Ia mampu mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti diebetes, batu karang hempedu, parkinson dan penyakit hati. Pengambilan kafien juga membolehkan otak berfungsi lebih baik dan membantu kita fokus dalan pembelajaran. Namun, jika anda mengalami masalah sukar tidur, maka kurangkan pengambilan kafien.
7.Mitos: Makanan segera tidak sihat dan elakkan ketika berdiet
- Fakta: Makan segera boleh menjadi sebahagian program untuk menurunkan berat badan jika diambil secara betul. Caranya, elakkan makan terlalu banyak atau dalam saiz yang besar. Anda boleh berkongsi bersama rakan atau minum air putih atau susu tanpa lemak untuk menggantikan minuman berkarbonat. Pilih salad, ayam panggang, sandwic atau burger kecil. Kurangkan kuantiti pengambilan ayam goreng atau nasi goreng. Begitu juga dengan pasta, mayones dan keju.
7.Mitos: Karbohidrat menambahkan berat badan
- Fakta: Karbohidrat merupakan makanan paling penting dalam diet anda untuk kesihatan jangka panjang. Karbohidrat tidak akan menyebabkan penambahan berat badan kecuali diambil secara berlebihan. Individu yang menjadikan diet tinggi karbohidrat dan rendah lemak disamping menjaga kalori yang masuk kedalam tubuh, dikatakan cukup berpotensi menurunkan berat badannya.
Mengapa mesti memilih SHAKLEE
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik
✔ Halal
Saya doakan kesihatan anda bertambah lebih baik, kita berusaha merawat Allah jualah yang menyembuhkan.
COD JOHOR BAHRU/ TAMPOI/ SKUDAI/ BANDAR BARU UDA/TAMAN GEMBIRA/DAMANSARA ALIFF/TAMAN DAHLIA/TAMAN CEMPAKA/ SKUDAI KANAN/ SKUDAI KIRI, TAMAN CENDANA PASIR GUDANG, PASIR GUDANG, MASAI, POLITEKNIK PASIR GUDANG
PENGHANTARAN POS KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK, BRUNEI
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~
♡♡Noor Ain Osman
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 1043431]
♡♡ Contact No : 012-7646324
♡♡ Email : aieenosman@yahoo.com
♡♡Blog:www.momstoreretail.blogspot.com
Comments